Hari ni agaknya CL wat entry double trouble triple dupper kot...wakakakaka... oooo begitula bila mood dah datang......oooo (baca dgn nyanyian nada Awan Nano tao) kikiki..
Erm ingat tak entry CL pasal "Tempahan Choc Chip" masa raya pose ritu? Sila jawab ingat yer kerana tiada pilihan jawapan,wakakaka. Kan CL telah menghancurkan 2 mixer ketika itu. Kebetulan mixer tu rosak pada hari Sabtu,cadangnya hari Sabtu nak habiskan semua tempahan n nak start ba'da subuh la kan,sekali bila dah siapkan semua bahan-bahan dan bilaaaa tiba masanya(nyanyi sikit) nak memixerkan (BM failed la ni) butter,mixer mengeluarkan cahaya kemerahan yg membuatkan CL terkujat...owhh tidak mixer itu telah mengeluarkan kuasa api mancis cap cili. CL panik sgt..huhuhu..teruskan p kejutkan CQ yg lena diulit air liur basi,wakakaka..ampun ye CQ. CL telefon Kak Marini,Master Chef CL ler.. utk bertanyakan tempat utk beli mixer. Kak Marini cadangkan ke Sen Heng n siap bagi Kad Sen Heng untuk dpt diskaun. So pergilah Sen Heng,sekali Sen Heng tutup,dua2 branch area Pandan Jaya lak tutup.Panik lagi..huaaaaa..Masa tu dah kul 11 pagi dah,so final destinantion p JJ ler.
Tgk kat JJ mcm tak best je n ape yg dikehendaki tu nan ado. Sbb ritu tgk ado,ni nan ado plak. So CQ p la bertanya kat Sales Girl, ade tak yg CL nakkkan tu.Alhamdulillah ada,diaorg tak display dah,sbb kurang permintaan. So akhirnya dptlah Cik Maroon yg hantaran amat la tinggi,tp pk ianya berkualiti. Insya Allah.
Inila gadget CL yg baru n dah dapat hint dari CQ dah,pas ni kena belaja buat kek rajin-rajin la.
Ku rasakan panas berpanjangan,tp rupanya hujan di pagi hari,wakakakaka (CL tak kena kot peribahasa ni),rupanya ade lagi yg murah ...huaaaaa. CL dpt tahu drpd En.Khairul pemunya blog n tukang kek di
khazzbakery.blogspot.com.,dia ckp ada yang lagi murah yang serupa dengan Cik Maroon ni.. owh no body no body. Tapi apa nak buat kan,nasi dah jadi nasi lembik dah, so usah ditangisinya. Apa-apa pun sayang la Cik Maroon ni. Owh just letak je gambar yg CL goggle tadi utk yg muarh tu,jenama Berjaya n buatan Malaysia,so kepada sesiapa yg cari mixer yg mampu milik,boleh la beli..kikikiki..Sesiapa yang hendak membelinya boleh dapati di Wisma CKE,Taman Midah ,Cheras ,tempat je yg CL tahu.Rasanya area Batu Caves pun ada.
(Sumber: Goggle Image)
Takpe CL tahu, setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya. Chayok-chayok...usah dikesali dan ditangisi,Insya Allah Cik Maroon pasti berjasa utk tempoh masa yg lama.
Nota Tangan:
Entry ni bukan nak menunjuk,sekadar berkongsi dengan teman-teman yg sudi membacanya.
sgt bestnye dpt itu mixer Cik Lia, sy pun nak gak satu ;)
ReplyDeleteApe lagi kak lily,sambar ianya skrg..
ReplyDelete