Thursday, 27 September 2012

Tempahan Suka Suka

Owh sudah beberapa hari CL tidak bersiaran,so malam ni CL bersiaran secara langsung dr Bukit C.Kikiki..
Musim raya hari tu CL mengisi masa lapang dengan mengambil tempahan roti jala. Tapi roti jala ni penuh dgn kasih sayang..wakakaka..Nak tahu kenapa?Lalalalala.

Pada malam kejadian tiba-tiba tetamu tak diundang dtg,sape lagi kalau bukan abg MIGRAIN ler,tiba2 je dtg dah la tak bagi salam. Adoyai meme sakit yg amat la. Dah la 2 kilo bancuhan roti jala tak habis lagi nak dijala,tiba-tiba rasa nak muntah pening semua ada la.Terus menghubungi kekanda CQ tersayang yg tgh ada  program kat sekolah n sepatutnya ada kelas overtime. Memang dah tahan sgt dah. Then kekanda CQ menjelmala di dapur. 

Kekanda CQ: Abg tak reti nak buat ni,mcm mana? Tinggalkan dulu buat esok tak boleh ke?
Adinda CL : Erm ok la (sambil berlalu pergi bertapa dibilik dengan berbekalkan minyak angin  SIANGPUREOIL)

Dalam pukul 10 mlm mcm tu terdengarla nyanyian best(kena puji sikit ler) dr  dapur, lalu  jenguk ler ke dapur..
Waaaa teruja n terharu sgt sbb Kekanda CQ telah hampir menyiapkan roti jala tu dengan jayanya malah lebih kemas dr CL buat. Akhirnya dlm pukul 10.30mlm siap sepenuhnya 2 kilo roti jala yg bersamaan dlm 160+++ keping. Me kaceh abg...n kuah karinye CL siapkan pada keesokannya.Tapi roti jala kali warna ala-ala oren gitu akibat kehabisan pewarna kuning. Tapi ada org tegur kenapa warna mcm tu, dah tukar la ape la,tp nasib baik CL tak buat hal letak warna hijau ke merah ke kan... Anyway me kaceh kepada Kak Jasimah from GFA.

Owh selain tu,ada lagi tempahan choc chip,tp Alhamdulillah tetamu tak diundang tak datang n CL dpt siapkannya.Terima kasih kepada fiza,kak sam comey n shida for da booking.


Roti Jala version Oren
Kuah Kari Ayam
Choc chip yang kaya dengan bijian badam n choc chip serta parutan coklat

Ready to deliver

Erm kalau arwah mama ada musti dia tersenyum gumbira sbb anak pompuan yg tak pandai masak,dah boleh berdikari n masak.Miss u mama. Al-Fatihah utk mama.

Note: Minyak angin SIANGPUREOIL adalah minyak dr Siam. Alhamdulillah dengan minyak ni kadang kala CL dpt kurangkan makan ubat tahan sakit. Tq tu Ku Hadzrill kerana memperkenalkan minyak ni.

Wednesday, 19 September 2012

Penemuan Baru

Hari Rabu sudaaaa,ooo suda cukup ,cukup suda...wooooo..lalalala..

Coti 1Malaysia ritu, CL chau dr KL jap, pergi mencari kedamaian ke negeri penyu bertelur sambil tgk ulik mayang.

Sampai je umah MIL, tengok-tengok takde sape pun..huhuhu..cian anak mak yg sorang tu..tgk mak dia takde. Rupanya mak p pasar,kebetulan setiap hari Sabtu ada pasar pagi yg dinamakan Pasar Manir. Untuk mengetahui lebih lanjut pasal Pasar Manir boleh la tekan ke http://roshaizulnizam.blogspot.com,menarik gak. Banyak benda yg tak pernah jumpa ada kat sini.

Dalam 1/2 jam mcm tu,mak pun balik la,haa hamek kau banyak buah tangan dari Pasar Manir tu. Jeng-jeng, yeah mak beli jering rebus,pergh best sgt,tapi berbau la sikit. Si Kudin memang tak makan ler. Dengan tiba-tiba CL nampak satu penemuan baru ala-ala saintis gitu,erm mula-mula mcm pelik je buah ni,mcm binatang pun ada. Mula-mula mcm pelik je nak makan..huhuhu. Mak plak duk pelawa banyak kali. Haaa,rupa dia mcm kat bawah ni. CL ckp kat mak yang buah ni busuk kan,mak ckp takde la busuk n rasa mcm kacang kuda.

Jeng-jeng CL dengan rasa kepelikan cubala,erm rasa mcm sotong pun ada,memang rasa tak nak dah. Aik sekali rasa sodap pulak. Bila dah banyak kali ,rasa dia mcm kacang rebus,cuma versi besar kedabak.
Memang CL tak pernah jumpa benda ni. Dia ni diberi nama buah "PEROH" kikikiki..May be bahasa standardnya PERAH kot.

Tapi memang best la. Maknanya selamat la CL balun,dekat 2 plastik CL makan..Ha ni gambar isi dia.





Nanti kalau sesapa yg nak rasa,boleh la dtg ke negeri penyu menangis sambil tgk ulik mayang ni.Kikiki..
Ok daaa...Selamat menengok.

Maasalam..

Tuesday, 18 September 2012

Tiadakah Belas Kasihan kah?



Salam,

Terpampang didada akhbar isu campak bayi yg baru lahir.Ohh dimanakah hati budi dan perasaan? Apakah penyebabnya? Sedih tak terkata. Begitu senangnya nyawa manusia dibuang bagaikan sampah yg boleh diangkut oleh Alam Flora.Alam Flora pun tak sanggup tao,ko sanggup plak.Hukhukhuk...
 Tiada belas kasihankah? Arghh tak tahu nak ckp ape dah..sedih sgt. Terus migrain CL kalau dok tgk gambar yg dicampak tu lama2.

Itula sbb terlalu senang utk mendapatkannya. Tak terfikirkah, orang macam CL ni yg bertahun menunggu kemunculan zuriat bertungkus lumus berusaha untuk mendapatkannya,sedangkan org yg senang dapat,buang mcm tu je. Sekurang-kurangnya kalau nak buang, pergila letak depan umah org ke ape, ish ni terus buang,dirasuk syaitan ke?

Ada yang cakap ni bayi tahun baru,ye la dah 9 bulan kot. Ish kalaula CL jumpa dia ni,mahu kena peyepak 300km/h kot. Geram sgt..huhuhuhu..sedeynye lah.

Diharap kepada umi bayi yg dibuang tu insaf dengan perbuatan terkutuk tu.

bayi dibuang dari tingkat 3 flat kejam : buang bayi dari tingkat 3 flat













Thursday, 13 September 2012

Entry Bersih Semak

Ish ish apesal rumput dah panjang ni..mana CL ni,tak nak bersihkan ke? Huk huk huk..nak lalu pun susah ni.CL ni buat ape la,lama sgt tak bersihkan CL lalala ni..tolongla sian saya..

Kikikiki...CL ni kenapa jadi pemalas..tgk sy dah tersesat dan tak tahu nak lalu mana ni..kikiki
Erm itula pasal dah lama tak hupdate belog ni. Entahla sibuk ke ape kan, tapi lepas balik dari kampung tak duduk diam lagi,itu la ini la,sampai semak dah.

Jom susuri cerita yang tak sebarapa CL ni. Pada 01/09/12 CL n CQ pergi "bulan madu makan pulut" wakakaka.. dengan membawa pengiring ke Perak iaitu Mar n Comot, jgn mayah2 tao n gelak elok2,bak kata Puan Sal,anak dara kena gelak elok-elok. Kikikiki.."Makan  pulut" ni adalah untuk Puan Salmiah n Abg Joe,nun jauh disana disana.. di Lambor Kanan,Bota Kanan,Perak jauh teman berjalan yob,sambil bawa adik-adik ni,sampai tersesat mencari Lambor ni. Namun akibat mempunyai GPS yg cekap iaitu "QdinGo" n assistant GPS "ComotGo", kami akhirnya sampai. Tapi seyes wa tangkap leleh ngan kampung Puan Sal ni..tomey tomey sgt..suka sgt..Tapi mcm biasala CL ni tak hamik gambo permandangan kat Lambor Kanan ni,lupa dlm kesesatan. 
Bersama assistant GPS "ComotGo"

 
Ni la ngantinnye,bukan yg tomey kat depan tu ye..kikiki


Puan Sal ni kawan keje CL, Puan Sal n "ComotGo" adalah teman utk berjinba-jinba muda mudi di malam sabtu .Tapi kini dah disambar oleh sang jejaka dah..so tak tak tahula sang jejaka bagi permit mcm CQ bagi permit kat CL ke tak. Erm kalau tak, pas ni kena jinba-jinba ngan "ComotGo" jela. Tu pun hanya berbaki 10 bulan je, sbb nanti salah sorang assistant GPS "ComotGo" akan disambar sang kumbang pulak. Tapi seyes guys,memang best kenal korang,kenangan terindah gituw jahhh. 

Lepas je balik dari "makan pulut" dari umah Puan Sal,kitaorg g "bulan madu" versi bawa adik-adik. Singgah la plak kat Menara Senget kat Teluk Intan. 1st time CL n CQ datang sini,sbb tu CL panggil bulan madu,tp versi bawa adik2.Ye la kan alang-alang datang Perak,so menyinggah la kejap,kalau tak musti "ComotGo" boring n tak nak ikut lagi pas ni.

Nampak senget kan kan kan...


wahhh ditiup angin

2.54pm we was here..

Ye,Menara Senget ni terletak di Teluk Intan,Perak
Memang best jalan-jalan ngan "ComotGo" ni dan tambah-tambah pulak p kampung Puan Sal yg kebaboom plak. BTW dikesempatan ini CL nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Sal N Joe, semoga berbahagia hingga ke jannah dan utk Joe,sekali-sekala bg la permit kat Sayang Sal ye. "ComotGo" kenangan terindah p berjinba-jinba luar KL sambil bawa suamiku syg..

Remark:
- Makan Pulut = adalah kenduri kawin yang mana dipanggil oleh org Terengganu

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:

        " Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai"
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib
 
"Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat "

Maasalam..

Wednesday, 15 August 2012

Selamat Hari Raya



Salam Lebaran,

Sedih dan sayu rasanya,malam ni dah malam ke 27 Ramadhan,sempat ke ku menghabiskan Ramadhan ini?
Tinggal 3 hari lagi utk terus bertungkus lumus mengimarahkan Ramadhan ini.

Ramadhan bakal meninggalkan kita dan disambut dengan Syawal. Bagi kanak2 Hari Raya amatlah dinantikan selepas sebulan berpuasa. Dulu memang seronok masa jadi budak2,sbb masa tu daif ,hanya tahu puasa n raya tu je. Bila dah menginjak (ade ke word ni) usia,barulah ku tahu erti sebenar Ramadhan dan Syawal.

Teringat dulu2, dlm 3 hari sebelum raya,arwah mama akan buat tapai pulut bungkus dlm daun getah,tapai mama best,sehinggakan BIL dia ckp,tapai long  letak gula,siap hirup air tapai tu. Erm yg kena menolongnye membungkusnya ambe ler. Pah tu CL dan abg CL gak duk sibuk buat kek la biskut la,pernah sekali kitaorg buat biskut mazola ,keras yg amat sgt, sehingga boleh pelekong aka baling dinding pun tak jugak pecah..kikiki..Pah tu main bunga api,dulu bunga api dibekalkan oleh makcik CL,dia duk Ki Ell,rasa teruja sgt tao kalau makcik yg duduk Ki Ell ni balik,sbb dia akan bawa balik bunga api,mercun.Lagi pun CL duk kampung,rasa mcm best jew org duk Ki Ell ni.Tp skrg tak la best sgt,best lagi duk kampung kot..Ape2 harus bersyukur dengan nikmat yg Allah kurniakan.

Wokey tak yah la citer banyak2 pasal memori yg indah,sbb nanti ade lak yg menanges..huhuhu..CL berdoa semoga arwah ma ditempat di kalangan org yg beriman.

CL nak share,CL happy sgt rini,sbb pertama kali CL cuba resepi baru dan menjadi.Gua wat "Carrot Cake" org Ganu kate,org putih kate Kek Lobak Merah..Suka sgt tao sbb jadi 1st time ni,ikut resepi baru,terus jadi..tp CL kena tambah skill utk mendekokannya.Untuk raya ni CL wat Kek Kelat (Coklat)ni utk CQ sebenarnya,Kek Butter (ni la satu resepi arwah ma yg CL sempat amik).

Chalooo bette  kita layan kek CL buat yg tak seberapa ni..


3 jenis kek
Carrot Cake
Actually CL ni jarang kalau cuba resepi baru ,terus jadi.CL suka sgt tao 1st time buat terus jadi kek ni,tp CL kena belaja lagi mcm mana nak hiasnya.Nanti CL recheck kat mana CL dpt resepi ni sebenanrnya..Ambe dok ingat kat ane ambe amik..huhuhu..

Ni la rupa Carrott Cake yg kat dlm,CL dah ngap sikit
Kek Butter

Kek butter ni resepi arwah ma,tp malam ni CL wat silap sbb tak alaskan loyang ngan kertas or sapu butter sikit kat loyang tu,ingatkan guna loyang yg hitam ni,tak yah alas.huhuhu. Tp rasanya dah ok,cuma rupa je..Jgn pandang rupa tao..

Kek Coklat
Kek Coklat ni CL wat dlm bekas Tipuware,senang sikit kot nak bg kat org ke ape kan..


Rasanya cukup setakat ini dulu la,coretan ambe yer,ambe nak g titun lak,esok keje,yeah esok last day keje sempena raya..hohohoho balik kampung...

Dikesempatan ni CL nak pohon maaf,jika ade coretan CL yg tak seberapa di blog ini menyinggung sesiapa,maklumlah budak baru belaja menulis katakan dan kepada yg pulang ke kampung tak kira di mana berada ,pandu dengan berhati-hati,ingat la org tersayang.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Adios,amigos,jagos...lalalalala

Maasalam.

Thursday, 9 August 2012

Lailatul Qadar




Salam Ramadhan Kareem,

Diam tak diam kita sudah menghampiri fasa terakhir Ramadhan,sedih sayu tak sanggup berpisah denganmu.
Mengapa begitu cepat masa berlalu...

Kini masuk hari ke 20 Ramadhan bermula la pencarian mengejar Lailatul Qadar. Adakah ku dapat menikmati dan merasainya...

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna dan ku akan berusaha utk menjadikan Ramadhan ini yg terindah dalam hidupku,kerna belum pasti Ramadhan akan dtg menemui ku..

Firman Allah S.W.T " Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Apakah kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yg ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar. ( al-Qadr:1-5)


                                               
Sama-sama la kita berusaha untuk menemui malam penuh makna ini..

Maasalam..

Friday, 3 August 2012

Tempahan Chocolate Chips

Assalamualaikum,

Insya Allah malam ni adalah malam ke 15 Ramadhan, sebenarnya tarikh ini adalah tarikh yang amat menyedihkan bagi CL,kerana tanggal 15 Ramadhan 1426 Hijrah arwah mama pergi buat selama-lamanya tanpa ada sebarang tanda yg dia akan pegi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa dan Mengetahui.
Kalau arwah ma ada tika ni pasti bangga apa yg dicapai oleh anak mama sekarang,especially bab memasak ni,dr kosong..wooo kosong kosong kosong... hingga boleh masak..Walapun kadang-kadang dpt kritikan yang tertusuk hingga ke tulang oleh Chef CQ..kadang-kadang2 nangis gak la,kritikan yg maha pedas seperti cili padi woooo..

Ok tak mo sedey sedey CL,pasti ada hikmah disebaliknya ,Semoga arwah mama aman disana,dan kak sentiasa mendoakan mama..

Ok next phase or main topic pasal Choc chip ni.. FYI choc chip adalah kegemaran CQ..suka sgt..mula2 belajar buat ni..tak jadi..takdo rupo langsung..dah la satu adunan tu banyak banget dlm 200-300 pcs,last2 telan CQ telan gak la. Dek kerana biskut kegemaran CQ,p la belaja ngan Kak Marini,then baru jadi..last raya buat lagi,Alhamdulillah jadi..bawa balik kg..kazen2 CQ puji...kembang semangkuk la hidung CL..wakakakaka..

So tahun ni belaja wat bisness secara kecil-kecil,mula2 buat utk CQ makan,then lebih bawa p opis,then akak-akak kat opis suh wat jual la..fuhhh semangat membara la..Akhirnya tercipta gerbang perniagaan kecil-kecilan..Alhamdulillah..

Anyway this raya,1st time amik tempahan ,Alhamdulilah tempahan banyak gak la,tapi disebabkan buat tanpa kakitangan tetap,so takleh terima banyak2,Insya Allah tahun depan..


Nila rupanya
Dan lagi

Ready to deliver
Bermula 1 Ramadhan CL dah mula buat sikit2,sbb takut tak sempat siap,Alhamdulillah finally  7 Ramadhan CL dapat menyiapkan tempahan,Alhamdulillah.Walaupun setelah merosakkan 2 mixer (1 CL punya, 1 makcik CL punya) dan mematahkan 2 tbs..kikiki..tetap berusaha menyiapkannya..

So dikesempatan ini,mcm raya lak..kikiki.. CL ingin ucapkan peluk cium halal ( adake ucapan mcm ni) utk CQ la,sbb sepanjang CL wat cookies ni CQ memasak..sodapp abg masak.. I Like la abg .... Selain itu utk Power puff girl (fieza,mek yah & kawan mek yah) yg datang masa emergency , utk Kak Syidah yg datang utk menyelesaikan dan kepada yg menempah cookies ( kwn2 di Ke Epp C,Pernec,SKCB dlln)..Insya Allah sy telah cuba yg terbaik utk menjadikan rasanya yg terbaik..

Untuk resepi ni CL dah hupdatekan dlm entry terdahulu,cer search..kikiki..

Ok daaa,utk malam ni..