Friday 23 August 2013

Me'nate Steak House

Salam Jumuaah Yang Penuh Barakah,

Taraaaaa... ini lah CL kalau tak bz boleh la hupdate velog ni hari-hari.. Tq Allah bagi peluang menghupdate velog lagi pada hari ni. Kalau semalam ambe cakap pasal ulangtahun pernikohan ambe..ni nak cakap pasal makan,yes makan lagi.. i like tao..

Semalam berbuka puasa cum menyambut ulangtahun la katakan.. biasa-biasa aje..takdela pakai gaun bagai..sempoiiii..

Ada satu kedai dah lama aim tao..Alhamdulillah semalam sampai jugak langkah kakiku ke sana. Ambe sambut kat kedai jew..takde pegi kat hotel pun..kikiki..

Owner Me'nate Steak House dimiliki oleh Encik Mustaffa iaitu bekas pemotong daging di Istana Buckingham dan berasal dari Kelantan, erm zuhori kembe la hidung dio baco ni, ore kampung dio. Harga memang ler mengancam tapi makanan lagi mengancam beb,servis dia pun bagus, Encik Mustaffa siap keluar tanya makanan dia ok ke tak. Caranya senang jew..kita pilih daging ape yang kita nak wagyu ke, ribeye ke dan banyak lagi dan air pulak free flow ada hot drink (cappucino, tongkat ali, teh tarik, milo) dan cold drink (mangga, oren, blackcurrant.etc).

Semalam CL n CQ makan T-Bone medium, Ribeye and Mushroom Soup (RM106)..n one more thing, portion dia banyak ,so boleh share gak ler..tp semalam lama ler ambe n CQ nak menghabiskannya. Halal itu sudah pasti compare ngan Tony Romas ke TGI ke..cuma kedai ini tak famous lagi kot..tp dah masuk paper banyak kali kot. CQ akan repeat utk wagyu pulak.

T-Bone Medium Rare kot..kikiki

Suka ler..akhirnya dpt makan kan..

see my ribeye..banyak woo..menyanyi ambe nok habiskan

Namunnnn..mushroom soup tak hamek gambo sbb ambe lapo doh masa,almaklum ler, buke pose makan kurma, rock melon n milo jew...so mushroom soup menjadi mangsa ler.

Untuk pengetahuan semua kedai ni terletak di Jalan Kerja Air Lama, Ampang..ala jalan menghala ke Kelab Darul Ehsan..erm kalau tak tahu tanya je cik google dan masing-masing ade telepon canggeh kan..bak kate cik kakikusukaberjalan kalau tak reti guna,takde maknenye.

Anyway syabas tu En.Mustaffa. In Shaa Allah len kali kitaorg datang lagi. So uols selamat menjamu mata n selamat mencari Restoran Me'nate Steak House.

Maasalam


Thursday 22 August 2013

6 years With U

Assalamualaikum,

Masih belum terlewat untuk CL mengucapkan Selamat Hari Raya. Dek kerana masa sentiasa mencemburui, CL hampir terleka dengan velog kesayangan yang sudah lama sepi ditinggalkan. Ampun dan maaf dipinta jika ada salah dan silap.

6 tahun yang lalu, kala memulakan hidup sebagai pekerja selepas menghabiskan duit ma n baba untuk belajar. banyak woo..tambah2 CL pemboros..Namun sayangnya arwah ma tak sempat merasa hasil titik peluh ku..Tp ma, kak tetap tidak lupakan pesanan mama untuk terus belajar dan kak dapat keje di Terengganu.

Bulan pertama bekerja menanges jeww keje CL..dene peee sungguh.. Tp Alhamdulillah ada abg2, kakak, adik dan baba yang sentiasa menyokong CL. Keluar pagi balik pagi..bak kata bos.. ayam pun tido, tp kitaorg berkampung kat opis dek kerana client mengejar akaun yang macam banyak duit tu.. Owh i really miss that moment. Tapi bila akaun dah siap n saat-saat genting dah habis, ape lagi YM ler, masa tu single kan..kikikiki..

One day ter chatting la dengan seorang guys, n guys tu org terengganu,,pergh ape lagi, tp guys tu duk kat KL. Akhirnya p la dating for the 1st time kat warung atap nipah n buruk giler kot.. tp best giler n sekarang warung dah masuk Jalan-Jalan Cari Makan.

Masa berlalu dengan cepat, tanpa dating sakan.. terus melangkah ke ikatan perkahwinan n now 6 years live with u my luvly hubby n today our days my dear.

Selamat ulangtahun perkahwinan sayang..erm dah 6 tahun ek kita melayari bahtera berdua tanpa tambahan ahli keluarga kan..Semoga ikatan ini sampai ke jannah dan dikurniakan zuriat yang comel macam sayang dan macho mcm abg..Ameen..

Terima kasih kerana sabar dengan kerenah bini yang suka shopping,makan ,merajuk n macam-macam lagi ni n hasilnya pembesaran badan berlaku dengan cepat sekali dan almari makin bertambah kan.