Assalamualaikum...
Ku rasa sungguh indah kerna dapat menghayati dan membetulkan bacaan ku yang tunggang terbalik mcm lori terbalik dalam sungai. Semalam pertama kali menjadi ahli membaca bulatan gumbira, selepas banyak kali mengelat.Terima kasih ustazah,kerana mencurahkan ilmu dan terima kasih jugak kepada sang suami yang memberi keizinan menyertai Ahli Membaca Bulatan Gumbira dan tak lupa ahli expect...wahhh bulatan gumbira dah membesarkan empayarnya..
Ok semalam CL dan Nik menjadi ahli baru..perghh rasanya nak balik rumah terus masa 1st time kena soal..terus diberi pop kuiz,terus takut nak dtg next kelas..Puan Nik terus tergugat iman dia, tp apapun respect suspect super duper Puan Nik ni,sbb balik dari keje tak jumpa anak2 lagi terus g kelas membaca.
Pasti uols nak tahu kenapa kelas membaca ni sungguh indah kerana ianya bukan kelas membaca yg biasa..kelas membaca untuk bekalan di akhirat.
Semalam ustazah osem telah memperkenalkan kawan-kawan baru bagi ahli baru. Nama kenalan-kenalan baru adalah Mad Asli, Alif Lam Qamariah dan Syamsiah, Wajibul Ghunnah, Qalqalah, Hukum Nun Sakinah dan Tanwin,Lin,Tarqiq dan Tafqim,Ikfaq Sapawi,Idgham Sapawi, Mislani, Mad Jais (nama glamor mad mikrofon) ,lin dan lain2.
Rasa indah sgt bila dapat membaca selepas ini kita tukar kepada mengaji dengan mengetnali kawan-kawan baru ni.Rasa best sgt..sukar digambarkan..May be bagi org lain perkara ni perkara biasa dan masing-masing dah pandai n kenal kawan-kawan baru CL. Kaedah pengajian masa kecik2 dulu lain ngan guru yg pegang rotan..pergh takut wei..tp ngan ustazah osem ni dia senyum n gelak jew..syg ustazah lah..
CL tak berani nak kenalkan kenalan baru ni lebih dekat sebab takut tersalah profile lak. May be akak houseoftheuglymother.wordpress.com lebih tahu.. Akak Lily comey ni pakar Mad.
Just for sharing.. Tajwid bermaksud mengelokkan dan mencantikkan. Dari segi istilah pula tajwid bermaksud ilmu untuk mengetahui cara melafaz huruf-huruf Al-Quran dengan betul. Mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah dan mempraktikkannya pula dalam bacaan adalah fardhu 'Ain.
"pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan"
No comments:
Post a Comment