Showing posts with label Dak Kecik. Show all posts
Showing posts with label Dak Kecik. Show all posts

Monday, 15 October 2012

Little Boy

Salam ceria di pagi Senin..

Bangun pagi tadi,tgk hujan plak,adoyai tido pun sodap ni.Tapi apakan daya tuntutan kerja ,so kena ler g keje,walaupun hati ku tertinggal kat katil.

Tapi hari ni kena semangat tao utk bekerja.. chayok chayok CL..keje keje keje..

Sebenarnya nak cite pasal weekend,tp bermukadimah la dulukan.Semalam syurga CL p menikmati udang besor yg mcm entry CL yg lepas-lepas dan lepas.So CL duk umah ler,duk menjalankan operasi iron baju utk 3 minggu sekali..haaa amek kau. Nak iron baju  ni memerlukan semangat juang yg tinggi,bg CL la kan,disamping menjimatkan wang,tenaga elektrik dan dpt mengeluarkan peluh...wakakaka.

Sebelah petang lak,CL amik Little Boy ni..hohoho cute tangat tangat tao..Tapi tak lama, kebetulan plak mama dia nak masak makanan Little Boy ni la,sebelum g keje. Mama Little Boy ni mesi,so semalam dia keje malam.

Little boy ni nama dia Nuraim anak jiran CL. Masuk je umah CL,diam je,peh tu dgr muzik dr mainan dia ,berjoget ler,peh tu tgk bola besor lak,nak sepak ler walaupun takleh jalan lagikan. CL la yg tolong menyepaknya. Dan akhirnya Little Boy Nuraim tewas atas bola besar tu. Dia tertido ,agaknya best kot duk atas bola besar yg bagaikan buai tu kot.

Nuraim dengan mainan geli2 yg bernyala
Habisla digegetnya..
Akhirnya..

Nuraim ni berusia 9 bulan,sekarang dia dlm step merangkak n berdiri dekat dinding. Suka hati CL je kan,share pasal anak org. Erm okla mula2 anak org ,lama2 nanti dptla baby sendiri.Chayok chayok CL.


Note:
Mesi adalah dialek Negeri Terengganu kepada Jururawat.


"Kanak-kanak diibaratkan sebagai kain putih bersih perlu dibentuk untuk mengenal dan mengetahui asas tauhid yang kukuh"

Friday, 12 October 2012

New Baby

Salam Jumaat

Jumaat,penghulu segala hari,hari yg penuh makrifat,hikmah dan nikmat.

Semalam CL jadi "new baby" jap..wallaaaaa new baby gitu kebaboomm..Alhamdulillah semalam CL dah pandai menyertai bulatan gumbira,kiranya ahli baru,sbb tu namanya "new baby".wakakaka..

Terima kasih banyak-banyak kepada Cik Kaki dari kakikusukaberjalan.blogspot yg sudi menjadikan CL "new baby" utk bulatan gembira.

Selain itu ucapan terima kasih kepada Ustazah Zaimah yg sudi menerima "new baby" yg tipis ilmu agamanya berbanding ngan Ustazah. Tp sedihnya sbb hanya kali ini berkesempatan Berbulatan gembira ngan Ustazah,kerana Ustazah akan menjadi tetamu Allah. Tetapi,tetapi ade Ustazah baru,nama dia Kak Ita,Insya Allah Kak Ita akan mebimbing bulatan gembira sepanjang Ustazah Zaimah menjadi tetamu Allah.

Selain itu,banyaknya selain itu plak...ucapan terima kasih kepada rakan2 bulatan gembira (Kak Mel,Cik Kaki, Kak Lily,Nisa,Kak Arni dan anak pertamanya dan Busra)
Namun,ku tidak tega lagi menjadi setabah Ustazah.Sungguh tabah dan kuat orgnya,Tp betul la Allah takkan menduga umatnya,jika dia tahu umatnya tidak bisa menghadapinya.Dalam jiwa ini,sukar dan tak tahu jika ianya terjadi pada diriku. Ya Allah ,kuatkan dan berikanlah ketabahan kepada hambamu ini.

Insya Allah CL akan berterusan utk berbulatan gumbira ini.


"Allah tidak akan menguji hambanya,jika dia tahu hambanya tidak dapat menghadapi dugaannya"

Thursday, 29 December 2011

Nananana Buah Hati Baru...

Salam,

Erm hari ni CL nak bgtau CL ade buah hati baru..habehla CQ,CL dah ade buah hati baru..nama buah hati CL Airis Al-Hakim  hehehehe..
Sebenarnya nak post dah lama dah,tp bila nak upload gambar buah hati terus tak leh..tu tertinggal flight tu..hehehehe..

Nak tgk tak? Moh le kita tengok,nanti bosan lak dgr CL melalut kan..dah la ayat tu kadang2 tak betul hahahaha..




 Ha ni la dia Muhammad Luqman Al-Hakim,ni anak buah CL,masa dia 2 hari dilahirkan CL ade post gambar dia..taraaa skrg dah masuk 4 bulan..,gambar bawah sebelum cukur kepala,gambar atas selepas rambutnya ditarah...ok next





Haaa ni plak gambar BAMBAM IN DA HOUZ..hahahahaha...Subhanallah,geram sgt tgk bambam ni...rasa nak bawa balik tido umah je..tp bambam ni suka wat konsert,almaklumla,dia rasa dia sorang je pompuan,manja la sikit...anyway namanya Airis Eryna.. aunty miss u so much dear..mmuahhssss. Airis sekarang dah berusia 2 bulan..tp berat dia dah 5.2k ok...bambam gitusss..gebushhh..

Dah la aunty jgn melalut nye..p buat keje aunty pleaseee....

Maasalam....





Thursday, 8 September 2011

Baby Baby Baby

Hari ni terlebih rajin lak,menulis,maklumlah beginner,mcm ni la.Harap2 aku sentiasa rajin mengupdate blog ku yg tak seberapa ni.Hehehehe

Sebut pasal baby ni,dah 4 tahun dah ku masih menanti baby dalam kehidupan ku dan suami.Ya Allah permudahkan bagi kami untuk mendapat zuriat yg soleh secepat yg mungkin.

Kalau sebut pasal cakap org tu,jgn ckp la erm bak kata org terengganu dah "kalih doh".So buat tak tahu jew la.Sabar je..

Aku ni kalau nampak baby,geram je,mesti nak amik gambar n kalau boleh nak bawa balik,tp sah sah la mak n ayah baby tu tak bg kot...Sape yg sanggup bagi anak kat org lain,kecuali org yg betul2 kesempitan.

Ni nama dia Mohd Iqbal kezen hubby,geram giler tgk baby ni...



Yang ni namanya Muhammad Luqman Al-Hakim,anak buah yg ke-3..masa ni baru 2 hari melihat dunia..

Yang ni plak nama dia Nurdinie Fakhira,gabungan dr Farid n Asmieda,ofis mate..,Fakhira bila datang umah aku,baek je...geram sgt..


Yang ni plak,tak tahu plak nama penuh dia,panggil Irdina je..kezen hubby...