Wednesday, 30 December 2015

Perjalanan TTCian:Part 2 Miss P

As-salam semua,

Jom sambung cerita yang tak seberapa sen ni ye..

Sebelum ni CL bgtao IVF failed kan?
Let throwback jap..

Tanggal 31.03.2014 sahla memang IVF kali ini tidak berjaya. Doktor pun hanya mampu nyatakan semua iti rezeki dari Allah. CL dah mula belajar bertabah & redha, pasti ada hikmahnya kan..

Tapi dalam tempoh ni masih lagi mengharap keajaiban berlaku dan masih mengharap sebab miss P belum jengah tiba lagi kan. Tup tap tup tap pas tu tanggal 03.04.2014 miss P datang dah..huhuhu.
Jadi sahlah takda rezeki untuk kami lagi. Bertabahlan wahai hati. Alhamdulillah masih ada 6 lagi baby yang di sejuk beku . In Shaa Allahlepas raya aidilfitri nak buat 2nd IVF.

So positifkan minda, tukar mood n be happy. Sebagai ganjaran utk diri yang tgh berduka ni, jom shopping la..hahahaha. CQ pun layankan je la. Akhir dapatla beli sarang burung gedabak yang boleh menambah kesesakan umah yg sedia comel..Haaa ambe takdok niat nak menunjuk2 wei..saje je untuk mengubat hati yg luka lara.

haaaa yang mcm ni..
ok daaa,,,jumpa lagi beb..

Wednesday, 29 April 2015

Prerjalanan TTCian: Part 1 IVF

Salam,

Wewiittt.. dah hujung tahun dah kita ye. Bertambah tahun bertambah la umur dan makin dekat dengan kematian.. Allahuakbar.

Cik Lia muncul kembali, cam bisekut choc chip i nikan jap ade, jap hilang..kikiki..zb la katakan..

Dah lama nak menaip sebenarnya.. tp tu la seru tak sampai,sehinggala hari ni disebabkan group what app yg ohsem sungguh ni, terpanggil untuk menaip.

Cik Lia nak citer pandang belakang balik ni ataupun omputeh kata throwback..kikiki..

21 Mac yang lalu, Cik Lia sekali lagi dengan dorongan CQ dan keluarga memulakan rawatan untuk mendapatkan zuriat. Cik Lia telah menjalankan rawatan tabung uji dalam bahasa kampung, bahasa bandar IVF..kikiki..

21 Mac ni la bermula segalanya sedih, duka, gembira semua ada la. Selepas pemindahan embrio CL coti selama 2 minggu, ingat sonang ke wat IVF ni, kena berpantang, jalan kepit2, takleh wat keje berat2.. Haa masa nila CL boleh bermanja ngan CQ, sbb CL hanya baring, makan n tido, sbb nak jaga baby mahal ni weii.
                                        
Masa proses IVF ni la, diberi kesempatan untuk bersembang dengan geng2 IVF yang lain dengan adanya group what app ni, adminnya cik ERIN..                               


Banyak gak la maklumat berkaitan dengan IVF/ICSI diperolehi.. ni la group yg ohsem. Dalam group ni selalu gaduh2 manja ngan ADIK Mimi..adekkk sangat..hahaha..
Dengan adanya group ni , bagaikan keluarga dan kita tidak berseorangan rupanya.

Seminggu selepas IVF tu, sekali lagi CL diduga kerana Allah masih menyayangi CL n CQ, IVF FAILED.

LULUH JANTUNG NI, BERDERAI AIR MATA

Namun CQ, hanya menyatakan "Alhamdulillah".Maksud redha dari dirinya, namun CL tahu apa yang ada dlm isi hatinya.

CL cuba untuk menjadi setabah CQ. Namun sesekali bergenang air mata ni, memikirkan kegagalan ni.

CQ adalah semangat segalanya.

LUV U UNTILL JANNAH ABG.
  

Tuesday, 5 August 2014

Salam Lebaran

Assalamualaikum,

Masih belum terlambatkan untuk CL mengucapkan selamat hari raya ,maaf zahir batin.
Raya tahun ni amat bermakna untuk CL dan CQ, Alhamdulillah.

Tahun ni raya, tak buat kuih n kek pun, semuanya beli dan amik dari hamper jew..hahahaha..
Nampak sgt pemalas kan.. (nanti cite lain kenapa CL jadi pemalas).

Ape2pun setakat ini sahaja sebagai permulaan setelah sekian lama menghasilkan lalang di velog ini.


                              

Jumpa lagi di siaran perbersihan lalang ye.

Wednesday, 1 January 2014

Mati itu Pasti

Assalamualaikum..

Selamat tahun baru 2014. Sempena ambang tahun baru macam-macam sambutan diadakan. Pulau Pinang menyambut tahun baru dengan majlis ilmu yang amat amat diperlukan. Kelantan dengan majlis solat hajat, Dataran Merdeka dengan acara guling kerajaan sebagai protes kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan di Malaysia, Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju dengan acara anjuran IKIM seperti ceramah dan qiamulail dari 31 Disember sehingga petang 1 Januari dan tak lupa pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya dengan acara sambutan penuh warna warni diambang 2014. Tidak kira apa cara sekalipun terima kasih Allah kerana hingga saat ini kita masih  dipinjamkan di dunia yang fana ini. 

Tahun 2013 merupakan tahun yang dipenuhi dengan ujian Allah untuk keluarga CL . 2 orang pakcik pergi menemui Allah dan tak kembali.

Tanggal 10/12/2013 pakcik yang kami panggil POK telah pergi meninggalkan isteri dan anak-anak serta kami ke alam yang kekal abadi. Sejak dari kecil dialah yang bersusah payah mengambil CL dan keluarga yang ketika itu tiada kenderaan. Tabiat CL yang manja ni, bila POK dtg umah kononnya nak ikut ke rumah mok (nenek), lepas tu sampai umah mok dalam pukul 3 pagi menangisss "babbbb nak balikkkk". POK ni susah payah  bangun dari tido hantar Cik Lia balik. Masa sekolah tadika dekat rumah mok, bab CL hantar peh tu nanti CL balik, POK la akan htr CL balik ke tadika, meraung2 jugak tak nak sekolah. Owh I miss that time. Memang dene pehh la minoh ni kan?..Kalau arwah mama nak g klinik or mana2 pasti POK yang menjadi pemandu, dek kerana pada masa tu, POK je yang ade kereta.  CL akui sejak memasuki alam kerja n dewasa  ni, CL tak banyak berkesempatan umtuk bersuai muka dengan POK, namun CL tetap mendoakannya walaupun kadang kala ramai yang mempertikaikan CL tak selalu menjengahnya. Takpe la orang nak bercakap pun, hanya Allah yang tahu, tak perlu nak ditunjukkan kepada orang kan, hanya Allah yang tahu. CL harap umi dan anak-anak tabah menghadapi hari-hari mendatang tanpa POK disisi.

POK di hari penikahan kakak tersayang
Tanggal 23/12/2013 seorang lagi pakcik yang CL panggil Cik Amir iaitu suami kepada makcik CL meninggalkan keluarga tersayang menuju perjalanan yang sama dengan POK. Namun usia Cik Amir habis di Langkawi yang ketika itu sedang bercuti. Memang perit untuk dihadapi oleh C.de dan anak-anak untuk menghadapinya dikala sedang bercuti. Tapi Allah telah melancarkan segalanya dengan bantuan orang Langkawi, Cik Amir dikebumikan di Langkawi. CL harap C.de dan anak-anak jgn bersedih teruskan berdoa dan sedekah ayat suci Al-Quran kepada Cik Amir.

Untuk Umi dan C.de, terus kehidupan tanpa orang tersayang disisi dan sentiasa berdoa semoga POK dan Cik Amir berada di kalangan orang soleh. Ameen.

"Semua yang hidup pasti mati, hanya Allah yang mengetahui tarikh kematian umatnya"



Friday, 22 November 2013

Kakak, Abam n Man

Assalamualaikum kesayangan hamba..

Haaaa i'm back..kikiki..yuhuu

Eyah eyah eyah..erm byk sgt sarang labe ni weii..mana penyapu ni nak sapu sarang labe ni...alamak habis dah baju kena sarang labe..

I'm back dengan anak-anak ku yang comel ,cute n chantekk ni..CL ni p mengembara sebab tu tak sempat nak hupdate velog kebaboom ni. Mengembara dengan kerja-keja yang bertimbun-timbun ni..hoverrr tao,ingat ke mengembara p keliling dunia rupanya keliling opis jew..

Tapi sambil-sambil tu sempat jugak ngan anak-anak kesayangan ni , kakak, abam n man..tere maaannnn wooo...

Assalamualaikum, saya la Man...saya suka makan..
encem tak saya..
Haaa ni lah yang bongsu setakat ni..wakakaka.. Muhammad Luqman Al Hakim nama diberi, berusia 2 tahun, tp badan omak aii..besar sgt..suka bergambar dan CQ selalu gulikan dia dengan LCC (sebutan oleh Man), dengar LCC terus senyummm.

haaa ni Luqman 2 tahun lepas..
Haaa.. saya ngan CL, kakak n abam.. saya memang suka beraksi mcm ni..


Ye finally CQ bawa saya ke LCC(sebutan ringkas oleh Man)..

Btw CL n CQ enjoy sgt ngan kakak, abam n Man. Luv u all so much.. nanti kita bersiaran lagi..

"Hari ni tanah dibawah kita.Tak mustahil esok mungkin tanah di atas kita"


Wednesday, 25 September 2013

Carrot Cup Cake

Assalamualaikum,

Ape khabar kawan2 semua..lama dah tak menghupdate ni kan.. (kikiki ayat standard)..

Just nak update pasal hasil air tangan CL yang dipasarkan. Last month Puan Suria Umi mengorder carrot cup cake..actually 1st time buat cup cake carrot ni..Tp Alhamdulillah berjaya jugak..tq kak suria umi. Actually dah dedahkan kat FB dah..tp saje nk dedahkan lg kat sini..


 
Pada mulanya nk wat hiasan carrot..konon ler..tp tak jadi..berdevar2 gak..Alhamdulillah ade CQ yg bg Idea yg comey ni..sbb akak suria nk wat htrn..

Cukup2 sudah kot...nanti hoveer plak..kalau sape2 nk hodeer boleh ler hubungi CL yang tomey ini..

Maasalam..bubyeee..

Rock & Salt Setiawangsa

Yuhuuu...

Makan2...CL oh CL nanti berat badan yg dah turun tu naik blk, mula la kecoh satu alam kan..kikiki..sejak lepas raya ni..byk sgt mkn kat luar..pas ni kena kurangkan la..sbb minyak dah naik ni..semua benda naikla..huhuhu..redha..ckp byk susah gak kan, walaupun negara ku negara demokrasi  terpimpin..nanti tak pasal2 kena blk India plak..

Otey let start our journey about rock  salt ni..
Last friday bersama k.nuuyu iaitu comp.secreatary yg comey p mkn kat sini.
Fyi restory ni Pakistan punya mknan..tp sedap wooo
Terletak di JJ Au2..ni pun dah post kat FB..so utk memeriahkan suasana kan..dedah lagi kat sini..
Ok jom tgk..


Haaa yg nampak tgn tu lak.nuuyu..mula2 tk leh dedahkan k.nuuyu..nanti CL dedahkan yer..
Hari tu ex pernecian ade tanya di manakah lokasi dalam JJ AU 2 ni, lokasi ni belakang Johnys or dulu tempat kedai mamak tu..

Ok selamat menjamu mata n ape salah pergi mencuba makanan pakistan ni ye..

Maasalam.