Wednesday 24 October 2012

Selamat Hari Raya Haji

Salam Zuhijjah,

Bulan Zulhijjah adalah bulan umat Islam memenunaikan ibadah haji dan menyembelih korban (ayam or itik tak dikira korban tao)..lalalala


Daripada Ibnu Abbas telah berkata: Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 

Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih disisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1-10 Zulhijjah). 
Maka perbanyakkan tahlil,takbir,sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil,bertakbir dan berzikir kepada Allah. 
Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda.
(HR Al-Baihaqi)                                                                                                                           

Selamat Hari Raya Korban dari Cik Lia dan Cik Qdin.

                                                

Monday 15 October 2012

Little Boy

Salam ceria di pagi Senin..

Bangun pagi tadi,tgk hujan plak,adoyai tido pun sodap ni.Tapi apakan daya tuntutan kerja ,so kena ler g keje,walaupun hati ku tertinggal kat katil.

Tapi hari ni kena semangat tao utk bekerja.. chayok chayok CL..keje keje keje..

Sebenarnya nak cite pasal weekend,tp bermukadimah la dulukan.Semalam syurga CL p menikmati udang besor yg mcm entry CL yg lepas-lepas dan lepas.So CL duk umah ler,duk menjalankan operasi iron baju utk 3 minggu sekali..haaa amek kau. Nak iron baju  ni memerlukan semangat juang yg tinggi,bg CL la kan,disamping menjimatkan wang,tenaga elektrik dan dpt mengeluarkan peluh...wakakaka.

Sebelah petang lak,CL amik Little Boy ni..hohoho cute tangat tangat tao..Tapi tak lama, kebetulan plak mama dia nak masak makanan Little Boy ni la,sebelum g keje. Mama Little Boy ni mesi,so semalam dia keje malam.

Little boy ni nama dia Nuraim anak jiran CL. Masuk je umah CL,diam je,peh tu dgr muzik dr mainan dia ,berjoget ler,peh tu tgk bola besor lak,nak sepak ler walaupun takleh jalan lagikan. CL la yg tolong menyepaknya. Dan akhirnya Little Boy Nuraim tewas atas bola besar tu. Dia tertido ,agaknya best kot duk atas bola besar yg bagaikan buai tu kot.

Nuraim dengan mainan geli2 yg bernyala
Habisla digegetnya..
Akhirnya..

Nuraim ni berusia 9 bulan,sekarang dia dlm step merangkak n berdiri dekat dinding. Suka hati CL je kan,share pasal anak org. Erm okla mula2 anak org ,lama2 nanti dptla baby sendiri.Chayok chayok CL.


Note:
Mesi adalah dialek Negeri Terengganu kepada Jururawat.


"Kanak-kanak diibaratkan sebagai kain putih bersih perlu dibentuk untuk mengenal dan mengetahui asas tauhid yang kukuh"

Friday 12 October 2012

New Baby

Salam Jumaat

Jumaat,penghulu segala hari,hari yg penuh makrifat,hikmah dan nikmat.

Semalam CL jadi "new baby" jap..wallaaaaa new baby gitu kebaboomm..Alhamdulillah semalam CL dah pandai menyertai bulatan gumbira,kiranya ahli baru,sbb tu namanya "new baby".wakakaka..

Terima kasih banyak-banyak kepada Cik Kaki dari kakikusukaberjalan.blogspot yg sudi menjadikan CL "new baby" utk bulatan gembira.

Selain itu ucapan terima kasih kepada Ustazah Zaimah yg sudi menerima "new baby" yg tipis ilmu agamanya berbanding ngan Ustazah. Tp sedihnya sbb hanya kali ini berkesempatan Berbulatan gembira ngan Ustazah,kerana Ustazah akan menjadi tetamu Allah. Tetapi,tetapi ade Ustazah baru,nama dia Kak Ita,Insya Allah Kak Ita akan mebimbing bulatan gembira sepanjang Ustazah Zaimah menjadi tetamu Allah.

Selain itu,banyaknya selain itu plak...ucapan terima kasih kepada rakan2 bulatan gembira (Kak Mel,Cik Kaki, Kak Lily,Nisa,Kak Arni dan anak pertamanya dan Busra)
Namun,ku tidak tega lagi menjadi setabah Ustazah.Sungguh tabah dan kuat orgnya,Tp betul la Allah takkan menduga umatnya,jika dia tahu umatnya tidak bisa menghadapinya.Dalam jiwa ini,sukar dan tak tahu jika ianya terjadi pada diriku. Ya Allah ,kuatkan dan berikanlah ketabahan kepada hambamu ini.

Insya Allah CL akan berterusan utk berbulatan gumbira ini.


"Allah tidak akan menguji hambanya,jika dia tahu hambanya tidak dapat menghadapi dugaannya"

Thursday 4 October 2012

Raya Versi Zulkaedah Part 1

Assalamualaikum,

Tidak lama lagi akan masuk la bulan Zulhijjah, bermula 17 October 2012,jemaah haji di Malaysia memulakan perjalanan ke tanah suci. Betapa indahnya dapat menjejaki bumi suci yg penuh berkat. Insya Allah kita semua akan ke sana nanti.Ameen.

Malam ni CL nak mengupdate Raya versi Zulhijjah ala2 peninggalan sejarah...sebabnya dah terlambat sgt nak update pasal raya. Erm biar p la,nak cite gak pasal raya walaupun 2-3 minggu lagi kita nak sambut Aidil Adha. Raya tahun ni CL n CQ jadi tuan rumah..best woo jadi tuan rumah. Tahun ni semua benda CL kena masak sendiri  merujuk kepada pengetahuan yg serba sedikit,kitab resepi dan interview session. Petang raya CL dah sibuk wat nasi kapit (panggilan org Terengganu utk Nasi Impit),kuah kacang,rendang dan sediakan bahan nak buat Nasi Ayam di pagi raya. Fuuuhh tak menang tangan,asyik turun naik umah je la.Jap daun kunyit takde,jap serai takde..panik gak la, sampai jiran sebelah umah,duk ckp ape la si Kema ni duk masak,asyik turun naik je.

1st time buat nasi kapit, masa masak tu lembik, dah panik dah,CQ plak ckp tak jadi dah. Adoiii panik lagi. Cepat2 telefon talian hayat, of cos my lovely sis ler,dia ckp nasi kapit tu masa panas memang akan lembik,bila sejuk ok la. Fuhhh lega. Alhamdulillah menjadi nasi kapit.

1st time jugak buat kuah kacang, kejap resepi ckp tumis,kejap tanya org ckp  tumis. Sudahnya CL tak tumis. Letak semua bahan n kacau je. Alhamdulillah ok la,boleh makan but still need improvement.

1st time lagi ni wat rendang,sama gak la situasi ngan wat kuah kacang,sudahnya CL wat cara CL sendiri  ngan bantuan paste Rendang Adabi.

Dipendekkan citer, lalalala bila tiba hari raya.....lepas je solat raya,Alhamdulillah tetamu iaitu jiran yg duk tgk CL duk sibuk sgt dr petang raya tu datang n teruja sbb CL masak banyak perkara,sbb selama ni MIL n SIL yg masak,kikiki..CL tolong tgk je.. bagoh goh la nantu  aka adik ipar ni.Lalalala.Kebetulan raya tahun ni MIL n SIL takde.

Jom layan gambo raya di hari per-1..jom jom

Juadah Raya

Tapai pulut buatan SIL,sebelum SIL balik kampung

Ketupat ni tempah
Yes, my 1st rendang

Nak jugak letak gambo ngan dak demok debok yg dtg umah nenek
2nd day raya,biasala  istiadat family CQ,Le Tour de Raya beramai2. Pukul 8.30 nenek dah tunggu kat bawah. Si cucu bertuah  2 org ni duk melepak lagi masa ni, sorang duk baring lagi,sorang duk tgk TV.Finally kul 10.30 baru la mulakan Le Tour de Raya.Tapi tak semua ada gambar la,mana yg dang je. Hari Raya kedua ni 6 buah rumah kitaorg jelajah..penat woo..tapi best..
Le Tour De Raya- 3rd  house- Umah Ayah De

2nd house, Umah C.Su-Keluarga bahagia gituuu..Setahun sorang dpt baby.Insya Allah.
Tgk gambo atas tu,erm bestnye kan,muka dak berdua tu pun,ada iras2 gak.Ye ke? Rasanyala.  Yg CL pegang tu kiranya anak sepupu CQ namanya Khaidir n yg CQ pegang latest sepupu CQ,demuk debok namanya Saif...

To be continue part 2.

" Sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap kejadian terhadap hambanya,maka bersabarla menghadapinya dan sentiasa meminta pertolongan dariNya"


Wednesday 3 October 2012

                     
 Assalamualaikum,

Mood tak berapa nak ada,lately ni cepat sgt penat. Dengan migraine la,backache la,cepat mengantuk la..Aish tak tahu la kenapa.

                                                   
                                            

"Sesungguhnya sakit itu adalah dugaan daripada Allah kepada umatnya, Allah tidak akan mengurniakan dugaan jika dia tahu umatnya tidak boleh menghadapinya. "