Monday, 28 January 2013

Laksa Kuoh Terengganu resepi MIL

Salam guys,

Masih lagi bercoti dan Alhamdulillah masih lagi dikurniakan nafas oleh Allah utk terus hidup di muka bumi ni.
Just wanna to share ape yg iols masak last weekend.

Sebenarnya keinginan untuk buat Laksa Kuoh Terengganu dah lama dah. Balik raya haji ritu p Kedai Payang beli rempah kuoh laksa ni. Peh tu last weekend baru ade kesempatan nak buat. Puncanya CQ tak suka, kalau guna laksa yg segera tu, dia nak laksa beras mcm kat Terengganu gak. Mana la ambe nak cari. Alhamdulillah aunty CL bgtao kat Pasar Tani Taman Melawati ada, so ape lagi, laju2 la ke sana. Alhamdulillah dpt, tu pun ade tak banyak,rasanya kalu g lambat dok dang doh rasa.

Resepi Kuoh Laksa ni CL dari MIL 

Bahan2 Kuoh

Ikan selayang /sardin
Cili boh (kalau nak guna cili kering yg dikisar pun boleh)
Bawang Merah (dikisar)
Bawang Putih(dikisar)
Lengkuas(dikisar)
Halia(dikisar)
Rempah Kuah Laksa/Rempah cap bunga rose (campurkan sedikit dgn air,jadikan pes)
Kerisik
Asam Gelugor
Santan
Air
Nissang (kalau takde boleh guna gula melaka)
Garam

Cara2
1. Rebus ikan bersama2 dengan sedikit garam dan 1 keping asam gelugor. Kemudian buang tulangnya dan kisar.
2. Kemudian tumis bahan yg dikisar tadi sehingga naik bau dan masukkan cili boh dan rempah ,tunggu sampai pecah minyak.
3. Kemudian masukkan ikan yg dikisar, santan,asam gelugor,nissang,kerisik.Kacau sehingga kuah pecah minyak.Perasakan dengan bahan perasa.Jika pekat masukkan air.
4. Siap la.

Bahan Laksa
Laksa beras yg dibeli di Pasar Tani..kikiki
Kalau nak guna laksa yg segera pun boleh kot,tp rasa berbeza sikit la

Bahan Ulam-Ulaman
Taugeh
Timun
Salad Daun
Bunga Kantan
Semua bahan2 ulaman ini dipotong halus2.
(boleh jugak guna daun-daun ulam yg lain,ikut kesukaan masing2)
Belacan
Garam n Cili Boh

Untuk resepi penuh bolehlah ke Sini. Sbb resepi yg MIL bagi ni,agak2 je,takde sukatan pun. Tapi biasa kalau MIL masak jadi je, walaupun takde sukatan bagai,kalau CL kena awt 2 3 kali la baru jadi.

Inilah hasilnya

Laksa Beras

Ulam-ulaman

Kuah Laksa Merah

Penambah Perisa,Belacan ,Garam n Cili
Tapi percubaan pertama ni tak berapa menjadi,berkemungkinan CL terlebih ikan n rempah (mengikut pengkritik tetap) dan juga mungkin tak pecah minyal sgt.CL kena mencuba lagi sehingga berjaya dan boleh menjamu tetamu, In Shaa Allah. Aduhh tiba-tiba terasa lapar nak makan laksa plak..huhuhu

Wokey jumpa lagi di lain entry.

JZK.



Saturday, 26 January 2013

Berspan Pandan

Assalamualaikum,

ooo indahnya di pagi Sabtu ini,tak payah berkejar-kejaran dengan waktu yg sentiasa mencemburui ku.
Bangun pagi ni tak tahu nak buat ape, nak masak kena g pasar dulu, barang basah dah habis. Nak g sorang2, ambe dok panda nak pilih ikang. Kenala ajak CQ. Tpppp.....

CL: Abg leh temankan syg ke pasar?
CQ: kejap2 lagi(sambil mata tertutup)
CL:Kul berapa?
CQ: Kul 11
CL: Habis syg nak wat pe skrg ni,nak vakum umah boleh?
CQ: tak boleh ,syg rehatla dulu..

Bahagianya la dpt suami mcm abg ni,suh rehat dulu sbb kalau vakum nanti bising mengganggu mimpi di alam fana... atuyai Cik din,cik din. Sabor la jela CL. 

Jadi meh tgk ape CL nak hupdate ni, erm pasal span pandan yg dibuat last week, last week tu mcm rajin terlebih la sikit. CL mengcilok resepi ni dr http://yatiememories.blogspot.com/. Sila la ke belog kak yati ni ye utk maklumat lanjut.Minta izin yer kak yati sy bercerita pasal kek air tangan sy dr resepi akak ni.

Sooooo ape lagi ..layan ler..

satu adunan ni kalau bekas mcm ni dpt ler 2.Takde bekas bulat tu.

teruja jap dengan kelembutannya

walaupun kulitku berkedut,tp nyaman sekali

tgklah rupaku dr sisi bab span bedak woo
Alhamdulillah dah lama tertangguh nak wat Kek Chiffon Pandan ni. Mula2 risau jugak,takut tak jadi telur yg bertanduk tu..fuh lega jadi, Alhamdulillah berkat Selawat dan bacaan Bismillah. Kek ni walau seminggu simpan dlm peti sejuk,ok la lagi,originality nya masih terjamin..kikiki. Cuma yg gambo atas tu berlubang sbb CL gatal sgt g cucuk ngan garfu,berlubang la jadinya.

So guys kalau nak resepinya boleh ke Sini. Anyway terima kasih kak yatie.

Wednesday, 23 January 2013

Mushroom Soup

                                         


Baru-baru ini oleh kerana keinginan untuk makan dan membuat Sup Cendawan aka Mushroom Soup,CL telah menggoogle la resepinya. Lantas pencarian ku terhenti di hazila.blogspot.com. Waaahh mcm menarik.

Lalu pergilah CL mencari bahannya iaitu Cooking Cream dan lain-lain. Tp ada bahan tak cukup ni, stok ayam takde plak, fresh thyme pun takdo. Aduhh mano nak cari ni.

Tapi takpe, keinginan untuk membuatnya yang membuak-buak ini meneruskan perjuangan CL. Usai pulang dari mencari rezeki, sampai ke rumah terus masuk dapur. Bersemangat ye CL bab2 makan ni yer..Tapi kena minta maaf dengan kak hazila ni sbb telah curang terhadap  resepinya disebabkan ketidakcukupan bahan2, CL mengguna bahan-bahan yang ada dirumah sahaja. Untuk resepi asal sila lawati hazila.blogspot.com. Cuma antara kecurangan yg telah dilakukan oleh CL adalah stok ayam diganti dengan kiub ayam dan fresh thyme digantikan dengan herb  McCormick seperti oregano dan parsley.

Erm baru ku tahu, "Cooking Cream" tu kena guna dalam masa 3 hari selepas di buka. Alamak dah ler berdua je.huhuhu....Untuk mengelakkan pembaziran weekend ritu CL wat lagi untuk habiskan "Cooking Cream" tu. Alhamdulillah boleh bagi jiran-jiran.
kikiki..mushroom soup dlm periuk classic
Best
Harap maaflah gambo tu tak cantik weii, takdo la nak mendekonye, tp best la. Next time kena cari garlic bread, baru ade umpphhh.

Ape-ape pun terima kasih kat Kak Hazila dari My Small Kitchen dan harap dihalalkan kecurangan ku terhadap resepi akak ni.

Jazaakumullah.


Tuesday, 22 January 2013

Popia

Salam,

Alhamdulillah 2 minggu lepas Cikgu Amirul,kawan CQ menempah popia. CL pun dengan besar hati dan rela hati telah membuat tempahan ini. Owh CL wat popia dalam 2 versi, satu Popia sayur dan satu popia kentang.


Popia sayur mcm biasa la isi kandungannya ubi sengkuang,taugeh,ayam dan carrot. Manakala Popia Kentang isi perutnya sudah pasti ade kentang kan atao bahasa terengganu panggil potato..wakakaka.

Sebenarnya idea popia kentang ni dapat dari makcik yg jual popia kat depan opis.Nak resepi ke? Erm jap rasanya pernah ade entri pasal popia ni kot..jap nak ingat balik,al maklum faktor usia ni..Owh betul2 dulu pernah masuk dah..kikiki.Tapi takdo resepinya.

Otey jom share resepi Popia Kentang yang tak seberapa ni.

Bahan-Bahan

Kulit Popia (boleh beli dimana sahaja,jgn p beli kedai kereta lak)
Ubi Kentang
Taugeh
Lobak Merah
Bawang Merah
Bawang Putih
Minyak untuk menumis
Bawang Goreng (Optional)

Cara-Caranya

1. Rebus ubi kentang sehingga empuk,kemudian lenyekkan kentang sehingga hancur.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi bau dia,kemudian masukkan lobak merah, dan taugeh,kacau dlm 5-6 minit.Kemudian masukkan ubi kentang yg telah dilenyek tadi,kacau sebati n angkat.
3. Jika suka letak la bawang goreng.
4. Kemudian letak la dlm kulit popia.Akhirnya jadi la seperti di atas.

Ermmm resepi popia sayur,tak yah la kot,rasanya semua leh imagine kot.Senang lepeh jew..

Wokey jumpa lagi di lain siaran bersama saya CL yg makin chubby n comel ni..yehaaa..

Wasalam.

Sunday, 20 January 2013

Hasil Bulatan Gumbira

Salam ya akhi semua,

Alhamdulillah pada hari Khamis 17 Januari 2013, CL berkesempatan berbulatan gumbira seperti biasa. Agak jarang CL berkongsi hasil bulatan ini dek kerana takut  tersilap penyampaian. Kebiasaanya kakakku syg  houseoftheuglymother.wordpress.com  atau cik kaki inaachik.blogpsot.com yang akan berkongsi. Namun kali ini CL cuba untuk menyampaikan hasil bulatan gumbira kali ini. Ahli bulatan termasuk ustazah-ustazah,jika ada kekurangan diharap dpt memberi tunjuk ajar kepada ahli mu ini.

Kali ini berkesempatan menghabiskan Surah Saba' ayat 46 hingga 54. Saba' merupakan kaum yang mengingkari dakwah Nabi Sulaiman a.s. Owh rupanya restoran saba' itu diambil dari surah saba' kot. Dalam surah ini juga menyatakan Allah menjanjikan kaum yang mendatangkan kemungkaran akan diberi balasan oleh Allah termasuk orang yang beriman.

Selain menghabiskan Surah Saba',ustazah jugak memberi takzkirah mengenai SAKARATULMAUT
Mati merupakan berpisahnya nyawa dan tubuh. Sebelum malaikat maut datang, anggota tubuh seperti kaki,tangan ,mata dan lain-lain saling mengucapkan selamat tinggal hingga bertemu di hari kiamat nanti yang mana akan berkumpul menjadi satu.

Keadaan SAKARATULMAUT

1) Senang- iaitu golongan para syuhadah dan kesakitannya umpama digigit semut sahaja.
2) Susah- iaitu bagi orang yang soleh dan beriman yang mana kesakitan yang dihadapinya itu bukan hukuman   tetapi untuk menghapuskan dosa untuk ditinggikan darjah disisi Allah S.W.T
3) Derhaka Kepada Allah- kesakitan yang dialami amatlah dasyat sehinggakan tiada lagi peluang untuk mengingati Allah atau menginsafi perbuatannya.

Sementara itu,terdapat juga,godaan SAKARATULMAUT iaitu godaan Syaitan. Syaitan akan menggoda agar lupa kepada Allah. Mengikut Kasyful Ghummah Syed Abd Al-Fatani,menyebut bahawa mayat itu setelah mula tunduk permandangannya,lalu ia nampak sebuah tangga dari zamrud dan bewarna biru yang indah sekali yang tegak antara langit dan bumi. Belum pernah ia melihat yang seindah itu. Maka ketika itulah ia membuka matanya dan diikuti dengan penglihatannya sehingga ingatanyaa tertumpu padanya hingga lupa akan Allah

Syaitan juga boleh menggoda melalui meyerupai diri seperti ibu dan bapa,yang mana disebelah kiri ianya akan menyerupai wajah ibu bermakna ianya akan mati didalam  Yahudi dan disebelah kanan ianya menyerupai bapanya bermakna ianya akan mati didalam  Nasrani.

Roh tidak akan keluar dengan sendiri dari jasad tetapi malaikat Izrail yang mengeluarkannya dan akan dilakukan tepat padanya mengikut perjanjian dan ianya mencabut bukan dengan tangan tetapi cukup dengan menyebut "keluarlah engkau". Jika ajal sudah sampai manusia tidak lagi boleh berkata tidak dan ianya tidak boleh ditangguh. Berbanding dengan kehidupan dunia,yang mana manusia sentiasa menangguh sesuatu terutamanya perkara kebaikan,namun tidak pada mati. Lahirnya umat manusia ke muka bumi Allah telah menetapkan jodoh,maut,rezeki dan sebagainya.

Bentuk malaikat yang datang ketika SAKARATULMAUT

1) Org Beriman- Bentuknya adalah dalam bentuk amat menyenangkan
2) Org kafir & berdosa- Bentuknya amat mengerikan
    Terdapat satu kisah di mana Surau Nabi Ibrahim a.s telah dimasuki malaikat maut,lalu Nabi Ibrahim a.s  menyuruh malaikat menunjukkan bagaimana cara mencabut nyawa bg golonga ini,lalu malaikat berkata " berpalingla muka engkau" .Ketika itu melihatla Nabi Ibrahim a.s sekujur badan yang hitam,kepala di bumi dan kaki di langit dan amat menakutkan bentuknya.
3) Org yang tidak beriman- pelbagai bentuk seperti berdengkur,keluar buih dari mulut dan sebagainya.
Namun bentuk ini adalah kembali kepada asal selepas nyawa dicabut.

Tanda-tanda kematian:-

Dalam Rahmat 
1) Berpeluh
2) Air mata berlinangan
3) Berhingus

Jahat Dalam Murka
1) Berdengkur
2) Geraham bunyi begertak
3) Merah padam.

Inilah antara hasil bulatan gumbira ku.Semoga ianya menjadi satu perkongsian yang berguna dan berharga dan harap maaf jika terdapat kekhilafan. CL masih banyak lagi kena belajar dan sentiasa berpegang kepada kata2 Cik Kaki " Org berusrah (bulatan gumbira, panggilan yg cheeky sikit) bukanla org yang baik tetapi orang yang ingin berubah menjadi baik".

Ameen.



Friday, 18 January 2013

Yaumu Jum'ah

Salam,

Rasanya mcm dah naik semak dah belog ambe ni,tp Alhamdulillah rini dah leh tebas sikit dah semak ni.

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan hari jumaat juga  berlakunya peristiwa-peristiwa:-
  •  Dijadikan nabi Adam, turunnya ke bumi serta hari dimana wafatnya baginda.
  •  Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
  •  Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
  •  Pernikahan anatara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
  •  Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
  • Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
  • Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
  • Pernikahan antara Sayyidina Ali as dengan Siti Fatimah .
  • Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat
    (sumber :Halaqah.net)
Jumaat merupakan hari sgt besar di sisi Allah malah lebih besar berbanding dengan hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha . Jadi sama-sama la kita manfaat hari Jumaat yg indah dan penuh berkat ini.

Tp pagi Jumaat CL rini agak teruji... sesudah sampai ke pejabat,amik punch card dlm beg sekolah...owhh jemmm...purse tertinggal lagi,dah la semalam tertinggal,meminjam duit org,jadinya kena balik umah.
Sampai je rumah,tgk takde pun purse kat umah..owh jem lagi..bila periksa balik beg sekolah yg ku sandang ini,rupa2nya purse dah ada dlm beg tu,tersembunyi dengan kertas..huhuhu.

Masuk opis plak,seisi berdebat ngan bos plak..sampai bergenang la air matala n nak termuntah la,tapi control beb,malu ar bini CQ nangis depan bos..atuyai bos, bos len kali jgn wat keje mcm ni lagi.  Sometime bos,u kena tolong ur staff utk dptkan info ngan high level la, ai ni kuli cap selipar. Dah la kat sini org memandang kerjaya ku bagaikan semut (sian ko semut,maaf ye semut),sedangkan di syarikat lain, kerjaya ku ni, boleh membuatkan org bekerjasama dan aku bebas mendapatkan maklumat tanpa ada perbezaan taraf.

Aku redha dengan semua ini. Aku tahu Ya Allah Engkau menguji ku utk menjadikan ku lebih dekat dengan mu Ya Allah.

Moga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Ameen.
                 
                   
                   
                   
                   
                   
                  
                   

Wednesday, 9 January 2013

Kekurangan kesihatan

Huhuhuhu..

Sejak 2 menjak ni.CL asyik rasa mual, n takde selera sgt.. Oops jgn wat statement maut yer..
Ini adalah kesan ubat yang diambil dari rawatan kesuburan..

Rasa mcm org mengandung,makan asam,minum air asam,gula2 asam. Tapi sempat lagi update belog..kikiki.
Sbb post sebelum ni dah ade dlm draft.

"Ya Allah berkatilah segala usaha kami ini dan berikan la ketabahan dan ketakwaan kepada umatmu ini,sesungguhnya Engkau Maha Agung,Pengasih ,Penyayang" Ameen.

Owh Mak Datang


Masih lagi dlm aura tahun baru kononnya. Padahal ko tak sedar ko dah nak masuk 3.2 series..BMW keluaran terbaru yg menggunakan minyak diesel.

Excely ar,ni citer tahun lepas yg baru berlalu beberapa hari yang lalu,sempena coti sekolah. Amboi ko CL mengalahkan budak sekolah,kecoh ar,lantak p la,sbb wa ade cikgu yang bercoti sekolah.

Coti sekolah ritu keluarga PIL datang menziarah kitaorg yg kononnya mcm dok oberc,sbb tak balik kg, padahal bini CQ tak dok coti nak balik..waaaa sian CQ. Berkorban apa sajaaa..wowowowo.. kan CQ kan..syg ketat2 la CQ.

Gumbira sgt kitaorg mak,along n family and Cik Su n family datang. Bergegar umah ambe sekojap,sampai si Nuraim kagum, sbb ramai kanak2 riang. CQ pasti gumbira tak hengat sbb mak dtg ler..anak mak la katakan. Jgn mayah ye bang.

Sebelum tu,tahniah kepada Pok Su kerana berjaya mendapat segulung ijazah dengan dikelilingi 6 org cahaya mata dan dpt result yg best gituw. Now turn Cik Su plak ye. Sempena menyambut kedatangan PIL,CQ bertanggungjawab membawa weols berjalan-jalan makan angin dan makan makanan la termasuk bini dia yg tomey ni la..yehaaa.

Day 1- I-City
Bercahaya

Gambo dari belakang

Si Debab teruja tgk lampu banyak sgt kot

For me,takde la yang ,menarik sgt,cuma lampu warna warni je la.

Day 2- Aktiviti anak bersama Mak

Lalalala, hari ke-2 jatuh hari Ahad, kebetulan Pok Su, nak p umah kawan dia kat Shah Alam n Kak Long p umah kakaknya,so tinggal la kami bertiga.Tiba2 Along dtg balik seorg diri,agaknya kat sana takde geng,jadi dua anak n mak ni melayan youtube Zakir Naik. Si menantu ni layan jugak,tp on off la.
                                                                   
                                                       

Owh makan malam tu CQ bawa makan kat Mee Tarik,hahahaha,meme CL tak masak la wei,siang hari MIL n C.Su masak la. Tq mak n C.Su.

                                               
                                                 
Day 3- Pok Su Konvo,ambe  keje..


Haaaa hari ni,den tak tahu ape yg terjadi kat umah ler, sbb masa ni Pok Su konvo.Tapi sempoi giler Pok Su ni konvo, dia g sorang2 sbb kesiankan C.Su n geng tunggu lama. So diaorang duk umah.Cuma belah petang bila ambe balik keje, CQ bawala ke Tasik Permaisuri. Kids suka sgt sbb dapat kat play ground.

Makan malam di Al-Rawsha plak.Sorry morry la yer,ambe dok dang nok amik gambo,sbb lapo dah..gambo makanan takdok ler,gambo si debab ngan baju penjara dia ade la. toing toing toing

PIL,tp Kak Long takdo

Ye debab, kita duk di meja 12, yg baju hitam tu, Power Ranger Muslim n gurl tu Anis da Manja
See muka kanak-kanak di atas semuanya masam,sbb tunggu makanan..huhuhu..lapo la CL.

Day 4- PWTC-Aquaria-LRT Putra-Putrajaya Cruise

Yes,hari ni ambe coti sbb nak itut CQ bawa PIL jalan2,lagipun tang Aquaria n Putrajaya Cruise ambe pun tak pernah pergi.

Keluar dalam pukul 9 pagi,singgah ke PWTC sbb Pok Su nak amik gambo konvo.Seperti biasa Si Debab menjadi tanggujawab CQ n CL utk mendukung,sbb tu kot CL turun 0.05kg.hahahahaha..

Debab riang gumbira sbb dpt berjalan,see Umi Debab kecik jew.
Haaa ini la family si Debab (maaf ye C.Su kitaorg panggil Saif Amsyar ni Debab). Si Debab anak bongsu dari 6 org adik beradik,tp kat sini abg long tak ikut.

Next Destination, Aquaria la..ambe teruja gok,sbb dok rajing mari sini,duk pk sbb g 2 org dok best,kang jadi kanak2 riang susah plak org Aquaria nanti.

C.Su n Family
Kak Long n Family,Power Ranger Muslim,shy shy cat pulok doh..
CQ with his beloved mom n wife..amboi abg control perut nampak
tak hengat dah nama binatang ni
Kul 12: waktu memberi makan
Ular Susu
Ikan Jerung ko..
Penat ar,duk situ jap ye debab..
Penyu menangis sambil berenang
Macho ar lu bro dukong debab ni..papa rock..
Next destination nak naik kereta lipang  pulok aka LRT,MIL panggil LRT kereta lipang sbb kids nak rasa naik kereta lipang. So kitaorg beli tiket dari KLCC-WANGSA MAJU-KLCC.

Sesudah menaiki LRT,kami semua bertolak menuju ke Putrajaya,singgah sebentar di Masjid Putrajaya untuk menunaikan  tugas sebagai hamba Allah. Kemudian kami menaiki Star Cruise akak Putrajaya Cruise.




Tempat duduk menyaksikan sukan air

please ar bro,len kali amik gambo tu senyum ar sikit..
Abg long n his lovely mak sepupu..
akhirnya debab tumpas di tangan putrajaya cruise
Sebelum pulang ke rumah,sekali lagi kami pergi menikmati mee tarik. Masa ni cik migrain dah singgah dah kat CL ni,tapi tahan je,proses kitaran semula hampir keluar,ni may be sbb makan lambat n panas.Mcm la CL tu puteri salju,takleh kena panas. Seyes memang CL takut kena panas,bukan takut gelap,takut pening weii.

Next day PIL bertolak balik ke Terengganu,dengar citer singgah ke Gambang Water Park,memang suka hatila si kids,berjalan sakan.Huhuhuhu,rumah ku kembali sunyi wowowowowo,rindu akan keriuhan. Harap tahun depan dtg lagi. Ops sebelum terlupa thank C.Su for da great gift.

"Keluarga adalah harta yg paling bermakna"

Thursday, 3 January 2013

Mee Tarik Warisan Asli

Assalamualaikum..

Huhuhu,bermula tahun baru 2013,seisi persekolahan baru telah bermula. CQ plak malas-malas manja dah nak start keje sebagai penjaga white board..hahahaha.. dengar cite azam CQ tahun ni,tak nak ckp kasar,nak ckp sopan santun jew. Ameen.

Otey guys,baru2 ni CQ bawa family CQ n bini dia sekali la makan kat Restoran Mee Tarik. Memang tertarik kebaboom la.

FYI, Mee Tarik Warisan Asli ni terletak ni pekan Sungai Besi,masuk je simpang trafic light kemudian terus sampai jumpa bangunan baru ,kedai dia terletak belakang building Speedmart 99. Restoran ni beroperasi dari pukul 12 tghari hingga 10 malam. Tapi diingatkan kalau malam,baik dtg sebelum kul 8,sbb nanti kena menunggu meja juga kerusi jugak makanannya.kikiki... Sila rujuk alamat di bawah yer.

Restoran Mee Tarik Warisan Asli
51A Jalan Tasik Utama 3,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur.


Mee Tarik Warisan Asli
                                                                                          
Toothpick Lamb..sedapp ni weiii
                                  
Mushroom noodles
Toothpick lamb tu memang best sgt,bagi penggemar kambing la,pedas tapi boleh diterima tekak CL yg tak makan pedas,rasanya ianya menggunakan cili kering dan disalut ngan bijan.ermm dapnyeee weii.Selain itu antara menu best  adalah seperti Beef Cold Noodle,Mushroom Noodle,Fungus Noodle dan lain2 jenis noodle. Oh ye,gambo2 ni ehsan daripada cik mat google,al maklumla bila dah lapo sgt,tak sempat dah nak amik gambo.

Otey guys,jumpa lagi disiaran akan dtg.Layannnn..Selamat menjamu mata...

"Jgn lupa,mulakan setiap perkara dengan Bismillahirrahmanirahim"