Wednesday, 1 May 2013

Jangan Marah-Marah Sayang


                          
 
 "aip,jgn buat mcm tu", 
"kenapa awk datang lambat?"
"boleh buat keje cepat sikit tak,buat keje slow, tp kalau keluar n makan cepat jew", 
"kamu ni suka sepahkan rumah, tak nak tolong mummy langsung,asyik main je ,tak tahu la nak jadi ape ni pok pek pok pek pok pek"

Pasti kita semua selalu mengunakan ungkapan yang lebih kurang sama macam di atas ketika kita memarahi anak,pekerja, murid-murid dan sebagainya (owh sungguh skema CL hari ni) Ya sudah pasti, CL memang selalu gunakannya...lalalala.. jgn ingat CL merapu di siang hari.

Kita semua kena UBAH semua ni dalam memberi pendidikan sama ada kepada anak kita (utk rujukan akan dtg ni), pekerja kita ,murid-murid kita dan sesiapa sahaja dalam mendidik.  Selama ini kita memarahi mereka ini, apa kata kita UBAH dengan cara MEMUJI mereka. Memang sifat manusia suka di puji, sama juga dgn kita kan? Kalau org puji, kemain la kembang semangkuk tulang kita..hahahaha..

Erm PUJI ye, tp ingat pujian kita jgnlah yg diada-adakan , jgn la org tu gelap korang ckp putih plak,mcm CL ni sah-sahlah hitam manis kan, tp jgnlah dipuji CL ni putih-putih delima,hilang akal ke ape..kikikiki. Kita disarankan untuk memuji sesuatu yg benar,iaitu sesuatu kelebihan yang kita nampak pada seseorg mcm dia pandai menyusun atur perkataan dalam membuat surat, pandai mengaji,tulisan yang cantik dan sebagainya.

Terdapat satu kisah di School Of  Happy Circle ,dimana seorg pelajar (dinamakan sebagai Ahmad) duduk dalam kelas paling tercorot ( paling belakang). Ye la kalau duduk kelas corot ni,memang kurang mendapat perhatian cikgula,lagipun kalau diajar pun diaorg buat tak tahu je la. kadang-kadang rasa nak lempang je kan,hilang sabo.Mana taknya masa mengajar korang main-main,bercakap la,main robotla,barbiela bla bla bla. Tp ada seorg guru yang bernama Zaemah, Cikgu Zaemah ni nampak potensi Ahmad ni lalu Cikgu Zaemah memikirkan bagaimana cara untuk membawa Ahmad menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Kebaboomm turun idea dr langit,lantas pada suatu hari,Cikgu Zaemah pergi kepada Ahmad sambil memuji tulisan Ahmad yg cantik (ni memang cantik ye,bukan diada2kan). "Ahmad cantiknya tulisan awak,rapi,mudah dibaca, cikgu suka la tgk tulisan awak ni,tenang je cikgu melihat.Erm tulisan dan cantik, tp kalau Ahmad belajar rajin-rajin pasti Ahmad akan pandai"..mcm tu la agaknya Cikgu Zaemah memuji Ahmad. Bermula dari situlah Ahmad merasakan dirinya dihargai oleh cikgunya,kerana sebelum ni mana ada pernah cikgu puji dia, dah la kelas tercorot..erm booo layan ler. Kena maki adela,den la tu,sbb tak dapat jadi cikgu..hahahaha. Diringkaskan, selepas kejadian itu, Ahmad rasa bersemangat utk terus belajar, dan akhirnya seluruh pelajar kelas tercorot tu berlumba-lumba untuk menjadikan tulisannya cantik dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran. Tak disangka, kelas tercorot ini,menjadi kelas ke-2 terbaik di School Of Happy Circle .

Dalam hadith Pintu Langit Terbuka;
Ibnu Umar menceritakan, pada suatu masa beliau dan orang-orang lain sedang hendak melakukan sembahyang di masjid. Pada waktu itu kedengaran seorang lelaki berkata, "Allahu akbar kabiran, alhamdulillahi kathiran, wasubhanallahi bukratan wa'asila." Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya kepada orang-orang yang ada, "Siapakah tadi yang membaca ucapan itu?" Lelaki itu menjawab, "Saya, ya Rasul Allah." Lalu Nabi Muhammad berkata, "Saya kagum dengan kata-kata itu. Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu." Dalam laporannya itu, Ibnu Umar berkata, "Semenjak saya terdengar Nabi Muhammad berkata begitu, saya tidak pernah lupa mengucapkan kata-kata itu." 

  Intipati hadith:
 1. Apabila mendorong orang supaya mempertingkatkan prestasinya, berikan pujian kepada  prestasinya yang baik, manakala prestasinya yang buruk didiamkan sahaja.
 2. Apabila memberi pujian, pujian itu hendaklah diberikan kepada kerja yang dilakukan ataupun kepada hasil kerja.
 3. Pujian hendaklah diberikan segera, tidak ditangguh-tangguhkan.
 4. Apabila kerja itu dilakukan secara terbuka maka pujian pun diberikan secara terbuka.

 Aplikasi hadith:
1. Hadith ini adalah hadith motivasi bagi tujuan memperkukuhkan tingkah laku yang positif dan memadam tingkah laku negatif.
2. Dua tingkah laku positif yang diperkukuhkan dalam hadith ini adalah:
   i. Datang ke masjid bagi solat berjemaah.

   ii. Menggunakan daya kreativiti bagi menghasilkan idea yang baik.
3. Satu tingkah laku negatif yang dipadamkan adalah: Dia bercakap kuat di dalam masjid.

  Cara memadam tingkah laku negatif adalah dengan mendiamkannya sahaja, yakni  perbuatan tidak ditegur.
4. Apabila memuji bagi tujuan memperkukuhkan tingkah laku yang positif, tekniknya adalah:

  i. Pilih satu perbuatannya yang baik.

  ii. Puji kebagusan perbuatannya itu.

  iii. Sebut impak daripada perbuatan tersebut.

haaaa.. so mulai sekarang kita kena UBAH la cara pendidikan kepada anak-anak,murid-murid,pekerja dengan cara PUJIAN.

Ilmu telah dikongsi oleh Ustazah Tomey Kesayangan CL dalam bulatan gumbira yang lepas. Harap dapat dikongsi dan  diparktikkan oleh kawan-kawan tomey semua.Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai pendidikan mengikut Teknik Pujian Ikut Cara Nabi Muhammad S.A.W klik la  http://memoirsofazieana.blogspot.com  dan ini http://khairulaniza.blogspot.com
 
TQVM ustazah kesayangan, teknik ini amat berguna kepada kami semua,tambah2 jika hendak memulakan Happy Circle Child Educare (amacam kak mel best tak nama tu)..lalalalala..

Maasalam.
Takbir!