Thursday, 29 March 2012

Rumah Oh Rumah

Erm rasa tak bersemangat langsung lately ni,duk pk sbb tak dpt umah yg di idamkan..
Stress,Sedey,give up..

Walhal CL kena positif,tp tu la..

Pasti ada sebab Allah bagi dugaan ni kan..

Sedey sgt2...

Ya Allah berilah petunjuk pada hambamu yg naif ini..

Wednesday, 28 March 2012

Selamat Pagi

As-salam,Selamat pagi..Alhamdulillah kita dah melalui hari Isnin yg Monday Blues,hari Selasa yg mula smgt bekerja dan kini hari Rabu yg diliputi air yg turun dari langit..ada air yg laju ada air yg renyai..
Sebelum CL dah cite pasal Farm Ville realiti CL kan,so pagi ni CL nak cite pasal makan lagi..yehaa..jgn mare..musti uols ckp CL ni hanya bernafsu makan je kan..hahahaha..lantakla org nak ckp ape pun..CL nak kongsi je...

Last weekend dapur CL actually tak berasap..erm mcm mana nak berasap bukannya pakai dapur kayu kan..hehehe..

So kitaorg pun p la makan luar...

Erm nak ckp Restoran ke Warung ek or Kedai..ok la kedai makan ni adalah kedai makan yg berasaskan makanan Thai,ape lagi kalau buke TOMYAM

Takyah ckp banyak la CL,kongsi je la gambar tu CL ooi..

Ye la,nak kongsi la ni..sabo sabo..

Taraaaa......

Restoran Ton Phai yg terletak di Jalan Raja Uda,Kampung Baru

Ikan Kembong 3 Rasa

Tomyam tak hengat nama..tp power rangers la..
Sebenarnya ni baru 1st time kitaorg cuba,tp sekali sedap da..Insya Allah akan pegi lagi kat sana..
Air pun sodap kat sana,kow gitu..

Ok jom p sarap lak..haish makan lagi CL ni..patut le badan tu makin besor..huhuhu...

Maasalam.

Monday, 26 March 2012

Farm Ville

Salam Isnin..

Musti rini  ramai yg "Monday Blues" la,termasuk le yg menulis ni.Memang mood tu kurang la sikit.Tp  keje tetap keje kan,punca rezeki tu.hehehe.

CL asyik tebeng gambo makan je kan,so rini tak mo ckp pasal makan la..tp still berkaitan ngan makanan..lalala..
CL ngan makanan bagaikan kerusi ngan meja..hehehe..(lawak ke?)..

Selama korang dok makan je kan,kekadang kena tahu gak ramuan utk menjadikan makanan lebih sodap kan..
Ianya boleh berkaitan ngan "Farm Ville" yg org suka sgt main kat "Facebook" tu but not me. Kpd sesapa yg request CL utk main Farm Ville ka,Small Ville,CL biasa CL buat tak tahu je. Di sini CL minta maaf la ye kawan2.

So dr layan "Farm Ville" maya,baik CL "Farm Ville" yg realiti.

Nak tgk tak hasil "Farm Ville" realiti CL..jom CL bawa naik Kuda Hijau CQ (pinjam ye CQ),kalau jatuh maap le..oops dah sampai ,naik je tak yah jalan pun..hehehe

Ni namanya Pokok Daun Kari..ermm best bau kari weii...

Ni lak pokok mangga,org ganu panggil buoh pauh..

Serai

Mangga lagi,kalau terliur dtg la ke rumah CL

Pokok pandan,sape2 nak buat kuih bakor ke,lopez ke,onde-onde meh la amik umah CL,peh tu htr la kuih tu..

Ni musuh CL,tp best friend CQ,cili burung

Pokok daun Bismillah,bagus utk mencegah pelbagai penyakit..

Pokok buah kundur..

Pucuk manis..dap wei wat masok lemak letak ubi steler kuning..
Ok ,ni la antara "Farm Ville" CL,ok tak ok tak?hehehe..isi masa lapang ngan tanaman je la..
Masing2 ade hobi masing,kalau arwah mama CL dia suka tanam bunga..penuh la ngan bunga kat umah CL dulu,tp sekarang bunga menjadi kering lantas semadi umpama arwah mama,Mama kak syg dan rindu mama...

Ok itu je perkongsian rini..c u..

Maasalam..

Saturday, 24 March 2012

Udang Besorrr...

As-salam,

Selamat berhari minggu,musti ramai yg menghabiskan hari minggu ni dengan keluarga dan memang itu la yg sebaiknya. 

Sekadar utk kongsi pasal makan-makan lagi. Kalau semalam pasal SOTONG, hari ni plak pasal UDANG..hehehehe. erm dalam bulan lepas CL & CQ melayan perasaan mencari UDANG BESOR ni jauh sampai ke Rompin. Ini merupakan kali pertama kitaorg p Rompin.Ini hasil cdgn kawan2 CQ la..Takla jauh sgt kot,kitaorg bertolak kul 10 rasanya (ingat2 lupa dah) sampai dlm kul 12.30pm.

Actually CL tak leh sgt makan udang,sbb ade itu alergik le..tapi saje melayan hobi CQ..isteri solehah ha ha ha gitus..auwww..

Tak yah cite banyak moh le kita .....

Gerai Makan Mak Ngah..mana satu mak ngah tak tahu le..ramai sgt mak kat sini...

Udang Galah...takde sape lagi yg boleh makan udang yg kat atas ni..sampai jadi keras ..

Ni anak Udang

Si boy dengan Mak udang aka UDANG BESOR...

Ni la UDANG BESOR ngan family dia aka anak2 nye utk CL n CQ..ayah udang p mencari rezeki..hehehehe

Air Kelapa Laut for me..yehaa










Haaaa ini la dia kesah UDANG BESOR... ok tak ok tak..hehehe..oops sebelum tu kedai terletak di RnR Rompin..betul2 tepi jalan besar..

Rasanye cukup dulu coretan CL utk hari ni.. nanti coret banyak2 akan melalut lak..
Seperti biasa yg buruk itu dari CL sendiri dan yang baik itu dr Allah S.W.T

Jumpa lagi..daaa..Maasalam.



Friday, 23 March 2012

Makang-Makang Petang

As-salam,


Tarraaaaa..CL kembali setelah menyelam dlm kolah.hehehe.....CL nak share pasal makanan lagi..ermm dapnye.Asyik makang-makang je kang..hehehe (bahasa ganu tu weii)

Last week CL balik kampung..kampung?Kampung mana lagi kalau nananana Ganu Kite la aka kg UAI aka kampung CL aka kampung CQ..hehehe..

So kitaorg p le makang makang petang sambal menambahkan berat yg telah sedia ada..

Tempat ni jugak our 1st dating..lalalala

Jom layan duluzzzz...


                                 
Mempersembahkan WARUNG POK NON in da houz..dulu warung ni buruk je..tp ramai org dan atap menggunakan atap nipah,skrg dah hupgrade sikit guna atap "ssteh"(tu bahasa ganu) CL tak tahu bahasa Melayu panggil tu atap ape..hahahaha..

Warung ni terletak di Pantai Mengabang Telipot yg juga berhampiran dengan UMT dan UNISZA...
Warung ni dibuka setiap hari kecuali ISNIN..
Waktu urusniaga bermula pukul 3.30 petang sehingga habis..

Selain sotong,udang dan ikan celup tepung terdapat jugak bihun or mee goreng serta kerepok goreng.
Erm kalau utk minuman lak ade AIR KELAPA dan AIR JAGUNG PARUT (ini sgt sodap,tp gambo takde)

Warung ni terkenal ngan IKAN,SOTONG n UDANG celup tepung...dap weii..

                                      
                                          
Seee.... dibawah ni adalah SOTONG celup tepung..Nauzubillah,inila nikmat Allah...best sgt..

Pok Non siap bagi gunting lagi,utk potong SOTONG ni...SOTONG ni sedap dimakan waktu panas..tp ada jugak CL nampak org KL siap bungkus nak bawa balik KL..

Saiz SOTONG ni agak besar la..siap pakej ade telur lagi ...kawan CQ teruja kot..siap ckp pas ni tak g tempat lain dah..nak p kat situ gak..
See CQ tgh potong itu SOTONG der...

Ni lak IKAN celup tepung (ICT)

See pakej telur lagi..
Oops gambar UDANG celup tepung lupa nak amik..

Ok dari segi harga lak,berpatutan la dengan ape kita dpt segar dari laut ni..
Total kos utk 5 ekor SOTONG CELUP TEPUNG + 2 ekor IKAN KEMBUNG CELUP TEPUNG + 5 ekor UDANG CELUP TEPUNG + 3 AIR JAGUNG PARUT dan 1 teh o ais adalah lebih kurang RM43.70.

Untuk SOTONG CELUP TEPUNG,anda dikehendaki ambil dan tunjuk kepada Pok Non utk dia letakkan harga.

Amacam ade beran? Ape laie jom la p Terengganu pekena SOTONG,IKAN n UDANG CELUP TEPUNG.



P/S: Lebih baik pegi pada pukul 3pm or 4pm lebih,jika tidak anda perlu beratur untuk mendapatkan sotong

Wokey...bai betyy...
Jumpa lagi di lain siaran..

Maasalam...

Monday, 5 March 2012

Cara-Cara Solat Untuk Muslimah

Assalamualaikum,

Semoga ceria di hari Isnin ni,walaupun sebaliknya,ceria-ceriakan diri anda dengan tanggungjawab yg dikurniakan..

Hari ni CL ingin kan kongsikan sedikit ilmu,walaupun tak seberapa...
Ilmu ini CL dpt kiriman dari kawan CL,Wani..thanks Wani..diharapkan Wani semakin sihat dan baby pun sihat..Ameen...


                                          



Cara2 Solat untuk kawan2 perempuan
                                                                                                                  
Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah  kualitinya.

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.



Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sabelum menghadap Allah Yang Maha Esa.

2 perkara yang elok dilakukan sebelum berniat utk solat ... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :


Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak untuk diberi peluang menghadap Allah Yang Maha Besa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal.


Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yang Esa untuk beribadat kepada Nya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yang hina ini, melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anak nya.


Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak,
(bukan sambil membetulkan kain sembahyang, telekung dan sebagainya.) Fokus.
Setelah bertakbir, penceramah tunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dengan keperibadian kita sebagai wanita dan selayak2 nya adab untuk menghadap Allah Azzawajalla.


1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
  • Dgn meletakkan  kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
  • Dgn meletakkan  kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
  • Mengangkat kedua-dua  tangan sehingga ke paras dada (bukan  telinga).  
Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yang berupa kambing hitam gemar bergayut2 di celah lengan (bawah ketiak) untuk mengganggu solat kita,  sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang untuk mereka.


2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat
(bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri (agak2 selesa). Pastikan kedua2 lengan rapat mendekati badan.


3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dengan perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dalam posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga
dirapatkan ke badan dan sudut tepat.


4) 'Iktidal- tegakkan badan semasa membaca "
Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "rabbanawalakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan di situ lah dahi diletakkan.

Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7, iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari sahaja). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.


6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara:
  • Papan punggung  diletakkan di atas kedua2 kaki
  • Papan punggung lebih  diberatkan atas kaki kiri dan
  • kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap  kiblat.
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dalam keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan untuk bangun, gunalah tangan kanan atau kedua-dua tangan untuk membantu kita bangun

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut
......laa ilaa ha ILLALLAH. (Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam)

9) Salam- tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.


10) Berdoa sesudah solat- seelok2 duduk ialah dengan melapikkan papan punggung dengan kedua2 kaki. Tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tangan yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap Allah Yang Maha Agung.

                                                                                                                  
Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yang digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri2 yang tertentu. Antaranya:


1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah.

(Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antaracaranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dengan berbaju sleeveless di dalam telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.


2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yang malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja. Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja yang digunakan. Bagi menutup kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu, lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yang tebal sedikit.

(ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan ataupun jika tiada, pakai 2 lapis )                                            

3) Ada kain telekung yang indah bersulam dan berkerawang. Ada yang berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg berambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana "Sembahyang itu adalah tiang agama".

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yang baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.


Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap,
harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk
itu dari saya.

** Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. **



Terima Kasih Wani..

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri..



Thursday, 1 March 2012

Mood Bercintan ke Utara 5

Salam guys...

Kita sambung mood bercintan,ingatkan hari tu dah last entry upanye ade sikit lagi sambungan..harap2 tak jemu la ye..

Selepas kitaorg check in dlm pukul 2,hari Ahad,kami lepak jap kat bilik n tunaikan perkara wajib..kami decide nak ke town jap..sekadar tgk ape yg menarik...hajatnya nak cari Nasi Kandar beratur...

OTW ke town singgap jap kat pantai Miami..wah gitu..perasan duk kat Miami gitu...



Aksi ala-ala gedik..
Selepas tu,kitaorg meneruskan putaran roda Kuda Hijau,hinggalah sampai ke Gurney drive..wah wah tempat ni ala2 Hong Kong gitu..erm tadi dah p Miami ni dah sampai Hong Kong la..best best..ermm verangan la Cik Lia ooi...ada aku kesah( itu ayat kasar jgn diamalkan) CL tak kisah pun..(ni ayat sopan sikit)..hehehe..
View of Persiaran Gurney

Lagi aksi gedik..
Erm selepas ni ade cite HOT sikit..HOT ke..selepas melepak kat sini,kitaorg decide nak g makan nasi kandar beratur kat Masjid Kapitan Keling rasanye..cari punya cari..sampai kat kul 9,tak sampai2..GPS CQ jap2 update,peh signboard mcm chipsmore..peh tu dgn org duk sibuk nak celebrate Thaipusam..banyak jalan tutup.. kiri kanan jalan penuh dgn persiapan.Masa ni CQ dan verangin ala-ala sepoi-sepoi dialek ganu gitu..CL ni hanya mampu diam n nak gelak pun ade.

At the end kitaorg decide nak balik ke GSR la,alih2 jalan menuju ke Batu Feringgi di tutup,peh tu tak jumpa jalan balik..banyak kali gak la pusing..jumpa akhirnya. Kami makan jugak nasi kandar,tp kat Subaidah, tp tak seperti dijangka,kecewa lagi,then kami teruskan perjalanan balik ke GSR..sob sob sob..banyak benda tak dpt..Moral,len kali tak leh dtg masa Thaipusam...huhuhu..

Malam tu p round-round nigh market feringgi tu kejap..tak lama pun,sbb kami dah penat dengan kesesatan kami di town tadi..huhuhu..kalau tak leh la lama jalan2 kat feringgi ni,,

Night Market Feringgi
Selepas kejadian malam tadi,yang boleh dijadikan ikhtibar kepada kami,keesokannya kami meneruskan kehidupan dengan menikmati sarapan pagi yg agak boleh tahan la..as per our expectation

Pastry bar

Salad bar

Surrounding breakfast area
Antara makanan yg kami jamah
Yes,we were here..Insya Allah will come here again..

Rasanya cukup setakat ni catatan CL mengenai Mood Bercintan ke Utara..TQ my luvly King Qdin..hehehe
Akhirnya kami meninggalkan Penang dengan sikit rasa terkilan,tidak dpt menikmati bumi kurniaan Allah ini sepenuhnya dan tidak menikmati makanan yg di war-war kan oleh kebanyakan org mengenai kehebatan makanan Penang..sbb tu tak banyak gambo makanan..hehehe..

Bye-bye Penang

Kami meninggalkan Penang dgn menggunakan jalan air iaitu menggunakan feri.(hahaha macam ayat skema je) hehehe..

Sekianla catatan Mood Bercintan ke Utara..

Sesungguhnya yg baik itu dr Allah dan yang buruk itu dari diri sendiri..Wallahua'lam..Ameen..

Mood Bercintan ke Utara 4

Salam guys,alhamdulillah dikurniakan masa utk menghupdate mood bercintan..harap2 ni bahagian akhir..
walaupun mood bercintan ni memakan masa 3 hari 2 malam..hari ke-3 tu kami dah bertolak pulang,so takde ape yg menarik sgt utk dikongsi (adakah hari2 sebelumnya menarik???) hehehehe..

Wokey selepas beradu dan menikmati sarapan ,kami menagih lagi jasa si Kuda Hijau utk meneruskan destinasi kami ke Pulau Pinang.Sebelum tu kenala gi umah YB Nasir dulu..jom kita lalala ke rumah YB...

ooo lupa lak otw ke rumah YB Nasir ,kami singgah bergambar jap kat Menara Alor Star..sptnya kitaorg kena explore banyak lagi tempat menarik di Kedah,tp CQ dah excited sgt nak p Penang..
 
Ni la umah YB Nasir..
Ni la hobi YB Nasir...
 Sebenarnya YB nasir n family ade jamukan kitaorg dengan capati yg paling best..tp biasala bila makan,gambo lupe nak hamik lak..ahakss..

Jom kita p Penang lak...vrooommmm...

Erm kitaorg berhenti kejap kat atas jambatan ni..CQ nak sgt amik gambar,tp CL amik gambar tak tomey

Ha ni lagi satu King Qdin marah,sbb ade ke amik gambar air je..huhuhuhu
Menebus kesalahan(kesalahan ke) hamik la gambo dia n surrounding..
 Kedai air tebu ni kat betul2 kat simpang 2,kat situ ade Maybank..ramai gak la org berhenti minum kat sini,berbilang bangsa...


 Taraa akhirnye sampai jua kami di tempat penginapan... yg terletak di batu Feringgi ,nice location sbb terletak betul2 tgh tapak bazar di waktu malam...
 
Golden Sand Resort
Ha masa ni tgh tunggu bilik,ade miscomunication sikit,request king bed,GSR bg twin sharing,terpaksala diaorg setting utk jadikan twin sharing,sbb takde dah bed yg kitaorg request..

Lobby

Nice Room

Bathroom..
Preview sikit pasal GSR,actually GSR adalah under Shang Ri la..ade satu yg bersebelahan dgn GSR under same group management iaitu Rasa Sayang Resort,bersebelahan je.

Dari segi services quite ok,cuma hari tu kitaorg terkilan sbb tak dpt bed as per booking..
Disambut dengan welcoming drink penyambut tetamu yg murah dengan senyuman..dan surronding yg mendamaikan.Pendek kata ,kalau duduk sini,tak payah p merayau kat mana2 dah..duk je area situ..gunakan facilities yg sedia ada..
 Ape2 pun kitaorg kena g ronda2 gak kejap..

Jom,tunggu next entry ye..

Yg betul itu semua dari Allah dan yg salah itu dtg dari diri sendiri.Wallahua'lam..