Monday, 14 May 2012
Friday, 11 May 2012
Kelas Memasak Bersama Chef Zaidah
Assalamulaikum...
Bila dengar je ada kelas memasak dengan Chef Zaidah rasa gumbira yg amat sangat. Tambah2 free lak..bagaikan durian runtuh....
Chef Zaidah berkongsi ilmu bagaimana memasak set nasi arab iaitu lamb mandy, fattoush, chicken tagine dan hummus.Best jugak la..
Sebenarnya kelas masakan ni anjuran Badan Kebajikan office CL.Erm takde idea lak nak menulis ni..buntu ...
Jom layan gambo je la..biar gambo menceritakan segalanya..
![]() |
| Ha nila Chef Zaidah..confirm uols kenal..hehehe..simple je org dia..mcm kita2 jugak..hehehe |
Lamb Mandy: Kambing ni boleh dibeli dimana-mana atau di kedai arab yg terletak berdekatan dengan area Tesco Ampang, iaitu berdepan dengan Petronas,sederet dengan KK Home..kat situ semua bahan berkaitan ngan masakan Arab ada.
![]() | |||
| Lamb Mandy |
Humus ni plak,mesti semua org tahu kan,dihasilkan dari kacang kuda. Terdapat jugak yg ready made,dan disajikan bersama dengan olive oil,bg CL hummus sedap dimakan dengan roti.
![]() |
| Humus |
Chicken tagine kalau makan dengan nasi minyak pun best..sonang je nak buatnya ni..Insya Allah nanti CL letak resepinya nanti..
![]() |
| Tangin |
Fattoush ni lak mcm acar mentah kitala.. kak CT DELIMA musti dah mahir kot wat ni..hehehe..
![]() |
| haaa yg hujung sekali tu fattoush aka acar.. |
Memang best hidangan Arab ni. Tp jika nak dapatkan pengalaman baru memasak,boleh cuba,tp jika duk berdua lebih baik abni,bak kata CQ baik g makan kat Al-Rawsha ke, Saba, Hadrawmaut ke..hehehe..
Tp CL akan cuba jugak satu hari nanti..mana air tangan CL best lagi ke..kekekeke..
Tp bahan-bahan utk masakan arab ni agak pricy la..Kalau nak beli tu,boleh la share ngan kwn-kwn kan..sbb kitapun jarang2 je buat..
Wokey ..daaaa..
Jazakumuallah..
Thursday, 10 May 2012
Udang Lagi!!!
Assalamualaikum,
Rasanya dah lama CL tak menghupdate blog ni,alasan yg standard bz dan pengakuan ikhlas bila cik Malas bertandang..habisla..blog ke mana diri ke mana.eh eh diri ok lagi.Tapi jgn dilayan cik Malas ni.Lawan tetap lawan!
Jom menjamu mata lagi dengan makanan yg CL masak bukanlah CQ masak hasil dari udang galah pemberian kazen yg best..Btw thanks Isa n Ada dan utk abg tersayang..abg memang pandai ,TQVM ajar sayang..
Jom layazzzzzzzz.....
![]() |
| Udang Masak Merah |
![]() |
| Ok tak Ok tak??? |
2) Maggi udang,biasa yg glamer kat kelate tu Maggi Ketam kan..Zuhori Awang,let try Maggi Udang CQ..
![]() |
Ok ,dah la tgk udang-udang tu,kang malu lak dia..
Credit to CQ.
Saturday, 21 April 2012
Cik Rajin Bertandang.
As-salam
Ni menu pertama..ni lak menu kedua..
Hari ni CL ada kawan baru yg teman CL,namanya Cik Rajin. Disebabkan Cik Rajin datang umah CL,jadi mcm2la CL leh buat rini.Terima kasih Cik Rajin. Antara menu CL sempat buat dengan Cik Rajin adalah 2 menu minum petang. CL wat cepat2 sbb takut nanti kawan CL yg sorang lagi datang iaitu Cik Malas,tp Alhamdulillah rini dia tak singgah umah CL..
Jom tengok ape yg CL buat ngan Cik Rajin tadi...
Haaa nila dia si Tauhu Tulip..kuih ni erm kuih ke? Ye kot.CL 1st time makan masa training kat opis,makcik cafe buat..best gak..peh tu ape lagi CL minta tolong Cik Google le..akhirnya jumpa la resepi nya. Terima kasih bilachahkedapur.blogspot.com. So sape2 nak resepi leh la p ke situ. Kat blog chah nama dia lain.CL saje mengada ngada letak nama lain..Jgn marah ye Chah.
Ni menu pertama..ni lak menu kedua..
Ni la dia Popia..semua org kenal la nama dia..tp popia ni isi dia kentang..yang ni lak ade di jual di opis..best makcik ni buat..So CL try la n Alhamdulillah CQ suka sgt2..hehehe.
Erm untungkan berkawan ngan Cik Rajin ni.Harap2 Cik Rajin sentiasa berada dicc CL.
Oh ye ..menu petang ni lagi best dimakan bersama dengan sos. CL makan dengan Sos Kerepok Lekor yg CL beli kat kampung ritu.
Ok selamat menjamu mata..daaaa...
Maasalam..
Friday, 20 April 2012
Kegagalan adalah punca kejayaan
Allah itu pencipta kita. Pastinya Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Kejayaan itu bukanlah segala-galanya jika ianya tidak membawa hati kita kepada Allah.
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kau menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
al-Baqarah : 2
GAGAL bukan bermakna Allah tidak menyayangi umatnya, malah GAGAL menunjukkan Allah S.W.T ingin menguji tahap keimanan,kesabaran dan ketabahan umatnya.
GAGAL sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya,malah GAGAL gagal menjadi punca kejayaan kejayaan.
GAGAL bukan bermakna jatuh selama-lamanya,malah GAGAL mengajar kita bertatih untuk bangkit semula.
GAGAL bukan bermakna kehidupan kita terhenti disitu,tapi GAGAL mengajar kita untuk meneruskan perjalanan dengan lebih baik.
GAGAL bukan bermakna kita tidak pandai,malah GAGAL menunjukkan kita telah berusaha dan akan terus berusaha.
KEGAGALAN MEMBERI SUMBANGAN YG BESAR DALAM KEHIDUPAN ,JIKA TAHU MENGGUNAKAN KEGAGALAN ITU.
Gambar Ihsan dan Surah from kelanaiman.blogspot.com & inaninajwa.blogspot.com.
Monday, 16 April 2012
Lelaki Kacak
Lelaki yang kacak.
.
Lelaki yang kacak… lelaki yang tidak akan mempermainkan perasaan wanita.. tidak akan menabur janji-janji manis.. tidak akan membiarkan wanita menangis teresak-esak kerananya.. tidak akan mengkhianati kepercayaan orang lain.. kerana dia takot pada balasan Allah..
.
Lelaki yang kacak.. lelaki yang tidak akan menipu demi kepentingan diri sendiri.. tidak akan mempergunakan orang lain untuk kesenangan dirinya sendiri.. tidak akan menindas orang yang lemah daripadanya.. kerana dia takot pada balasan Allah..
.
Lelaki yang kacak.. tidak akan menyakiti hati wanita.. tidak akan memukul wanita meskipun isterinya.. kerana dia takot pada balasan Allah..
Lelaki yang kacak.. tidak akan menghabiskan duit wanita untuk kepentingan diri sendiri.. tidak akan mencuri hak orang lain.. tidak akan meruntuhkan rumahtangga orang lain.. kerana dia takot pada balasan Allah…
.
Tetapi…
.
Lelaki yang kacak.. tidak akan melupakan Allah.. tidak akan sesekali ingkar pada perintah Allah.. seorang yang taat pada Allah dan Rasul-Nya… kerana dia mengimpikan syurga Allah..
.
Lelaki yang kacak.. sentiasa ikhlas dalam melakukan amalan seharian.. sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi.. sentiasa berserah pada Allah..
.
Lelaki yang kacak.. sentiasa bersabar ketika menghadapi ujian dari Allah.. tidak akan putus asa untuk mengharungi segala ujian yang diberikan.. tidak akan pernah menyalahkan Allah..
.
Lelaki yang kacak.. akan menjadikan jihad fisabilillah sebagai matlamat dalam hidupnya..
.
Lelaki yang kacak.. akan selalu memohon ampun kepada Allah atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan samada dosa kecil mahupun besar.. sengaja atau tidak sengaja..
.
Lelaki yang kacak.. sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.. sangat takut melakukan dosa kerana dia tahu akan balasan yang akan diperolehi di akhirat kelak..
.
Lelaki yang kacak.. tidak akan mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.. selalu bertawakal kepada Allah dalam mengharungi kehidupan sehariannya..
.
Lelaki yang kacak.. sentiasa menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah antara mereka.. tidak akan memutuskan silaturrahim sesama saudara mahupun sahabat..
.
Lelaki yang kacak.. sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran..
Lelaki yang kacak.. sangat kuat memegang amanah… sangat berpegang pada janjinya dan menjaga rahsia kaum keluarga dan sahabat handainya..
.
Dan lelaki yang kacak juga.. seorang yang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah..
.
Itulah ciri-ciri seorang lelaki yang benar-benar kacak.. bukan kacak di mata manusia sahaja malah kacak di mata Maha Pencipta.. seorang yang mendambakan syurga di akhirat nanti..
.
.
.
.
kredit: http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/lelaki-yang-kacak/#ixzz1sBMZjRxn
Wednesday, 4 April 2012
Zuriat
Dihening malam yang indah ini
Ku dapat merasakan kekurangan
Adakah disebabkan zuriat,keje,hidup?
Ya Allah bilakah aku dapat merasai nikmat menjadi seorg ibu..
Masih adakah sinar utk ku..
Subscribe to:
Posts (Atom)

















