Wednesday, 3 July 2013

Mari Belajar Membaca

Assalamualaikum...


                    

Ku rasa sungguh indah kerna dapat menghayati dan membetulkan bacaan ku yang tunggang terbalik mcm lori terbalik dalam sungai. Semalam pertama kali menjadi ahli membaca bulatan gumbira, selepas banyak kali mengelat.Terima kasih ustazah,kerana mencurahkan ilmu dan terima kasih jugak kepada sang suami yang memberi keizinan menyertai Ahli Membaca Bulatan Gumbira dan tak lupa ahli expect...wahhh bulatan gumbira dah membesarkan empayarnya..

Ok semalam CL dan Nik menjadi ahli baru..perghh rasanya nak balik rumah terus masa 1st time kena soal..terus diberi pop kuiz,terus takut nak dtg next kelas..Puan Nik terus tergugat iman dia, tp apapun respect suspect super duper Puan Nik ni,sbb balik dari keje tak jumpa anak2 lagi terus g kelas membaca.

Pasti uols nak tahu kenapa kelas membaca ni sungguh indah kerana ianya bukan kelas membaca yg biasa..kelas membaca untuk bekalan di akhirat.

Semalam ustazah osem telah memperkenalkan kawan-kawan baru bagi ahli baru. Nama kenalan-kenalan baru adalah Mad Asli, Alif Lam Qamariah dan Syamsiah, Wajibul Ghunnah, Qalqalah, Hukum Nun Sakinah dan Tanwin,Lin,Tarqiq dan Tafqim,Ikfaq Sapawi,Idgham Sapawi, Mislani, Mad Jais (nama glamor mad mikrofon) ,lin dan lain2.

Rasa indah sgt bila dapat membaca selepas ini kita tukar kepada mengaji dengan mengetnali kawan-kawan baru ni.Rasa best sgt..sukar digambarkan..May be bagi org lain perkara ni perkara biasa dan masing-masing dah pandai n kenal kawan-kawan baru  CL. Kaedah pengajian masa kecik2 dulu lain ngan guru yg pegang rotan..pergh takut wei..tp ngan ustazah osem ni dia senyum n gelak jew..syg ustazah lah..

CL tak berani nak kenalkan kenalan baru ni lebih dekat sebab takut tersalah profile lak. May be akak houseoftheuglymother.wordpress.com  lebih tahu.. Akak Lily comey ni pakar Mad.

Just for sharing.. Tajwid  bermaksud mengelokkan dan mencantikkan. Dari segi istilah pula tajwid bermaksud ilmu untuk mengetahui cara melafaz huruf-huruf Al-Quran dengan betul. Mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah dan mempraktikkannya pula dalam bacaan adalah fardhu 'Ain.

"pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan"

Tuesday, 2 July 2013

Terima Kasih Sayang

Salam Ceria di Pagi Selasa,

Pergh CL ni tak konsisten la.. sekejap tinggal lama, peh tu tiap2 hari plak.. maaf la.. sebab CL masih menyesuaikan diri dengan situasi keje ni  yang gorgeous ni..best tao leh tgk lembu, kambing..peh tu p tgk getah ,sawit..mcm mengembara la..lai lai sapa nak keje ngan CL..silakan..

In Shaa Allah sempena Syawal ni CL amik tempahan Choc Chip. CL dah mula buat dah tempahan n amik tak banyak..sbb nanti tak nak tinggalkan amal ibadah di bulan yang indah.. In Shaa Allah. So disebabkan tu la hidup tak terurus, rumah tak berkemas..kikiki..tp still leh pijak okeyy rumah tu. Bila tanya YDP dia kata ok jew rumah ,bersih..huhuhu.. YDP oh YDP..mcm2 gelaran yg CL bg utk somi terchenta ni kan? Luv u abg..wakakaka.

Somi ku sayang.. ku sungguh bahagia sangat dengan mu walaupun kadang kala kena buli..huhuhu..erm CL tak nak kalah so kena la marah YDP tu...sian dia ek.. So semalam ,CL nak ucapkan BIG, BIG BIG THANKS to you dear FAKHRUDDIN DRAMAN kerana tolong isterimu yang sibuk..

seeeee dengan vakum n bulu ayam..gud job dear

nanti amalkan setiap minggu yer bucuk..

Saya bangga mempunyai suami mcm abg..waaalaaa.. romantik tak romantik takk? Wakakaka.. 
Actually motif bebelan hari ni adalah, dalam rumah tangga kita harus saling bantu membantu dalam pelbagai bidang. Sebagai isteri, setiap yang suami buat, jgn lupa ucapkan terima kasih,walaupun sebesar zarah. 

Tapi adat rumah tangga, ada keruh dan jernih,perkara mcm ni la boleh menceriakan rumah tangga..
Anyway big thanks again to my dear.. ha somi2 dan lelaki2 di luar sana bantu isteri2 anda dalam menjalankan kehidupan rumah tangga.


Monday, 1 July 2013

Salam Ramadhan



                         


Salam semua, rasanya sudah lama tidak menyinggah ke blog ciklia ni. Rasanya sejak bertukar kerja ni,baru ade kesempatan untuk bervelog. Rasa rindu dan bersalah kat velog ku ini,terlampau asyik dengan kerja dan kehidupan seharian. Rinduuuu woooo rindu serindu rindunyaaaa...wooooo

Rasa rindu bulatan gumbira yang amat sangat..erm dah 2 kali miss nih..mcm mana nih.. YDP kat rumah dah bising, katanya CL tak berwasattiah. Celang celuk jew.

Erm ape ek nak tolissss ni..Owh ritu pun sompet ler p shopping kat kakikusukaberjalan tu..me kaceh la cik ina,,bg delay payment..tp dah habis bayar ek..

Tak lama lagi kita nak menghampiri Ramadhan dah, rasa takut sgt memikirkan adakah CL sempat untuk menyambut Ramadhan dan menghabiskan. Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala aturan untuk hambamu ini. Sekarang ni ramai berkejaran untuk menikmati puasa sunat Syaaban. Haa yang tak habis ganti tu..cepat2 ler..

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini. Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.  

Mari kita rebut peluang ini!

  • Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.

  • Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.

  • Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

  • Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala :)

  • Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan

  • Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan

  • Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.

  • Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan

  • Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik   menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.