"aip,jgn buat mcm tu",
"kenapa awk datang lambat?"
"boleh buat keje cepat sikit tak,buat keje slow, tp kalau keluar n makan cepat jew",
"kamu ni suka sepahkan rumah, tak nak tolong mummy langsung,asyik main je ,tak tahu la nak jadi ape ni pok pek pok pek pok pek"
Pasti kita semua selalu mengunakan ungkapan yang lebih kurang sama macam di atas ketika kita memarahi anak,pekerja, murid-murid dan sebagainya (owh sungguh skema CL hari ni) Ya sudah pasti, CL memang selalu gunakannya...lalalala.. jgn ingat CL merapu di siang hari.
Kita semua kena UBAH semua ni dalam memberi pendidikan sama ada kepada anak kita (utk rujukan akan dtg ni), pekerja kita ,murid-murid kita dan sesiapa sahaja dalam mendidik. Selama ini kita memarahi mereka ini, apa kata kita UBAH dengan cara MEMUJI mereka. Memang sifat manusia suka di puji, sama juga dgn kita kan? Kalau org puji, kemain la kembang semangkuk tulang kita..hahahaha..
Erm
PUJI ye, tp ingat pujian kita jgnlah yg diada-adakan , jgn la org tu
gelap korang ckp putih plak,mcm CL ni sah-sahlah hitam manis kan, tp
jgnlah dipuji CL ni putih-putih delima,hilang akal ke ape..kikikiki.
Kita disarankan untuk memuji sesuatu yg benar,iaitu sesuatu kelebihan
yang kita nampak pada seseorg mcm dia pandai menyusun atur perkataan
dalam membuat surat, pandai mengaji,tulisan yang cantik dan sebagainya.
Terdapat
satu kisah di School Of Happy Circle ,dimana seorg pelajar (dinamakan
sebagai Ahmad) duduk dalam kelas paling tercorot ( paling belakang). Ye
la kalau duduk kelas corot ni,memang kurang mendapat perhatian
cikgula,lagipun kalau diajar pun diaorg buat tak tahu je la.
kadang-kadang rasa nak lempang je kan,hilang sabo.Mana taknya masa
mengajar korang main-main,bercakap la,main robotla,barbiela bla bla bla.
Tp ada seorg guru yang bernama Zaemah, Cikgu Zaemah ni nampak potensi
Ahmad ni lalu Cikgu Zaemah memikirkan bagaimana cara untuk membawa Ahmad
menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Kebaboomm turun idea dr
langit,lantas pada suatu hari,Cikgu Zaemah pergi kepada Ahmad sambil
memuji tulisan Ahmad yg cantik (ni memang cantik ye,bukan diada2kan). "Ahmad cantiknya tulisan awak,rapi,mudah dibaca, cikgu suka la tgk tulisan awak ni,tenang je cikgu melihat.Erm tulisan dan cantik, tp kalau Ahmad belajar rajin-rajin pasti Ahmad akan pandai"..mcm
tu la agaknya Cikgu Zaemah memuji Ahmad. Bermula dari situlah Ahmad
merasakan dirinya dihargai oleh cikgunya,kerana sebelum ni mana ada
pernah cikgu puji dia, dah la kelas tercorot..erm booo layan ler. Kena
maki adela,den la tu,sbb tak dapat jadi cikgu..hahahaha. Diringkaskan,
selepas kejadian itu, Ahmad rasa bersemangat utk terus belajar, dan
akhirnya seluruh pelajar kelas tercorot tu berlumba-lumba untuk
menjadikan tulisannya cantik dan menumpukan sepenuh perhatian kepada
pembelajaran. Tak disangka, kelas tercorot ini,menjadi kelas ke-2
terbaik di School Of Happy Circle .
Dalam hadith Pintu Langit Terbuka;
Ibnu Umar
menceritakan, pada suatu masa beliau dan orang-orang lain sedang
hendak melakukan sembahyang di masjid. Pada waktu itu kedengaran
seorang lelaki berkata, "Allahu akbar kabiran, alhamdulillahi
kathiran, wasubhanallahi bukratan wa'asila." Selepas selesai
sembahyang, Nabi Muhammad bertanya kepada orang-orang yang ada,
"Siapakah tadi yang membaca ucapan itu?" Lelaki itu menjawab, "Saya,
ya Rasul Allah." Lalu Nabi Muhammad berkata, "Saya kagum dengan
kata-kata itu. Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu." Dalam
laporannya itu, Ibnu Umar berkata, "Semenjak saya terdengar Nabi
Muhammad berkata begitu, saya tidak pernah lupa mengucapkan kata-kata
itu."
Intipati hadith:
1.
Apabila mendorong orang supaya mempertingkatkan prestasinya, berikan
pujian kepada prestasinya yang baik, manakala prestasinya yang buruk
didiamkan sahaja.
2. Apabila memberi pujian, pujian itu hendaklah diberikan kepada kerja yang dilakukan ataupun kepada hasil kerja.
3. Pujian hendaklah diberikan segera, tidak ditangguh-tangguhkan.
4. Apabila kerja itu dilakukan secara terbuka maka pujian pun diberikan secara terbuka.
Aplikasi hadith:
1. Hadith ini adalah hadith motivasi bagi tujuan memperkukuhkan tingkah laku yang positif dan memadam tingkah laku negatif.
2. Dua tingkah laku positif yang diperkukuhkan dalam hadith ini adalah:
i. Datang ke masjid bagi solat berjemaah.
ii. Menggunakan daya kreativiti bagi menghasilkan idea yang baik.
3. Satu tingkah laku negatif yang dipadamkan adalah: Dia bercakap kuat di dalam masjid.
Cara memadam tingkah laku negatif adalah dengan mendiamkannya sahaja, yakni perbuatan tidak ditegur.
4. Apabila memuji bagi tujuan memperkukuhkan tingkah laku yang positif, tekniknya adalah:
i. Pilih satu perbuatannya yang baik.
ii. Puji kebagusan perbuatannya itu.
iii. Sebut impak daripada perbuatan tersebut.
haaaa.. so mulai sekarang kita kena UBAH la cara pendidikan kepada anak-anak,murid-murid,pekerja dengan cara PUJIAN.
Ilmu telah dikongsi oleh Ustazah Tomey Kesayangan CL dalam bulatan gumbira yang lepas. Harap dapat dikongsi dan diparktikkan oleh kawan-kawan tomey semua.Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai pendidikan mengikut Teknik Pujian Ikut Cara Nabi Muhammad S.A.W klik la http://memoirsofazieana.blogspot.com dan ini http://khairulaniza.blogspot.com
Maasalam.
Takbir!
clap clap clap (laju2)
ReplyDeletecik lalala manis manis lolipop!!
Tomey dan cute sunguh CL mengolah dan mengadun al-kisah daripada bulatan gumbira kita. Membacanya hati bertambah ceria. Terima kasih CL kerana memanfaatkannya dalam tulisan ini utk kengkawan yang tak datang khususnya. Saaayang CL
ReplyDeleteMe kaceh dari budak yang baru pandai.. n selalu outdated ngan belog ni..huaaaa.. syg ketat2 semua..
ReplyDelete