Monday, 5 March 2012

Cara-Cara Solat Untuk Muslimah

Assalamualaikum,

Semoga ceria di hari Isnin ni,walaupun sebaliknya,ceria-ceriakan diri anda dengan tanggungjawab yg dikurniakan..

Hari ni CL ingin kan kongsikan sedikit ilmu,walaupun tak seberapa...
Ilmu ini CL dpt kiriman dari kawan CL,Wani..thanks Wani..diharapkan Wani semakin sihat dan baby pun sihat..Ameen...


                                          



Cara2 Solat untuk kawan2 perempuan
                                                                                                                  
Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah  kualitinya.

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.



Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sabelum menghadap Allah Yang Maha Esa.

2 perkara yang elok dilakukan sebelum berniat utk solat ... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :


Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak untuk diberi peluang menghadap Allah Yang Maha Besa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal.


Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yang Esa untuk beribadat kepada Nya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yang hina ini, melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anak nya.


Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak,
(bukan sambil membetulkan kain sembahyang, telekung dan sebagainya.) Fokus.
Setelah bertakbir, penceramah tunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dengan keperibadian kita sebagai wanita dan selayak2 nya adab untuk menghadap Allah Azzawajalla.


1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
  • Dgn meletakkan  kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
  • Dgn meletakkan  kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
  • Mengangkat kedua-dua  tangan sehingga ke paras dada (bukan  telinga).  
Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yang berupa kambing hitam gemar bergayut2 di celah lengan (bawah ketiak) untuk mengganggu solat kita,  sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang untuk mereka.


2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat
(bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri (agak2 selesa). Pastikan kedua2 lengan rapat mendekati badan.


3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dengan perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dalam posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga
dirapatkan ke badan dan sudut tepat.


4) 'Iktidal- tegakkan badan semasa membaca "
Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "rabbanawalakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan di situ lah dahi diletakkan.

Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7, iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari sahaja). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.


6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara:
  • Papan punggung  diletakkan di atas kedua2 kaki
  • Papan punggung lebih  diberatkan atas kaki kiri dan
  • kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap  kiblat.
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dalam keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan untuk bangun, gunalah tangan kanan atau kedua-dua tangan untuk membantu kita bangun

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut
......laa ilaa ha ILLALLAH. (Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam)

9) Salam- tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.


10) Berdoa sesudah solat- seelok2 duduk ialah dengan melapikkan papan punggung dengan kedua2 kaki. Tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tangan yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap Allah Yang Maha Agung.

                                                                                                                  
Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yang digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri2 yang tertentu. Antaranya:


1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah.

(Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antaracaranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dengan berbaju sleeveless di dalam telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.


2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yang malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja. Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja yang digunakan. Bagi menutup kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu, lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yang tebal sedikit.

(ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan ataupun jika tiada, pakai 2 lapis )                                            

3) Ada kain telekung yang indah bersulam dan berkerawang. Ada yang berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg berambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana "Sembahyang itu adalah tiang agama".

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yang baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.


Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap,
harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk
itu dari saya.

** Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. **



Terima Kasih Wani..

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri..



4 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian Lia...
    bunyi topik cam senang tapi itulah yg paling penting utk kita. sebab solat benteng terakhir kita sebagai ISLAM. semoga solat kita diterima...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ats prkongsian. . Sy mmg tgh mncari cara2 utk prbaiki solat. Alhamdulillah jumpa pn :)

    ReplyDelete
  3. sama-sama kasih cik Cahaya Menawan

    ReplyDelete