Tanggal 7 Februari, lahirlah seorg puteri dalam keluarga Ibrahim dan Fatimah. Puteri ini merupakan puteri kedua dan anak yg ke 4,selepas 7 tahun lamanya. Tika dilahirkan,ma (panggilan kepada si ibu) si puteri ini sangsi sama ada anaknya hidup atau tidak,seolah-olah mendiamkan diri. Alhamdulillah puteri itu masih bernyawa dan diberi nama 'AKMARIAH' dan nama ini diideakan oleh adik lelaki ma puteri ini. Tika melihat puteri ini ada yg mengatakan bayi ini kalau hidup pun,dia tak secerdik anak2 lain kelak dek kerana keadaannya yg lambat bertindak balas . Namun Allah Maha mengetahui, puteri ,bukanlah seorg yg tidak cerdik aka bodoh (mcm emosi la pulak kan) ,malah berjaya hasil doa mamanya yg kini telah kembali ke alam yg kekal abadi. Al-Fatihah. Pengajarannya siapa la kita untuk menentukan apa yg berlaku di dunia ini.
(hasil penceritaan dari arwah ma yg tercinta)
Alhamdulillah CL masih lagi diberi kenikmatan untuk terus menikmati sumbangan Allah didunia ini dan utk terus mencari keredhaan Allah. Pada tahun ni ,genapla umo CL 32karat (bak kata kak Arni,penggunaan karat lebih berharga berbanding series). Alhamdulillah tahun ni rezeki CL,dpt kek dan senaskah Al-Quran berserta sbtg pena untuk terus menulis ilmu dari murabbi tercinta.
Sukran ya murrabbi Zaimah Yaha atas panduan kehidupan ini. |
Terima kasih Kak Jas fo da best Tiramisu kek |
Terima kasih kak Asiah for da great cake |
Terima kasih kepada Muraabi tercinta,Ustazah Zaimah,kepada warga PCB khususnya Kak Jasimah dan Kak Asiah. Kek anda semua sedap banget dan tak lupa jugak kepada yg menghulurkan ucapan hari lahir sbg tanda ingatan.
Alhamdulillah Ya Allah,ku masih lagi menghirup nafas di dunia ciptaan Mu ini,ku amat bersyukur atas nikmat dan kurniaan Mu dan ku yakin hanya Allah yang mengetahui yang terbaik untukku.Engkaulah Maha Agung Ya Allah.
No comments:
Post a Comment