Wednesday, 1 January 2014

Mati itu Pasti

Assalamualaikum..

Selamat tahun baru 2014. Sempena ambang tahun baru macam-macam sambutan diadakan. Pulau Pinang menyambut tahun baru dengan majlis ilmu yang amat amat diperlukan. Kelantan dengan majlis solat hajat, Dataran Merdeka dengan acara guling kerajaan sebagai protes kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan di Malaysia, Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju dengan acara anjuran IKIM seperti ceramah dan qiamulail dari 31 Disember sehingga petang 1 Januari dan tak lupa pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya dengan acara sambutan penuh warna warni diambang 2014. Tidak kira apa cara sekalipun terima kasih Allah kerana hingga saat ini kita masih  dipinjamkan di dunia yang fana ini. 

Tahun 2013 merupakan tahun yang dipenuhi dengan ujian Allah untuk keluarga CL . 2 orang pakcik pergi menemui Allah dan tak kembali.

Tanggal 10/12/2013 pakcik yang kami panggil POK telah pergi meninggalkan isteri dan anak-anak serta kami ke alam yang kekal abadi. Sejak dari kecil dialah yang bersusah payah mengambil CL dan keluarga yang ketika itu tiada kenderaan. Tabiat CL yang manja ni, bila POK dtg umah kononnya nak ikut ke rumah mok (nenek), lepas tu sampai umah mok dalam pukul 3 pagi menangisss "babbbb nak balikkkk". POK ni susah payah  bangun dari tido hantar Cik Lia balik. Masa sekolah tadika dekat rumah mok, bab CL hantar peh tu nanti CL balik, POK la akan htr CL balik ke tadika, meraung2 jugak tak nak sekolah. Owh I miss that time. Memang dene pehh la minoh ni kan?..Kalau arwah mama nak g klinik or mana2 pasti POK yang menjadi pemandu, dek kerana pada masa tu, POK je yang ade kereta.  CL akui sejak memasuki alam kerja n dewasa  ni, CL tak banyak berkesempatan umtuk bersuai muka dengan POK, namun CL tetap mendoakannya walaupun kadang kala ramai yang mempertikaikan CL tak selalu menjengahnya. Takpe la orang nak bercakap pun, hanya Allah yang tahu, tak perlu nak ditunjukkan kepada orang kan, hanya Allah yang tahu. CL harap umi dan anak-anak tabah menghadapi hari-hari mendatang tanpa POK disisi.

POK di hari penikahan kakak tersayang
Tanggal 23/12/2013 seorang lagi pakcik yang CL panggil Cik Amir iaitu suami kepada makcik CL meninggalkan keluarga tersayang menuju perjalanan yang sama dengan POK. Namun usia Cik Amir habis di Langkawi yang ketika itu sedang bercuti. Memang perit untuk dihadapi oleh C.de dan anak-anak untuk menghadapinya dikala sedang bercuti. Tapi Allah telah melancarkan segalanya dengan bantuan orang Langkawi, Cik Amir dikebumikan di Langkawi. CL harap C.de dan anak-anak jgn bersedih teruskan berdoa dan sedekah ayat suci Al-Quran kepada Cik Amir.

Untuk Umi dan C.de, terus kehidupan tanpa orang tersayang disisi dan sentiasa berdoa semoga POK dan Cik Amir berada di kalangan orang soleh. Ameen.

"Semua yang hidup pasti mati, hanya Allah yang mengetahui tarikh kematian umatnya"