Friday, 28 December 2012

Mood Bercintan Ke Selatan Kemuncak

Assalamualaikum..

o yea o yea rini dah Jumaat,sok coti o yea o yea. Walaupun tak tahu esok nak wat ape,selain dr aktiviti biasa,tetap suka gak sbb sok coti. Hahahaha minggu ni jugak last la CQ nak tido pagi,sbb pas ni kena keje pagi2 celik.Tanggungjawab bang. Semoga Jumaat ini penuh barakah dan semoga Allah memberkati dan merestui apa yg dilakukan hari ni.

Otey rini dah masuk mood cintan cintun keletang kelatung yg ke 4 yg kemuncak gitu. Hari ke-3 di JB yang merupakan hari terakhir di JB. Pas subuh, terus turun breakfast.. atuyai rini nak breakfast takde selera weii,demam2 manja tu tetap ada di hati.Dalam pukul 12 kitaorg check out (skema kot,ikut time tu woo). Lepas dah setting barang kat kuda hijau, maka berlepasla kitaorg dr bandar JB. Dalam perjalanan pulang,sebenarnya CQ nak menyinggah banyak tempat lagi rasanya,ke mana den tak tahu sgt,tp mengenangkan bininya yg lemah longlai akibat demam manja ni, mcm terkujat lak hasratnya. Memikirkan dimana kah mau makan tengahari ni wei.CQ berhenti la kat R& R Machap,tp tak kena lak ngan jiwa raga. CL ni rasanya nak terbang je balik umah,nak baring terus,lenguh badan2 ni.Padahal dah biasa jalan jauh ngan si kuda hijau ni,may be sbb si demam manja ni kot. Peh tu teruskan perjalanan lagi.

CQ: ke kita nak makan nasi baryani kat batu pahat
CL: erm tak nak la

Namun demikian wooooo,pabila tiba di exit Batu Pahat,akhirnya kuda hijau tiba-tiba menghala ke sana,sib baik takdo gajah ke penyu kat belakang,amat bahaya si kuda ni. Ini susah biasa..wooo ku sudah biasaaaa(org mengaji,ko menyanyi ek CL hari Jumaat ni). Jauh jugak nak sampai ke sana tu. CL yg duk kat kuda hijau ni,kena la ikut kemana penunggang kuda hijau  bawa,walaupun si demam manja tu ikut..kikiki.

Orang ckp,org cakap tao ,not me, Nasi Baryani Mohd Syah yg sodap,so kena cari la. FYI kedai dia terletak di hadapan Hospital Putra (hampeh la Ayub ckp kat depan Hospital Pantai,sib baik abg stesen shell dgn semangatnya memberitahu ke jalan yg benar).Kat sini sebenarnya bazar makan,ada banyak gerai gak la kat sini,selain Mohd Syah ada lagi la kedai baryani yg lain-lain.

Ingatkan ade baryani kambing,takdo plak si kambing tu,yang ada si ayam tambatan jew la. Bagi CL,nasi dia biasa2 aja,menggunakan beras basmathi yg super pendek..kikiki. Macam nasi minyak je kot. Selama ni org dok gebang bukan main lagi. Tp tu la selera masing-masing dan pastinya berbeza.Kat sini pun ade gak kacang Pool haji yg CL duk cari kat Larkin tu.

Otey selepas makan dengan tiada seleranya,sian nasi tu,CL n CQ tak dpt habiskan,sbb CQ tu si demam manja pun mcm nak nak menyinggah je kat dia tu,maka kami meneruskan perjalanan pulang,pas ni no more stop,nak balikkkkk..huaaaa..badan ambe dah penat sgttt.. sib baik sok public holiday..yehaaaa..

Kami selamat sampai ke pondok ku syurga ku pukul 4ptg lebih kurang tolak tambah la kot. Sampai je,gebusshhhhh baring terus woo..penat sesangat weiii.

Alhamdulillah ,dah banyak gebang dah pasal mood bercintan ni akhirnya sampai ke kemuncaknya. In Shaa Allah kita jumpa lagi di Mood Bercintan yang lain.Kemana? owh tak tahu lagi.kikiki..harap-harap oberc la CQ bucukkk wooo.

"Kecintaan kepada Allah menlingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan menambah ke segala hal" (Imam Al-Ghazali)



Thursday, 27 December 2012

Mood Becintan ke Selatan 3

Assalamualaikum...

Hari ni tanggal 27 Disember 2012, hanya tinggal 4 hari lagi untuk menginjak ke tahun baru. Bagi umat Islam,kita telah menempuh tahun baru Islam 1434Hijrah pada 15 Novemeber 2012 yang lalu.

Musti org duk sibuk apa azam tahun baru,apa azam yang lepas yang masih tertinggal la apa la kan.Nanti malam tahun sibuk la ngan perang bunga2 api diangkasa raya.

Otey jom sambung mood bercintan la sgt ni ...kikiki..Sebelum ni duk sibuk pasal bilik yang panas kan. Keesookannya kami dapat tukar bilik permanently ke bilik sebelah. hahahahaha sebenornya den booked bilik deluxe jo,tp disebabkan permasalahan yg timbul n bilik yang sama taraf dah takdo,den dpt bilik suite tanpa ada caj tambahan..wakakakaka.. syukur-syukur ,syukur Alhamdulillah

Erm hari kedua ni tak tahu nak g mana. CQ plak lepas dah pindah semua barang ke bilik baru tu,dia boleh sambung titun...huaaaa..perut den dah lapo..den nak makan.. CQ titun takleh nak kaco, kang angin timur barat selatan utara dtg susah lah CL,dah la berada di perantauan (perantauan la sgt) ni  ngan kuda hijau plak,kalau ngan si penyu tu,boleh la CL chao sendiri.

Selepas Zohor baru la kitaorg gerak,org lain bercuti,p jalan awal2 pagi, erm CL ade org nak nikmati katil pinjaman ni susah ler. So our destination adalah JPO again.hahahaha.. confius ngan CQ ni apesal nak g sana plak. Sebelum tu p makan dulu ar. Usai je makan,teruskan perjalanan,berapa kali u turn ,nak sampai ke JPO,asyik salah jalan,tak guna dah GPS,guna GSB (guna sign board) je..wakakaka..tak lawak ler CL oooi..erm ape2 ar..

Bila sampai JPO,skrg CL pasti,CQ memang nak berbelanja ni, sbb jenis CQ ni,dia susah nak berbelanja terutama bab pakaian dia,tetapi sekali beli,kalahla CL,kali ni dia menang membeli weh,takpe la bang u deserve it n tq spend for me too.. utk bini dia harusla ada.Tapi kali ni kejap je kat JPO,sbb dah tahu nak beli ape,hasil survey semalam,p grab, pay n chao chin cao la.

Pas je chao dr JPO,dengan keadaan hujan-hujan manja,kitaorg berlepas ke Kota Iskandar,niat dihati nak masuk Hello Kitty tu...best kan best kan,tp apakan daya sampai je dah 5.30 ,dia tutup kul 6 ditambah pulak ngan CQ yang tak nak masuk,dia ckp mcm budak2...huhuhu.. ye la budak2 takde,ambe ar jadi budak..huh.Tp takpela,nak syurgakan kena itut ler..hahahaha.

Jejalan je kat luar tu.Kat sekitar tu adalah Lat's Place tapi tak bukak lagi,so bergambo ngan signboard je la.
Yang buka hanyalah Hello Kitty Town,tp agak meriah gak ler. Kat situ ada kedai yang menjual macam-macam ar, ada cafe "Red Bow Cafe". Tp meriah kot dlm kedai hello kitty ni,mcm-mcm ada.. barney, thomas,pingu. 

Masa ni wat la muka sedey kat CQ  nakkan Si Pingu tu..erm dia wat tak kesah je..huhuhuhu.. siannya ke ambe..rasa nak nanges sbb tak dpt pingu tu.

Ni la antara benda yang ada dlm kedai Hello Kitty ni.Layan je la. Pas tu kitaorg jalan-jalan la kat sekitar area Hello Kitty tu,ade la Puteri Harbour n gerai-gerai makan kat situ.Mood dah kelaut sbb masa ni sejuk panas dah badan ni.huhuhu..p bercuti dlam demam weiii.. ko hadooo..hahaha..

Kat Puteri Harbour ni ada AES jugak wei..so kena hati2 ar,jalan tak leh lebih kilometer.Kena pelan-pelan kang ikan paus bangun. Puteri Harbour n Hello Kitty bagai ni terletak kat Kota Iskandar, yang merupakan tempat pentadbiran Iskandar,ala-la Putrajaya la. Tp banyak lagi yang tak  siap sepenuhnya. Dari segi pemerhatian CL,kat sini akan ada hotel Trader,skrg dlm pembinaan dan banyak lagi bangunan-bangunan lain.

Perut ambe dah menyanyi awan nano ni weii nak makan Kacang Pool Larkin je. Tq la CQ sebab layan bini yang sorang ni cari sampai dpt tempat Kacang Pool selepas berhenti,bertanya berpusing,akhirnya jumpalah Kacang Pool Haji yang terletak kat Medan Selera Balai Bomba,Larkin. CQ tak makan pun,dia tak minat.Tp ambe minat weii..dap weii..
Haaa ni la kacang pool,dulu masa master chep 2 pun ade masuk menu ni..Kacang pool ini diperbuat dr kacang kuda n CQ kata berasal dr negara Arab, Arab bahagian mano tu ambe dok tahu la. Tp CL suka ar.

Pas dah makan ni,ape lagi,balik bilik ar (mcm kat u plak ek,balik bilik). Badan CL makin panas,balik terus cari panadol,sampai je bilik terus tido,sampai la kul 10 lebih. CQ duk layan bola Malaysia lawan Thailand rasanya. Bila bangun biasa ar perut kali ni nyanyi lagu wonderpet plak. Perut CQ nyanyi lagu harimau malaya..hahaha.. So di malam hari berteman cahaya lampu jalan,kami menyusuri bandar JB dengan car key,finally yes, jumpa tempat makan,tp malangnya camera tak bawa..hihihihi. Makanan dia best woo..CQ makan sup kambing n CL makan satay,best woo.. Terletak dicelah-celah bangunan di bandar JB ni. CL tak tahu nama jalan ape.

Otey masa utk tido lagi. Ape lagi balik titun ar.. jeng jeng jeng..bersambung lagi bersama saya CL lalala..

"Raihla Ilmu dan utntuk meraih ilmu,belajarla untuk bersabar" (Khalifah Umar)

Wednesday, 26 December 2012

Mood Bercintan Ke Selatan 2

Assalamualaikum everbody..

Walaupun tak ramai yang membaca blog gua,takpe gua tulis ni untuk kenagan di masa akan datang...kikiki

Otey, berbalik kepada mood bercintan sgt ni,selepas balik dr JPO,kitaorg p la check in. Waaalaaaa tomeynya receptionist diaaa...terkujat la CQ ...lambat pun takpe,tommeyy punya pasal tak jadi nak mayah..uwwekkk la CQ.Kami akan bermalam di sini 2 malam. Tp dalam kepala tak tahu nak p mana lagi kat JB ni. Tgk tenet memang la banyak tempat nak g,tapi biasala dah nama CQ,last minute punya decision la.

tempat beradu..waaaa


kalau rasa tak nak kawan CQ tu,CL tido sini je
Ba'da maghrib kami pergi mencari makan untuk perut yang menyanyi lagu ombak rindu ni. Ngan GPS cabut yang membuat CL tak berapa ngam ngan GPS tu,aisshh nampaknya kena beli GPS yg betul2 GPS ni,ni GPS telefon..uwaaaa tak best bang weii...peh tu asyik updating..sib baik kali ni tak kena mayah sbb tak reti nak baca GPS..haaaa baca ke? baca GPS ek CL? ape2 la asal maksud tu sampai..hahahaha..

Pegi la kuda hijau tu mencari tempat makan,akhir sampai la ke Stulang Laut,sebelum tu,Tuan kuda hijau melilau kat The Zone. Akhirnya sampai ler kat tempat makan. Kitaorg makan kat foodcourt Stulang Laut,nama kedai tu Restaoran Sayam.

Org agak ramai la kat sini. Mengikut preview dah belog-belog kedai ni boleh tahan. Tp hancur sudah harapan ku...wooooo...kedai ni tak memenuhi selero tekak ayu kami. Bagi kami,kedai ni biasa2 je. Tp dah rejeki kan,kena gak la makan.


Antara menu yg dipesan..tak boleh ckp lebih2 la..
Selepas mengisi perut, kuda hijau teruskan perjalanannya...haahahaha.. asyik u turn je..tak jumpa jalan pulang. Tp alhamdulillah jumpa jugak jalan pulang. Terima kasih la kat signboard yg amat bagus n berguna. signboard dia tak menipu taoo.. tunjuk ke jalan yg benar.

Then sampai hotel,tinggal la si kuda hijau tu,lantas menggunakan anugerah Allah pulak ,dengan car-key kami menuju destinasi seterusnya ,Bazar JB. Kat sini sebenarnya mcm uptown,downtown,pasar karat bagai la. Benda pertama CL cari selipar jepun weii..tak larat pakai kasut phua chu kang ni,lenguh weii..al maklum la dah 3 series ni..mcm2 la.Finally dpt ler selipar zaman jepun..amek ko mau 13 hengget gak..dolu2 dlm 5-6 hengget je..zaman dah berubah..huhuhu..

Kiranya hari ni CL tak yah bersenam la,sbb jalan car-key punya la jauh..(alasan bg  pemalas mcm CL) bila merengek kan kena sound trouble ngan tuan kuda hijau tu.huhuhu..takleh dah nak manja2 sikit.

haaa gua sempat zaman tin rokok ni
kalau ade umah sendiri ni best wat pameran dlm umah
duit-duit dimana ko duit..disini ade duitt banyakkk
tv hitam putih
duit lagii..kayooo
Penat gak weii ,jalan car key ni. Sesudah tawaf hampir satu bazar JB ni,den ajak tuan kuda hijau tu kelik la..dah kul 12 lebihh..dah la penat bontot naik kuda hijau tu tak hilang lagi..huhuhu.

Wooo ini ade kesah panas ni..masuk dlm bilik .. panas gilos walaupun tak swicth off aircond. Rasanya mcm aircond tak berfungsi..adoyai tido kepanasan la gua..(mcm la umah ada aircond ,kipas je pun). Then CQ pi la bgtao room service,kebetulan dia ade kat bilik sebelah,then dia p inform kat maintenance. Dlm 5 minit datang la maintenance tu..ding dong..dah siap..dia ckp tunggu 5 minit lagi,kalau tak ok call room service.
erm memang tak okey la weii..panas jew..then CQ call room service.

CQ: halooo,aircond ni masih tak ok lagi,walaupun dah baiki tadi.
RS: so kenapa bgtao kitaorg
CQ: la tadi maintenance suh bgtao room service kalau tak ok lagi..

Peh tu CQ letak ler tel dengan bengangnya.Then dlm 15 minit dtg lagi maintenance,baiki lagi..tunggu 5 minit lagi..sama je..

Jeng jeng jaga-jaga CQ dah kepanasan,CL pun sama sebenarnya..kikiki.. CQ turun kat reservation bawah menyuarakan ketidak puasan hatinya yang panas. Dia nak tukar bilik malam ni gak..Tp malangnya bilik takde..n suruh tunggu utk dibaiki lagi..sampai esok pun tak habis baiki la weii..Yang ade bilek yang katil single mingle..ape kes tido asing2 laki bini..den ade sijil halal tao dr MAIDAM lagi..mau kena marah-marah manja la ngan CQ si Duty Manager tu. So naik la CQ ke bilik yg panas tu (bang neraka lagi panas ar bang..hahaha). Tak senang duduk kitaorg,ye la kan tido kang ade plak maintenance datang lagi,tak tido badan dah letih..den ar yg penat kena menyorok dlm toilet time maintenance dtg. 

Yes! akhirnya kami disuruh pindah sementara ke bilik sebelah..book 1 bilek dpt 2 bilik..hahaha.. 

Dah jom tido ar dulu..esok lusa,tulat tubing sambung lagi mood bercintan ngantin lama ni yer..

"Sabar itu separuh dari iman dan sabar itu sungguh indah"

Monday, 24 December 2012

Mood Bercintan Ke Selatan 1

Assalamualaikum..

Kali ni CL n CQ pergi bercintan ke selatan aka Johor Bharu. Memang bercinta la naik kuda hijau tu setelah hampir 2 bulan berpisah ngan kuda hijau tu. Semua sakit2,tp kerana turutkan CQ ku pergi jua.

Alhamdulillah kitaorg selamat sampai ke JB pada pukul 12.30 tghari setelah bertolak pada pukul 9.30 pagi dari KL. Jalan raya agak sesak dengan kenderaan yang banyak tetapi bergerak perlahan. R n R agak penuh la hari tu. Kebetulan CL pergi hari Sabtu yang mana jatuh pada minggu cuti Keputeraan Sultan Selangor,so ramai la yg ambil kesempatan untuk bercuti. Kesian CQ tu cuti sekolah sebulan lebih,tetapi kena duk umah sbb isteri terchenta tak cuti..hahahaha.. tu la tak nak bagi jadi Cikgu sape suruh?Kikiki..

Destinasi pertama yang dituju adalah ke rumah sepupu CQ yang terletak di Kulai Jaya. Wah wah si Khaidir cukup gumbira dengan kedatangan mak n bapak pupu dia ni.Happy semacam je dia.

Khaidir with pampers, sori mama ye gambar Khaidir je nampak..
Usai makan tengahari yg disediakan oleh mama n papa Khaidir ( siakap stim n kerabu mangga yg best) kami pun meneruskan perjalanan. Erm kenapa skema sgt ni haaa.. sowii gambo siakap tu tak sempat nak snap sbb dah  lapor sgt dah.Masa nak balik, si Khaidir dah menunjukkan muka sedey dia..huaaaaa.. (Mama,sowwy kalau CL salah eja nama Khaidir ye).

Ok next destinasi adalah JPO (johor Premium Outlet). JPO ni terletak kat Kulai,so alang2 dah dekat kan,baik g terus.






Masa ni CL agak confius ngan CQ sbb dia jarang-jarang nak g tempat shopping ni. Ape dia nak buat kat sini ek,erm cuci mata yg rosak la tu.

Situasi Per-1
CL : Abg nak beli ape kat JPO tu?
CQ: Kita tgk2 la dulu,syg nak beli ape?
CL:  Senyum sambil jawab dlm hati banyak nak beli ni..kikiki

Situasi Ke-2
CQ: Syg lawa ar baju Nike n Puma tu,nak beli ke tak ek?
CL: Beli je la,nak tunggu ape lagi.
CQ: Takpe la,tgk ar dulu

Memang dah agak dah ngan CQ ni,beria ckp murah la ,lawa la, at the end tak beli gak.Suka bagi harapan palsu. Itu la CQ ni,dia ni alah membeli menang melihat..huaaa..


Haaaa, handsome tak??? Hahahaha,CL kena mayah sbb kena amik banyak kali gambo dia. Wakakaka..al maklum la den ngan kamera ni mcm tak geng je,tak reti sgt. Situasi kena marah kalau nak amik gambo tu udah biasa..sentap jiwa rago den tao.. tp masih control..chill okey..












Ni la antara outlet yg ado kat JPO ni. Harga tu murah la sikit kot. Macam Clark tu yang harga dalam  RM300 lebih,boleh la dpt RM200 lebih. Tapi sayang ape yg ambe nok,takdok weei...huhuhu..

Hari ni kitaorg dtg JPO pulang ngan tangan bawak helmet yg berat gabak tu je la.Penat je,jamu mata.
CQ kata,esok dtg lagi. Mcm ragu-ragu je ngan CQ ni,sabo je la.

Wokey kita bersambung utk next session,nanti biar korang muak jemu tahap nak muntah la kalau CL duk hupdate bab jalan2 dlm Mesia ni.Kikikiki

"Org kata,kalau masih lagi tak dikurniakan zuriat langkah selalu panjang. Itu la pasti ade hikmah disebalik ape yang terjadi, hanya Allah yang maha mengetahui."

Monday, 17 December 2012

REZEKI

                                  


Mahfum Firman Allah (Saba’:24) Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.

Allah adalah penentu rezeki kepada seluruh makhluknya di dunia ni. Jadi siapakah kita untuk mengatakan rezeki itu murah atau tidak. CL terpanggil untuk mencatit mengenai rezeki,kerana palitan kata-kata yang amat menikam kalbu. Lontaran kata-kata " org yg tiada anak ini,biasanya rezekinya tidak murah", tidakkah mereka tahu Allah yg menentukan segala rezeki kita. Rezeki itu bukan dari wang ringgit semata-mata yang dapat dilihat pada pandangan mata kasar. Apa gunanya jika kita membaca Al-Quran dan memahaminya tapi kita tidak dapat beramal melaluinya.

Apakah org yang tiada zuriat hina? Tak boleh bersabar kah? Yang menanggung lebih merasai ujian Allah daraipada yang berkata-kata, jika CL boleh bersabar dan redha,kenapa kamu tidak?

CL  berdoa semoga org yang mengeluarkan kata-kata seperti itu,tersedar lantas menjaga pertuturannya di masa akan datang. Kerana mulut badan binasa. 

Jangan terlampau takbur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah dan mengagung-agungkan didepan org lain. Itu antara kita dengan Allah. Satu lagi cuba la faham apa makna/maksud/pengertian rezeki.                                                
                                          
CL tetap berdoa semoga Allah mengurniakan zuriat kepada CL dan rakan-rakan senasib dengan CL,dan dapat membimbing ke jalan Allah serta menjaga segala pertuturan dan apabila CL dikurniakan Zuriat jauhkanla CL dari bersikap takabur dan riak. Serta pupukla sifat redha dan tawakkal dalam diri CL dalam menghadapi segala ujian dari Allah.

Friday, 7 December 2012

Bulatan Gumbira Kayangan

Assalamualaikum..

Salam Jumaat penghulu segala hari. Jumaat atau Jam'ah bermaksud berkumpul. Sebab itulah pada hari Jumaat adanya Solat Sunat Jumaat yg mana semua kaum muslimat berkumpul menunaikan solat sunat Jumaat yg mana melambangkan juga keutuhan dan kekuatan umat Islam (Sumber: 30 minit bersama Ustaz Don)

Setiap kali berbulatan gumbira pasti ada perkara menarik yang menikam kalbu dan meruntun jiwa ini. Pasti ada sesuatu yang baru. Kali ini keindahan di Tanah Suci dikongsi oleh Ustazah yang bersiaran dari istana Sri Kayangan milik ustazah. Owh sungguh indah,sayu,takut dan segala jenis perasaan yang ada. Indah dengan kebesaran Allah,sayu memikirkan bila CL hendak sampai ke sana dan takut memikirkan adakah kita di terima di sana. Tp apa yang penting kerjasama adalah bersangka baik kepada Allah. Allah mengetahui yg terbaik utk umatnya.Selain itu, untuk ke sana pastikan niat kita untuk Allah, menolong orang dan juga untuk menambahkan bilangan ukhuwah sesama Islam tak kira warna kulit,macam CL ngan Ustazah ler,gelap vs cerah.
haa kan,warna kulit berbeza kan...syg ketat2 la ustazah
Bila dapat peluk ustazah rasa rindu sgt pelukan arwah ma. Ma kak rindu sgt ma..huaaaa...dah dah CL jgn nak menangis lak ye..kan bazir duit beli tisu jew..

Berseri-seri wajah ustazah dengan tudung n jubah baru didatangkan khas dari Mekah dan pertama kali diperagakan kepada geng bulatan gumbira yg mengecohkan rumah ustazah dan CL yang menyepahkan hasil dari  makan kacang Pinakio dan menumpahkan air zam-zam di baju sendiri dan tambah sedikit di baju glamor artis kita Cik Kakikusukaberjalan. hahahaha...amekk ko Cik Kaki...lalalalala..terhangat di pasaran saham sekarang Cik Kaki ni.

Bulatan gumbira malam ni special sikit bagi CL yg muda remaja lagi dalam bulatan gumbira ni,sbb ada makan- makan...lamb gitu..wakakaka den dah lupa nama masakannya,yg penting lamb ada...yezzaaa. Me kaceh ustazah, me kaceh Kak Chik dan utk Puan Kaki n Nisa yang bertungkus lumus basuh pinggan kitaorg ye.
Mcm umah kat negara arab gitu.syg korang
comel gambo ni..syg korang lagi.

Inila geng bulatan gumbira ,skema dan ayu je kan.kikikiki..Semoga bulatan gumbira ini terus menambah ilmu didada yg amat kurang. Sebelum terlupa,kali ni bulatan gembira dihadiri oleh CL..kikiki,Nisa, Kak Lily,Zati, bakal mummy Busra, Puan Kaki dan Ustazah Zai.

Oklah cukupla siaran kali ini, kita berjumpa lagi di lain siaran yg penuh ngan aksi ultrawoman ..hahahaha dan semoga ini adalah permulaan untuk menjadi lebih dekat kepada Allah.Ameen..

Wednesday, 5 December 2012

Makan Lagi

Assalamualaikum,

Hahaha, hari ni memang cerita pasal makan la..
Kali ni CL & CQ menjelajah ke North Ampang lak..cewaah bunyi mcm kat oberc je..padahalll...mesia jew..kikiki..

Sebenarnya kedai ni dah lama dah,erm kerap jugakla kitaorg makan kat sini.Kedai aka gerai dia simple jew,tp makanannya leh tahan hebat,ada org kata,org kata bukan CL kata ye, best dari Tomak  Remah        (Tony Roma's) lagi.

Tapi meme best tao. CL suka sgt ngan mash potato dia..fuhh lemak berkrim gitu.Gerai ni namanya "That Little Gerai" yang terletak di AU5,Keramat. Kalau menggunakan MMR2,menghala ke Gombak,silala exit ke Taman Melawati, then kemudian ke kiri. Then akan nampak Giant. So terus je,simpang kedua masuk kanan. Gerai ni terletak sebelah kanan dan gerai kecik je,sesuai ngan namanya. Kedai ni end lot la. Tp AWAS,parking amatla terhad. So kalau nak g,ba'da maghrib tu elokla p. Namun kena BERHATI-HATI jika hujan,berkemungkinan tempat duduk terhad. Ape ar CL ni banyak sgt peringatan,buat org takut nak g je.. Lek la,saje main-main n gurau2 manja..kikiki.

Ok jom layan je la gambo ni,nanti CL tu suka sembang,sampai sudah tak habis nanti.
Terlupa ar nak amik gambo dlm menu ni..Menu ni sudah tercatit sejarah penubuhan dan biodata CHEF.



Lamb Chop for me.. CL memang kaki kambing..
Big Ass Burger for CQ
Bruschetta
Salmon Grilled
Haa ni la antara menu,tp harus diingat,bahawa makanan di atas bukannya kami makan dalam satu kunjungan (skemanya CL).

Actually ni hasil himpunan beberapa kali g makan kat sana. Kat sini terkenal gak ngan RIB dia,tapi kitaorg tak pernah cuba lagila. In Shaa Allah,akan datang.

So ape lagi,jom p makan kat TLG ni, uols leh google or like kat FB.Then leh tgk ape yg org kata,bukan saya kate..wakakaka..

Wokey,enjoy ur eye!Kikikiki...

Maasalam.

Entry Kenyangkan Perut

Assalamualaikum salam di beri kepada anda semua,

Yehaaa..CL dah dtg menggegarkan belok batu batanya. Dah lama dah tak wat entry ni kan. Tenggelam timbul macam ikan di laut,ayam di darat.

Kali ni wa nak cite pasal makan wooo..yezza edisi kenyangkan perut n besarkan badan..mula2 nak tunjuk jugak gambo ketupat sotong ni walaupun ritu dah ade entry pasal cik sutun ni...wakakaka..(erm ape ar CL takdo kene mengena langsung ar)


Haaa ok tak ok tak..

Tapi sebenarnya rini cik sutun bukan pelakon utama. Ada pelakon baru rini yang bernama GERMAN DELI IMBISS (GDI), haaa pelakon tetap ni berada di Ampang Jaya,belakang stesen Petronas Ampang Jaya, yang ada MCdono ngan Max Value.

CQ semangat nak g sini,rasanya kedai ni dah lama kot,cuma kitaorg baru sedar dari tido..kikiki


GDI terkenal ngan burger n sausages  dan masakan barat yg lain,mcm pasta. Antara menu kitaorg adalah

Rootbeer 1 liter..share berdua..sharing is caring ..cewaahhh,gediks lak..
Cabonara
Cream Caramel
XL Peppa Wiggy
Ni lak antara menu lain yang ada kat GDI



Ok my comment yg tak berapa nak masterchef ni

1) Rootbeer - rasa mcm rootbeer AnW,dia beli yg A&W kot..hihihihi
2) Cabonara- Terlampau banyak cheese dan membuatkan cepat muak,CL prefer yg kat Pizza Hut
3) Cream Caramel- Bagi CL ianya biasa2 saje n CQ komen plak tak berapa nak sedap benda ni,walhal dia hantu caramel ni. Best yg CL wat lagi..harusla amik hati bini demok ni..wakakaka. Owh masa nak bayar,diaorg tanya mcm mana caramel ni,CQ jawab biasa2 je and then dapat free. Alasan diaorg bg free,sbb caramel ni mcm new menu la. Tp ok la,diaorg tanya feedback customer.
4) Burger- CQ suka sgt,katanya juicy,sempurna.
5) Dari segi harga,berpatutan.wink wink wink twinkle little star..wakakakaka

Ok guys selamat menjamu mata ngan GDI n selamat mencuba.



Maasalam.