Usai azan maghrib bergema, Fatimah dan Ibrahim bergegas mengambil wudhu untuk menunaikan kewajipan kepada Allah yang Esa. Setelah selesai sahaja menunaikan tanggungjawab kepada Allah, Fatimah melihat telefon yang mana ada pesanan ringkas daripada abg Fatimah yang meminta datang kerumah untuk mengambil kiriman daripada ayahnya yang berada jauh dikampung. Namun waktu agak lewat untuk ke sana, lalu Fatimah menyatakan hasrat untuk mengajak Ibrahim mengambil kiriman itu. Namun Ibrahim yg amat sibuk dengan kerjanya menyatakan tidak dapat pergi malam itu. Fatimah cuba memujuknya Ibrahim lagi, namun kecewa yang bertamu. Fatimah berada di persimpangan dilema memikirkan antara sayangnya kepada ayah dan ketaatannya kepada suami tercinta. Ayahnya pasti kecewa jika tahu Fatimah tidak mengambil kirimannya, walhal malam berikutnya juga boleh diambil. Tetapi Ibrahim tetap menolak hasrat Fatimah itu. Fatimah tetap taat dan sekadar dapat menitiskan air mata sambil berdoa kepada Allah utk melembutkan hati suaminya yang tercinta,Ibrahim.
Usai selesai menunaikan solat isyak, sekali lagi Fatimah panjatkan doa agar dilembutkan hati Ibrahim agar pergi mengambil kiriman daripada ayahnya. Sesudah solat ,maka keluarlah Fatimah dari bilik dan duduk di kerusi sambil Ibrahim yang sibuk sebelum ini sedang menonton tv. Apakah perasaan anda jika berada dalam keadaan ini, yang mana sebelum ini suami menyatakan dirinya sibuk tetapi masih lagi boleh menonton tv?Suasana sepi dikediamanya pasangan suami isteri ini sunyi sepi kerana kekecewaan Fatimah terhadap ketegasan Ibrahim .
Tiba-tiba terpancul dari mulut Ibrahim mengajak pergi ke rumah abang Fatimah untuk mengambil kiriman ayahnya. Ketika itu hampir luluh jantung bercampur sebak Fatimah kerana apa yang dimintanya kepada Allah dimakbulkan dalam sekelip mata. Oh inilah kekuasaan Allah yang Maha Esa yang belum pernah di rasainya sebelum ini. Memang sebelum ini Fatimah bersyukur dan akui dengan nikmat dan rezeki yang dikurniakan tanpa sedar selama ini, tapi kali ini amat berbeda yang mana selama ini adegan ini Fatimah lihatnya di tv dan kini benar-benar terjadi padanya. Tidak dapat digambarkan perasaannya pada masa itu, hanya kesyukuran yang dapat dipanjatkan kepada Allah. Fatimah akur dengan kekuasaan Allah dan Fatimah yakin Allah sentiasa mendengar doa umatnya, cuma waktu yang membezakannya. Kadang-kadang umatnya tidak sedar permintaannya telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.
Kikikiki,ok tak ok tak,cerita CL ni,citer ni benar tao cuma nama tu bukan nama sebenarla. Boleh jadi penulih novel tak? Macam syarifah abu salem ek nama penulih novel tu ek? Ape-ape ler,den tak gheti sgt nak menulih, tp just nak share betapa Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui,cuma umatnya yang merasakan Allah tidak menyayangi mereka.
Allah menguji kita sebab dia sayangkan kita dan Allah sentiasa ingin kita mengingatinya sama ada susah dan senang.
syahdunya crite ni, nak kenalan ngan fatimah leh?
ReplyDelete:)
Mungkin houseofuglymother pernah bertentang mata dengannya..ahaks..
ReplyDeleteSalam...cik lia, saya ada terbaca dalam blog cik lia melalui info yg saya dapat melalui google pasal pokok/daun bismillah. kalau boleh saya nak dapatkan daun tu untuk ubati sakit mak saya, berdasarkan nasihat dari seorang pengamal perubatan dah agak kritikal :(.boleh tak cik lia bantu saya..? kalau ciklia sudi bantu boleh tinggalkan no fon kat email saya azrita_mn@yahoo.com. saya amat berharap dgn kadar segera. terima kasih.
ReplyDeleteAzrita,Ciklia dah email dah.Sorry lambat.
ReplyDelete