Friday 23 November 2012

Bulatan Gumbira Awesome

                                       




                                               


Rupa-rupanya best jugak melepak di kedai mamak ni kan??Sebab tu kot CQ suka melepak. Kikikiki. Semalam ,Alhamdulillah sempat lagi berbulatan gumbira di kedai mamak. Erm kalau org dengar,ape hal la buang masa di kedai mamak,but kena ingat tak semua yg duk kedai mamak tu melepak n membincang perkara bukan2. Mana-mana tempat tu akan menjadi awesome kalau kita pandai menggunakannya.

Semalam bulatan gumbira dari hati ke hati yg memberi penuh makna,berkongsi pelbagai pengalaman yg mematangkan diri. Mengajar diri untuk menjadi redha dan bersangka baik kepada Allah dan setiap apa yg terjadi kepada diri. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Jika kita rasa diri kita sentiasa di uji dan ujian amat berat bagaikan batu yg menghempap kepala,ingatla bahawa ada lagi hamba Allah yang menghadapi ujian yang lebih berat dari batu menguji mereka.Berkata-kata atau menulis memang senang,tp hendak menghadapi dan mengotakan kata-kata itu yg rumit.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Diharap masih berkesempatan untuk berbulatan gumbira lagi. Kamu semua sungguh best kebaboom wahai ahli bulatan gumbira...

Cewaaahh post kali ni macam skema banget,dengan kata2 ala2 penulis novel dan penceramah..wakakaka.. Apa pun ku amat gumbira n cool..

Wednesday 7 November 2012

My New Gadget

Yuhuuuu...

Hari ni agaknya CL wat entry double trouble triple dupper kot...wakakakaka... oooo begitula bila mood dah datang......oooo (baca dgn nyanyian nada Awan Nano tao) kikiki..

Erm ingat tak entry CL pasal "Tempahan Choc Chip" masa raya pose ritu? Sila jawab ingat yer kerana tiada pilihan jawapan,wakakaka. Kan CL telah menghancurkan 2 mixer ketika itu. Kebetulan mixer tu rosak pada hari Sabtu,cadangnya hari Sabtu nak habiskan semua tempahan n nak start ba'da subuh la kan,sekali bila dah siapkan semua bahan-bahan dan bilaaaa tiba masanya(nyanyi sikit) nak memixerkan (BM failed la ni) butter,mixer mengeluarkan cahaya kemerahan yg membuatkan CL terkujat...owhh tidak mixer itu telah mengeluarkan kuasa api mancis cap cili. CL panik sgt..huhuhu..teruskan p kejutkan CQ yg lena diulit air liur basi,wakakaka..ampun ye CQ. CL telefon Kak Marini,Master Chef CL ler.. utk bertanyakan tempat utk beli mixer. Kak Marini cadangkan ke Sen Heng n siap bagi Kad Sen Heng untuk dpt diskaun. So pergilah Sen Heng,sekali Sen Heng tutup,dua2 branch area Pandan Jaya lak tutup.Panik lagi..huaaaaa..Masa tu dah kul 11 pagi dah,so final destinantion p JJ ler.

Tgk kat JJ mcm tak best je n ape yg dikehendaki tu nan ado. Sbb ritu tgk ado,ni nan ado plak. So CQ  p la bertanya kat Sales Girl, ade tak yg CL nakkkan tu.Alhamdulillah ada,diaorg tak display dah,sbb kurang permintaan. So akhirnya dptlah Cik Maroon yg hantaran amat la tinggi,tp pk ianya berkualiti. Insya Allah.




Inila gadget CL yg baru n dah dapat hint dari CQ dah,pas ni kena belaja buat kek rajin-rajin la.

Ku rasakan panas berpanjangan,tp rupanya hujan di pagi hari,wakakakaka (CL tak kena kot peribahasa ni),rupanya ade lagi yg murah ...huaaaaa. CL dpt tahu drpd En.Khairul pemunya blog n tukang kek di
khazzbakery.blogspot.com.,dia ckp ada yang lagi murah yang serupa dengan Cik Maroon ni.. owh no body no body. Tapi apa nak buat kan,nasi dah jadi nasi lembik dah, so usah ditangisinya. Apa-apa pun sayang la Cik Maroon ni. Owh just letak je gambar yg CL goggle tadi utk yg muarh tu,jenama Berjaya n buatan Malaysia,so kepada sesiapa yg cari mixer yg mampu milik,boleh la beli..kikikiki..Sesiapa yang hendak membelinya boleh dapati di Wisma CKE,Taman Midah ,Cheras ,tempat je yg CL tahu.Rasanya area Batu Caves pun ada.

  
                                                      
                                                                         (Sumber: Goggle Image)







Takpe CL tahu, setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya. Chayok-chayok...usah dikesali dan ditangisi,Insya Allah Cik Maroon pasti berjasa utk tempoh masa yg lama.


Nota Tangan:

Entry ni bukan nak menunjuk,sekadar berkongsi dengan teman-teman yg sudi membacanya.

Tu'pak Sutong

Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk hari Rabu dah, tulat dah weekend,yeah bestnye weekend.Hari ni CL nak citer pasal "tu'pak sutong"..erm dapnye.

Sebeleum Aidil Adha ritu ada kawan buat tempahan "tu'pak sutong" ni. Tp CL buat versi ganu la,dah nama org ganu kan,walaupun kadang2 org ckp CL org Penang. CL tetap org ganu bertambah ganunye bila kawin plak ngan org ganu.

Haaa ,kalau nak resepi leh dapatkan kat daridapurkecah.blogspot.com. "tu'pak sutong" Versi terengganu ni dia rasa lemak2 masin sikit.Berbeza dgn versi kelantan yg manis sbb ore kelate kan suko manis,ore dio pun manis. Tp selera kita musti berbeza2 kan, ade yg suka versi Kelantan n ada yg suka versi Terengganu.

Erm sebenarnya idea nak memblog dah berkurang lately ni,tak tahu la bakpe jadi gitu. Tp CL tak mau ler, belog CL terus terkubur dlm liang lahad selagi belum dipanggil oleh Allah.kikikiki..

K let share n enjoy photo of "tu'pak sutong"..yeeehaaa..



Sedap sgt kot,cewah CL mcm puji masakan sendiri jah ni.wakakaka..

Anyway terima kasih kepada yang menempah ketupat sotong ini. CL buat lebih masa ni,haaa sudahnya CL yg habiskan,tapi tinggal la utk CQ jugak,kalau tak, tak bau syurga wooo,makan tak tinggalkan utk somi.



Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud:

”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.(sumber:kawanlah.com)

Nota kaki:

"tu'pak sutong" adalah sebutan dialek terengganu,dlm bahasa standard adalah Ketupat Sotong. Harap2 ejaan dlm dialek terengganu tu betul,kalau salah tolong betulkan ye.



Thursday 1 November 2012

Sireh Pulang Ke Ganggang

Assalamualaikum,

Tenggelam timbul CL ni macam ikan kelah di Tasik Kenyir, wahhh promote gitu CL ni.Takpun kejap ade,kejap takdo,mcm chipsmore.

Musti org dah bosan dah cite pasal raya raya raya,melampau tahap ultraman mabius tao CL ni,puasa tu cukup tak? Dok citer pasal raya yg tak sudah ler.Kikikikiki (gelak sambil tutup mulut tao).

Raya ritu ex Ciadian kebaboom batch 2008 ,dtg umah,walaupun tak cukup korum tetap meriah.So citer sikit la ex Ciadian 2008 ni  terdiri dari Hana,Noya,Koe,Kak rin,Anaz,Ku n CL la.Tp Ku n Hana tak dpt hadir disebabkan masalah yg tidak dpt dielakkan.

Nakoe n Anaz teruja dpt berjumpa
Noya with new appearance,Alhamdulillah
Ni Kak rin n the geng ,we called her MMO

Gumbira dapat jumpa korang semua,kalau ada Hana n Ku pasti lebih meriah. Haaa mcm biasala kan,tetamu dtg umah pasti ade makanan kan kan kan. Hehehe kali ni CL hanya buat Muffin n Fruit Tart je,yang lain-lain Bihun goreng S'pore and Spageti disediakan oleh Noya, n Nakoeee Vas Degas telah mengagihkan kederat dan duitnya dengan membelanjakan Satay Shamuri.Dapp wuuu,terutama bila Koe yg beli..

Harap2 next time ex Ciadian 2008 kebaboom dpt  berkumpul dengan cukup korum,baru la best.
Dan berharap jugak dpt berkumpul ngan ex Ciadian pom pom girl,Sarah,Mija,Lija,Kak Rin lagi, Ku lagi. Erm kalau berkumpul sekali lagi best kan. Insya Allah.

Sekian sahaja la,entry Sireh Pulang Ke Ganggang,walaupun mcm tak kena je tajuk ngan isi kandungan,sah-sah fail karangan BM ni..wakakakakaka..Sebenarnya entry ni lebih kepada entry ayam hijau,sbb dah lama sgt tak menulis ni kan,Insya Allah ade masa CL akan menyumbangkan lagi bebelan yg tak seberapa ni ye.Maasalam


"Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk"(sumber www.paranorms.com)