Showing posts with label Tempahan Suka Suki. Show all posts
Showing posts with label Tempahan Suka Suki. Show all posts

Tuesday, 22 January 2013

Popia

Salam,

Alhamdulillah 2 minggu lepas Cikgu Amirul,kawan CQ menempah popia. CL pun dengan besar hati dan rela hati telah membuat tempahan ini. Owh CL wat popia dalam 2 versi, satu Popia sayur dan satu popia kentang.


Popia sayur mcm biasa la isi kandungannya ubi sengkuang,taugeh,ayam dan carrot. Manakala Popia Kentang isi perutnya sudah pasti ade kentang kan atao bahasa terengganu panggil potato..wakakaka.

Sebenarnya idea popia kentang ni dapat dari makcik yg jual popia kat depan opis.Nak resepi ke? Erm jap rasanya pernah ade entri pasal popia ni kot..jap nak ingat balik,al maklum faktor usia ni..Owh betul2 dulu pernah masuk dah..kikiki.Tapi takdo resepinya.

Otey jom share resepi Popia Kentang yang tak seberapa ni.

Bahan-Bahan

Kulit Popia (boleh beli dimana sahaja,jgn p beli kedai kereta lak)
Ubi Kentang
Taugeh
Lobak Merah
Bawang Merah
Bawang Putih
Minyak untuk menumis
Bawang Goreng (Optional)

Cara-Caranya

1. Rebus ubi kentang sehingga empuk,kemudian lenyekkan kentang sehingga hancur.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi bau dia,kemudian masukkan lobak merah, dan taugeh,kacau dlm 5-6 minit.Kemudian masukkan ubi kentang yg telah dilenyek tadi,kacau sebati n angkat.
3. Jika suka letak la bawang goreng.
4. Kemudian letak la dlm kulit popia.Akhirnya jadi la seperti di atas.

Ermmm resepi popia sayur,tak yah la kot,rasanya semua leh imagine kot.Senang lepeh jew..

Wokey jumpa lagi di lain siaran bersama saya CL yg makin chubby n comel ni..yehaaa..

Wasalam.

Thursday, 27 September 2012

Tempahan Suka Suka

Owh sudah beberapa hari CL tidak bersiaran,so malam ni CL bersiaran secara langsung dr Bukit C.Kikiki..
Musim raya hari tu CL mengisi masa lapang dengan mengambil tempahan roti jala. Tapi roti jala ni penuh dgn kasih sayang..wakakaka..Nak tahu kenapa?Lalalalala.

Pada malam kejadian tiba-tiba tetamu tak diundang dtg,sape lagi kalau bukan abg MIGRAIN ler,tiba2 je dtg dah la tak bagi salam. Adoyai meme sakit yg amat la. Dah la 2 kilo bancuhan roti jala tak habis lagi nak dijala,tiba-tiba rasa nak muntah pening semua ada la.Terus menghubungi kekanda CQ tersayang yg tgh ada  program kat sekolah n sepatutnya ada kelas overtime. Memang dah tahan sgt dah. Then kekanda CQ menjelmala di dapur. 

Kekanda CQ: Abg tak reti nak buat ni,mcm mana? Tinggalkan dulu buat esok tak boleh ke?
Adinda CL : Erm ok la (sambil berlalu pergi bertapa dibilik dengan berbekalkan minyak angin  SIANGPUREOIL)

Dalam pukul 10 mlm mcm tu terdengarla nyanyian best(kena puji sikit ler) dr  dapur, lalu  jenguk ler ke dapur..
Waaaa teruja n terharu sgt sbb Kekanda CQ telah hampir menyiapkan roti jala tu dengan jayanya malah lebih kemas dr CL buat. Akhirnya dlm pukul 10.30mlm siap sepenuhnya 2 kilo roti jala yg bersamaan dlm 160+++ keping. Me kaceh abg...n kuah karinye CL siapkan pada keesokannya.Tapi roti jala kali warna ala-ala oren gitu akibat kehabisan pewarna kuning. Tapi ada org tegur kenapa warna mcm tu, dah tukar la ape la,tp nasib baik CL tak buat hal letak warna hijau ke merah ke kan... Anyway me kaceh kepada Kak Jasimah from GFA.

Owh selain tu,ada lagi tempahan choc chip,tp Alhamdulillah tetamu tak diundang tak datang n CL dpt siapkannya.Terima kasih kepada fiza,kak sam comey n shida for da booking.


Roti Jala version Oren
Kuah Kari Ayam
Choc chip yang kaya dengan bijian badam n choc chip serta parutan coklat

Ready to deliver

Erm kalau arwah mama ada musti dia tersenyum gumbira sbb anak pompuan yg tak pandai masak,dah boleh berdikari n masak.Miss u mama. Al-Fatihah utk mama.

Note: Minyak angin SIANGPUREOIL adalah minyak dr Siam. Alhamdulillah dengan minyak ni kadang kala CL dpt kurangkan makan ubat tahan sakit. Tq tu Ku Hadzrill kerana memperkenalkan minyak ni.

Friday, 3 August 2012

Tempahan Chocolate Chips

Assalamualaikum,

Insya Allah malam ni adalah malam ke 15 Ramadhan, sebenarnya tarikh ini adalah tarikh yang amat menyedihkan bagi CL,kerana tanggal 15 Ramadhan 1426 Hijrah arwah mama pergi buat selama-lamanya tanpa ada sebarang tanda yg dia akan pegi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa dan Mengetahui.
Kalau arwah ma ada tika ni pasti bangga apa yg dicapai oleh anak mama sekarang,especially bab memasak ni,dr kosong..wooo kosong kosong kosong... hingga boleh masak..Walapun kadang-kadang dpt kritikan yang tertusuk hingga ke tulang oleh Chef CQ..kadang-kadang2 nangis gak la,kritikan yg maha pedas seperti cili padi woooo..

Ok tak mo sedey sedey CL,pasti ada hikmah disebaliknya ,Semoga arwah mama aman disana,dan kak sentiasa mendoakan mama..

Ok next phase or main topic pasal Choc chip ni.. FYI choc chip adalah kegemaran CQ..suka sgt..mula2 belajar buat ni..tak jadi..takdo rupo langsung..dah la satu adunan tu banyak banget dlm 200-300 pcs,last2 telan CQ telan gak la. Dek kerana biskut kegemaran CQ,p la belaja ngan Kak Marini,then baru jadi..last raya buat lagi,Alhamdulillah jadi..bawa balik kg..kazen2 CQ puji...kembang semangkuk la hidung CL..wakakakaka..

So tahun ni belaja wat bisness secara kecil-kecil,mula2 buat utk CQ makan,then lebih bawa p opis,then akak-akak kat opis suh wat jual la..fuhhh semangat membara la..Akhirnya tercipta gerbang perniagaan kecil-kecilan..Alhamdulillah..

Anyway this raya,1st time amik tempahan ,Alhamdulilah tempahan banyak gak la,tapi disebabkan buat tanpa kakitangan tetap,so takleh terima banyak2,Insya Allah tahun depan..


Nila rupanya
Dan lagi

Ready to deliver
Bermula 1 Ramadhan CL dah mula buat sikit2,sbb takut tak sempat siap,Alhamdulillah finally  7 Ramadhan CL dapat menyiapkan tempahan,Alhamdulillah.Walaupun setelah merosakkan 2 mixer (1 CL punya, 1 makcik CL punya) dan mematahkan 2 tbs..kikiki..tetap berusaha menyiapkannya..

So dikesempatan ini,mcm raya lak..kikiki.. CL ingin ucapkan peluk cium halal ( adake ucapan mcm ni) utk CQ la,sbb sepanjang CL wat cookies ni CQ memasak..sodapp abg masak.. I Like la abg .... Selain itu utk Power puff girl (fieza,mek yah & kawan mek yah) yg datang masa emergency , utk Kak Syidah yg datang utk menyelesaikan dan kepada yg menempah cookies ( kwn2 di Ke Epp C,Pernec,SKCB dlln)..Insya Allah sy telah cuba yg terbaik utk menjadikan rasanya yg terbaik..

Untuk resepi ni CL dah hupdatekan dlm entry terdahulu,cer search..kikiki..

Ok daaa,utk malam ni..

Thursday, 2 August 2012

Fruit Tart CikLia

Salam Ramadhan,

Selepas Maghrib tadi masuklah hari yg ke-14 Ramadhan pada hari ni,masa berlalu dengan pantas tanpa disedari.

Hari ni barula CL ada masa menjengah  disini,dek kerana kesibukan dan keletihan.Banyak dah entry yg sepatutnya dimuatkan tertinggal jauh ke belakang,Insya Allah CL akan kejar sama ada jalan kaki pinjam kaki Cik KakikuSukaBerjalan or naik jet..kikikiki..(lawak tak jadila)..

Ok hari ni CL nak share pasal bisness yg ala-ala malu gitu. Sebelum Ramadhan hari tu,Alhamdulillah ada banyak gak la tempahan Fruit Tart,bermula dengan sekadar utk makan diri sendiri,tak sangka lak ade org minat. Actually CL meme hantu Fruit Tart,so bermula dr situ CL belek-belek resepi dan blog seperti ovenkecil.blogspot.com ,malaykueh.blogspot, azitakitchen.blogspot dan lain-lain. CL sebenarnya beberapa kali mencuba buat fruit tart,dan ade CL menderhaka gak ngan resepi akak2 ni..maaf ye kak..peh tu buatla utk makan,kalau fruit tart yg size 5cm tu,CL akan makan hingga 5-6 biji sekali makan,tapi AWAS..badan CL bertambah tomey la...

Tak yah membebel la CLmcm CL suka bebel kat CQ tu..k jom jalan2 tgk gambar...

Taraaaa

Hasil dari buah-buahan segar



Thanks to Kak Lela,Cikgu Faisir,Mawadah,Saufi,Banu,semua ni dr SKCB
So ni la hasil tangan CL yg tak seberapa ni.Anyway tqvm kepada yg mengorder fruit Tart ni..Semoga ianya menjadi permulaan yg baik.

Anyway CL nak ucapkan tqvm utk CQ ,sbb tolong letakkan buah-buahan tu..syg abg...cewaahh badget romantik konon..kikiki..

Ok nanti kita jumpa lagi next entry dlm sesi kejar mengejar ni...daaaaaa..

Maasalam..