Thursday, 27 September 2012

Tempahan Suka Suka

Owh sudah beberapa hari CL tidak bersiaran,so malam ni CL bersiaran secara langsung dr Bukit C.Kikiki..
Musim raya hari tu CL mengisi masa lapang dengan mengambil tempahan roti jala. Tapi roti jala ni penuh dgn kasih sayang..wakakaka..Nak tahu kenapa?Lalalalala.

Pada malam kejadian tiba-tiba tetamu tak diundang dtg,sape lagi kalau bukan abg MIGRAIN ler,tiba2 je dtg dah la tak bagi salam. Adoyai meme sakit yg amat la. Dah la 2 kilo bancuhan roti jala tak habis lagi nak dijala,tiba-tiba rasa nak muntah pening semua ada la.Terus menghubungi kekanda CQ tersayang yg tgh ada  program kat sekolah n sepatutnya ada kelas overtime. Memang dah tahan sgt dah. Then kekanda CQ menjelmala di dapur. 

Kekanda CQ: Abg tak reti nak buat ni,mcm mana? Tinggalkan dulu buat esok tak boleh ke?
Adinda CL : Erm ok la (sambil berlalu pergi bertapa dibilik dengan berbekalkan minyak angin  SIANGPUREOIL)

Dalam pukul 10 mlm mcm tu terdengarla nyanyian best(kena puji sikit ler) dr  dapur, lalu  jenguk ler ke dapur..
Waaaa teruja n terharu sgt sbb Kekanda CQ telah hampir menyiapkan roti jala tu dengan jayanya malah lebih kemas dr CL buat. Akhirnya dlm pukul 10.30mlm siap sepenuhnya 2 kilo roti jala yg bersamaan dlm 160+++ keping. Me kaceh abg...n kuah karinye CL siapkan pada keesokannya.Tapi roti jala kali warna ala-ala oren gitu akibat kehabisan pewarna kuning. Tapi ada org tegur kenapa warna mcm tu, dah tukar la ape la,tp nasib baik CL tak buat hal letak warna hijau ke merah ke kan... Anyway me kaceh kepada Kak Jasimah from GFA.

Owh selain tu,ada lagi tempahan choc chip,tp Alhamdulillah tetamu tak diundang tak datang n CL dpt siapkannya.Terima kasih kepada fiza,kak sam comey n shida for da booking.


Roti Jala version Oren
Kuah Kari Ayam
Choc chip yang kaya dengan bijian badam n choc chip serta parutan coklat

Ready to deliver

Erm kalau arwah mama ada musti dia tersenyum gumbira sbb anak pompuan yg tak pandai masak,dah boleh berdikari n masak.Miss u mama. Al-Fatihah utk mama.

Note: Minyak angin SIANGPUREOIL adalah minyak dr Siam. Alhamdulillah dengan minyak ni kadang kala CL dpt kurangkan makan ubat tahan sakit. Tq tu Ku Hadzrill kerana memperkenalkan minyak ni.

No comments:

Post a Comment