Wednesday, 30 December 2015

Perjalanan TTCian:Part 2 Miss P

As-salam semua,

Jom sambung cerita yang tak seberapa sen ni ye..

Sebelum ni CL bgtao IVF failed kan?
Let throwback jap..

Tanggal 31.03.2014 sahla memang IVF kali ini tidak berjaya. Doktor pun hanya mampu nyatakan semua iti rezeki dari Allah. CL dah mula belajar bertabah & redha, pasti ada hikmahnya kan..

Tapi dalam tempoh ni masih lagi mengharap keajaiban berlaku dan masih mengharap sebab miss P belum jengah tiba lagi kan. Tup tap tup tap pas tu tanggal 03.04.2014 miss P datang dah..huhuhu.
Jadi sahlah takda rezeki untuk kami lagi. Bertabahlan wahai hati. Alhamdulillah masih ada 6 lagi baby yang di sejuk beku . In Shaa Allahlepas raya aidilfitri nak buat 2nd IVF.

So positifkan minda, tukar mood n be happy. Sebagai ganjaran utk diri yang tgh berduka ni, jom shopping la..hahahaha. CQ pun layankan je la. Akhir dapatla beli sarang burung gedabak yang boleh menambah kesesakan umah yg sedia comel..Haaa ambe takdok niat nak menunjuk2 wei..saje je untuk mengubat hati yg luka lara.

haaaa yang mcm ni..
ok daaa,,,jumpa lagi beb..

Wednesday, 29 April 2015

Prerjalanan TTCian: Part 1 IVF

Salam,

Wewiittt.. dah hujung tahun dah kita ye. Bertambah tahun bertambah la umur dan makin dekat dengan kematian.. Allahuakbar.

Cik Lia muncul kembali, cam bisekut choc chip i nikan jap ade, jap hilang..kikiki..zb la katakan..

Dah lama nak menaip sebenarnya.. tp tu la seru tak sampai,sehinggala hari ni disebabkan group what app yg ohsem sungguh ni, terpanggil untuk menaip.

Cik Lia nak citer pandang belakang balik ni ataupun omputeh kata throwback..kikiki..

21 Mac yang lalu, Cik Lia sekali lagi dengan dorongan CQ dan keluarga memulakan rawatan untuk mendapatkan zuriat. Cik Lia telah menjalankan rawatan tabung uji dalam bahasa kampung, bahasa bandar IVF..kikiki..

21 Mac ni la bermula segalanya sedih, duka, gembira semua ada la. Selepas pemindahan embrio CL coti selama 2 minggu, ingat sonang ke wat IVF ni, kena berpantang, jalan kepit2, takleh wat keje berat2.. Haa masa nila CL boleh bermanja ngan CQ, sbb CL hanya baring, makan n tido, sbb nak jaga baby mahal ni weii.
                                        
Masa proses IVF ni la, diberi kesempatan untuk bersembang dengan geng2 IVF yang lain dengan adanya group what app ni, adminnya cik ERIN..                               


Banyak gak la maklumat berkaitan dengan IVF/ICSI diperolehi.. ni la group yg ohsem. Dalam group ni selalu gaduh2 manja ngan ADIK Mimi..adekkk sangat..hahaha..
Dengan adanya group ni , bagaikan keluarga dan kita tidak berseorangan rupanya.

Seminggu selepas IVF tu, sekali lagi CL diduga kerana Allah masih menyayangi CL n CQ, IVF FAILED.

LULUH JANTUNG NI, BERDERAI AIR MATA

Namun CQ, hanya menyatakan "Alhamdulillah".Maksud redha dari dirinya, namun CL tahu apa yang ada dlm isi hatinya.

CL cuba untuk menjadi setabah CQ. Namun sesekali bergenang air mata ni, memikirkan kegagalan ni.

CQ adalah semangat segalanya.

LUV U UNTILL JANNAH ABG.