Thursday 28 March 2013

Allah Maha Berkuasa


                                              

Usai azan maghrib bergema, Fatimah dan Ibrahim bergegas mengambil wudhu untuk menunaikan kewajipan kepada Allah yang Esa. Setelah selesai sahaja menunaikan tanggungjawab kepada Allah, Fatimah melihat telefon yang mana ada pesanan ringkas daripada abg Fatimah yang meminta datang kerumah untuk mengambil kiriman daripada ayahnya yang berada jauh dikampung. Namun waktu agak lewat untuk ke sana, lalu Fatimah menyatakan hasrat untuk mengajak Ibrahim mengambil kiriman itu. Namun Ibrahim yg amat sibuk dengan kerjanya menyatakan tidak dapat pergi malam itu. Fatimah cuba memujuknya Ibrahim lagi, namun kecewa  yang bertamu. Fatimah berada di persimpangan dilema memikirkan antara sayangnya kepada ayah dan ketaatannya kepada suami tercinta. Ayahnya pasti kecewa jika tahu Fatimah tidak mengambil kirimannya, walhal malam berikutnya juga boleh diambil. Tetapi Ibrahim tetap menolak hasrat Fatimah itu. Fatimah tetap taat dan sekadar dapat menitiskan air mata sambil berdoa kepada Allah utk melembutkan hati suaminya yang tercinta,Ibrahim.

Usai selesai menunaikan solat isyak, sekali lagi Fatimah panjatkan doa agar dilembutkan hati Ibrahim agar pergi mengambil kiriman daripada ayahnya. Sesudah solat ,maka keluarlah Fatimah dari bilik dan duduk di kerusi sambil Ibrahim yang sibuk sebelum ini sedang  menonton tv. Apakah perasaan anda jika berada dalam keadaan ini, yang mana sebelum ini suami menyatakan dirinya sibuk tetapi masih lagi boleh menonton tv?Suasana sepi dikediamanya pasangan suami isteri ini sunyi sepi  kerana kekecewaan Fatimah  terhadap ketegasan Ibrahim .

Tiba-tiba terpancul dari mulut Ibrahim mengajak pergi ke rumah abang Fatimah untuk mengambil kiriman  ayahnya. Ketika itu hampir luluh jantung bercampur sebak Fatimah kerana apa yang dimintanya kepada Allah dimakbulkan dalam sekelip mata. Oh inilah kekuasaan Allah yang Maha Esa yang belum pernah di rasainya sebelum ini. Memang sebelum ini Fatimah bersyukur dan akui dengan nikmat dan rezeki yang dikurniakan tanpa sedar selama ini, tapi kali ini amat berbeda yang mana selama ini adegan ini Fatimah lihatnya di tv dan kini benar-benar terjadi padanya. Tidak dapat digambarkan perasaannya pada masa itu, hanya kesyukuran yang dapat dipanjatkan kepada Allah. Fatimah akur dengan kekuasaan Allah dan Fatimah yakin Allah sentiasa mendengar doa umatnya, cuma waktu yang  membezakannya. Kadang-kadang umatnya tidak sedar permintaannya telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Kikikiki,ok tak ok tak,cerita CL ni,citer ni benar tao cuma nama tu bukan nama sebenarla. Boleh jadi penulih novel tak? Macam syarifah abu salem ek nama penulih novel tu ek? Ape-ape ler,den tak gheti sgt nak menulih, tp just nak share betapa Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui,cuma umatnya yang merasakan Allah tidak menyayangi mereka.

Allah menguji kita sebab dia sayangkan kita dan Allah sentiasa ingin kita  mengingatinya sama ada susah dan senang.

Saturday 23 March 2013

Ainul Mardhiah

 Assalamualaikum

Selamat berhari minggu dan kepada guru-guru dan murid-murid selamat cuti sekolah. Bestnya la cuti sekolah..tak leh ckp lebih bab cuti sekolah..huhuhuhu..nak nanges sbb nak balik kampung jugak.

Alhamdulillah, 2 minggu lepas CL berombongan dengan ahli bulatan gumbira dan Murrobiah kesayangan pergi merisik sambil berbulatan gumbira ke rumah Kak Lily comey, nak alamat ke? Eh tak yah la nanti susah lak Kak Lily nak wat pilihan bakal menantu... gurau-gurau je Kak Lily comey. Terima kasih Kak Lily yer 

Dimulakan dengan surah Al-A'Laa iaitu surah ke 87. Surah ini mengandungi 19 ayat dan diturunkan di Mekah. Ianya dinamakan surah Al-A'Laa kerana pada awal surah ini Allah S.W.T perintahkan Nabi Muhammad S.A.W dan umatnya mengakui kesucian nama Allah Yang Maha Tinggi dari segala sifat kekurangan,surah ini dijuga kebiasaanya di baca dalam rakaat per-1 solat sunat Witir. 

Usai  bacaan ini, ahli bulatan gumbira,Nik berkongsi mengenai Bidaidari Syurga. Waaaa terbeliak biji mata den,terus rasa nak menjadi bidaidari,terpegun dengan keindahan yang tak akan diperolehi di bumi ini kecuali syurga.Tapi layakkah diri ini?

Pernah dengarkan nama Ainul Mardhiah kan,ala lagu kumpulan UNIC tu...nak suh CL nyanyi ke?Kikikiki,kang hujan ditengah hari plak,tak kering baju nanti. Meh dengar cite pasal Ainul Mardhiah..jeng jeng..

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi S.W.T, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2, lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada, lalu ada suara yang menjawab, inilah syurga, tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.A.W bagitahu tadi), lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu, tak pernah dilihat didunia ini, lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab: 'ehh bukang-bukang, ambe hok jage dia,Ainul Mardhiah ade dalang istana tuh' (lebih kurang gitu la dalam dialek Terengganu).

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab: "eh tidak, cek penjaga dia ja,Ainul Mardiah ada kat atah mahligai sana" (ni dalam dialek Kedah plak).

Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan, lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi Muhammad S.A.W,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi Muhammad S.A.W

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi Muhammad S.A.W di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi Muhammad S.A.W dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada Nabi S.A.W lalu menjawab: "Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut". Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga. 
(sumber :http://www.bcgoldamanah.com dan Nik Fatimah)

meh kita nyanyi plak sikit..oops nyanyi di dalam rumah ye..

Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih Ditulis oleh Anak Pendang Sekeluarga


Terima kasih kepada Puan Nik Fatimah kerana sudi kongsi kisah yg superb ni.
 
"Selamat membaca"

Maasalam.

Saturday 2 March 2013

Kelahiran

Tanggal 7 Februari, lahirlah seorg puteri  dalam keluarga Ibrahim dan Fatimah.  Puteri ini merupakan puteri kedua dan anak yg ke 4,selepas 7 tahun lamanya. Tika dilahirkan,ma (panggilan kepada si ibu) si puteri ini sangsi sama ada anaknya hidup atau tidak,seolah-olah mendiamkan diri. Alhamdulillah puteri itu masih bernyawa dan diberi nama 'AKMARIAH' dan nama ini diideakan oleh adik lelaki ma puteri ini. Tika melihat puteri ini ada yg mengatakan bayi ini kalau hidup pun,dia tak secerdik anak2 lain kelak dek kerana keadaannya yg lambat bertindak balas . Namun Allah Maha mengetahui, puteri ,bukanlah seorg yg tidak cerdik aka bodoh (mcm emosi la pulak kan) ,malah berjaya hasil doa mamanya yg kini telah kembali ke alam yg kekal abadi. Al-Fatihah. Pengajarannya siapa la kita untuk menentukan apa yg berlaku di dunia ini.
 (hasil penceritaan dari arwah ma yg tercinta)

Alhamdulillah CL masih lagi diberi kenikmatan untuk terus menikmati sumbangan Allah didunia ini dan utk terus mencari keredhaan Allah. Pada tahun ni ,genapla umo CL 32karat (bak kata kak Arni,penggunaan karat lebih berharga berbanding series). Alhamdulillah tahun ni rezeki CL,dpt kek dan  senaskah Al-Quran berserta sbtg pena untuk terus menulis ilmu dari murabbi tercinta. 

Sukran ya murrabbi Zaimah Yaha atas panduan kehidupan ini.
Terima kasih Kak Jas fo da best Tiramisu kek
Terima kasih kak Asiah for da great cake
Terima kasih kepada Muraabi tercinta,Ustazah Zaimah,kepada warga PCB khususnya Kak Jasimah dan Kak Asiah. Kek anda semua sedap banget dan tak lupa jugak kepada yg menghulurkan ucapan hari lahir sbg tanda ingatan.

Alhamdulillah  Ya Allah,ku masih lagi menghirup nafas di dunia ciptaan Mu ini,ku amat bersyukur atas nikmat dan kurniaan Mu dan ku yakin hanya Allah yang mengetahui yang terbaik untukku.Engkaulah Maha Agung Ya Allah.