Thursday, 28 February 2013

Enam Ratus Tiga Puluh Tiga

As-salam

Agak sudah lama menyepi dek kerana masa mencemburui CL. Tgk tajuk 633,kikiki,ingat apebenda Tasnim je boleh wat lagu pakai nombor,gua pun boleh..

Hari ni genap la 633 hari di PCB,selepas ini CL akan memulakan langkah baru dengan suasana yg baru yang amat mendebarkan.

Ok sebagai menyambut hari yg ke 633 di PCB, harus ade makan-makan kan?Oh CL dan makan tak leh dipisahkan..lalalala

Anyway tqvm kepada Kak Marini, Kak Jas,Kak Mala,Kak Sam,Kak Asiah n Markerana meraikan pemergian ku ini. Segala jasamu sepanjang di PCB tidak ku lupakan. 

Tak lupa jugak buat Fairuz yg tak dtg kerana segan,dia je kumbang,Farid yg demam kerana memasuki rumah baru dan Acik Sal yg hilang entah kemana akibat penyakit buatan org. Ape2 uols memang kawan yg owesome lah.

Tadi sempat ler  p makan n sesi fotografi ngan kakak2 n adik ,uols sungguh owesome la. Peluk ketat2 kamoo semua.

Tq jugak utk kamoo semua,bg hadiah yg cukup owesomeee....

Tq guys,mcm iklan gigi lak si baju putih tu..

me n them

Kakak2 n adik yg gorgeous gituw
Kak Asiah yg juga kena penyakit buatan org dgn aksi manjanya,sempat gesel perut tadi..wakakaka

Terima kasih tak terhingga utk kamoo semua,doakan CL berjaya walau di mana berada. Utk kamoo semua, semoga PCB tetap maju jaya.Ameen.Semoga persahabatan kita berkekalan hingga akhir hayat.

Saturday, 2 February 2013

Ulang Tayang FT

Assalamualaikum tawan-tawan..

Alhamdulillah ku masih menghirup udara di bumi Allah Yang Maha Esa. Sepanjang minggu ini amat mencabar penuh dengan suka dan duka, dugaan dan rezeki. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Otey kali ini CL ingin ulang tayang Fruit Tart Cik Lia atas permintaan SIL tersayang yg amat rajin membaking. Nanti kita JV yer dik. Adik Mira kali akak (CL la tu) kongsi kan resepi tart shell yg telah dimanupulasi dan uji kaji dari beberapa resepi internet dimakmal kakak mu ini.

 

Fruit Tart Shell
Bahan-Bahan
170gm marjerin
50gm gula
1 bj telur gred C
1st esesn vanila
290gm gandum

Cara-Cara
1. Pukul marjerin dan gula
2. Masukkan telur dan esen vanila
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga jadi doh,kelembutan doh bergantung kepada kuantiti tepung
4. Terapkan kedalam acuan tart shell,percomelkan tepi-tepi tu ngan pisau..hahaha kelas gitu percomelkan..kikiki
5. Cucuk ngan garfu tart shell tu then bakar dlm oven dengan suhu 180 C,18-20 minit.
6. Taraaaa siap,sedap dimakan begitu saja..lalala

Filling Kastard
Bahan-Bahan
500ml susu segar
3 atau 4 sb kastard
gula dan garam secukupnya
buah-buahan segar (kiwi,strawberi, anggur,peach atau apa sahaja asalkan buah2an yg tak lebam)
Coklat masakan(optional)

Cara-Cara
1.Masukkan susu segar, tepung kastard,gula dan garam dlm periuk, kacau sehingga sebati.
2.Letakkan atas dapur,kacau sehingga likat dan berkilat.Jgn biarkan terlampau pekat.
3.Masakkan coklat masakan secara double boiler.Kemudian sapukan didasar tart shell tadi.
4.Masukkan kastard tadi ke dlm tart shell diikuti dengan buah-buahan segar tadi.
5.Dah siap..yeahhh..

Otey adik mira sayang selamat mencuba. Tp akak mu ini tidak sehebat mu disana. Agak gementar nak bagi resepi ini,sbb kamoo pandai sangat membaking. Nanti wat banana chocolate ye,then kirimkan kepada kakak dan abgmu ini.Kepada yg lain-lain kalu nok try resepi ni,try la ambe doh maroh. Ilmu harus dikongsi.

Monday, 28 January 2013

Laksa Kuoh Terengganu resepi MIL

Salam guys,

Masih lagi bercoti dan Alhamdulillah masih lagi dikurniakan nafas oleh Allah utk terus hidup di muka bumi ni.
Just wanna to share ape yg iols masak last weekend.

Sebenarnya keinginan untuk buat Laksa Kuoh Terengganu dah lama dah. Balik raya haji ritu p Kedai Payang beli rempah kuoh laksa ni. Peh tu last weekend baru ade kesempatan nak buat. Puncanya CQ tak suka, kalau guna laksa yg segera tu, dia nak laksa beras mcm kat Terengganu gak. Mana la ambe nak cari. Alhamdulillah aunty CL bgtao kat Pasar Tani Taman Melawati ada, so ape lagi, laju2 la ke sana. Alhamdulillah dpt, tu pun ade tak banyak,rasanya kalu g lambat dok dang doh rasa.

Resepi Kuoh Laksa ni CL dari MIL 

Bahan2 Kuoh

Ikan selayang /sardin
Cili boh (kalau nak guna cili kering yg dikisar pun boleh)
Bawang Merah (dikisar)
Bawang Putih(dikisar)
Lengkuas(dikisar)
Halia(dikisar)
Rempah Kuah Laksa/Rempah cap bunga rose (campurkan sedikit dgn air,jadikan pes)
Kerisik
Asam Gelugor
Santan
Air
Nissang (kalau takde boleh guna gula melaka)
Garam

Cara2
1. Rebus ikan bersama2 dengan sedikit garam dan 1 keping asam gelugor. Kemudian buang tulangnya dan kisar.
2. Kemudian tumis bahan yg dikisar tadi sehingga naik bau dan masukkan cili boh dan rempah ,tunggu sampai pecah minyak.
3. Kemudian masukkan ikan yg dikisar, santan,asam gelugor,nissang,kerisik.Kacau sehingga kuah pecah minyak.Perasakan dengan bahan perasa.Jika pekat masukkan air.
4. Siap la.

Bahan Laksa
Laksa beras yg dibeli di Pasar Tani..kikiki
Kalau nak guna laksa yg segera pun boleh kot,tp rasa berbeza sikit la

Bahan Ulam-Ulaman
Taugeh
Timun
Salad Daun
Bunga Kantan
Semua bahan2 ulaman ini dipotong halus2.
(boleh jugak guna daun-daun ulam yg lain,ikut kesukaan masing2)
Belacan
Garam n Cili Boh

Untuk resepi penuh bolehlah ke Sini. Sbb resepi yg MIL bagi ni,agak2 je,takde sukatan pun. Tapi biasa kalau MIL masak jadi je, walaupun takde sukatan bagai,kalau CL kena awt 2 3 kali la baru jadi.

Inilah hasilnya

Laksa Beras

Ulam-ulaman

Kuah Laksa Merah

Penambah Perisa,Belacan ,Garam n Cili
Tapi percubaan pertama ni tak berapa menjadi,berkemungkinan CL terlebih ikan n rempah (mengikut pengkritik tetap) dan juga mungkin tak pecah minyal sgt.CL kena mencuba lagi sehingga berjaya dan boleh menjamu tetamu, In Shaa Allah. Aduhh tiba-tiba terasa lapar nak makan laksa plak..huhuhu

Wokey jumpa lagi di lain entry.

JZK.



Saturday, 26 January 2013

Berspan Pandan

Assalamualaikum,

ooo indahnya di pagi Sabtu ini,tak payah berkejar-kejaran dengan waktu yg sentiasa mencemburui ku.
Bangun pagi ni tak tahu nak buat ape, nak masak kena g pasar dulu, barang basah dah habis. Nak g sorang2, ambe dok panda nak pilih ikang. Kenala ajak CQ. Tpppp.....

CL: Abg leh temankan syg ke pasar?
CQ: kejap2 lagi(sambil mata tertutup)
CL:Kul berapa?
CQ: Kul 11
CL: Habis syg nak wat pe skrg ni,nak vakum umah boleh?
CQ: tak boleh ,syg rehatla dulu..

Bahagianya la dpt suami mcm abg ni,suh rehat dulu sbb kalau vakum nanti bising mengganggu mimpi di alam fana... atuyai Cik din,cik din. Sabor la jela CL. 

Jadi meh tgk ape CL nak hupdate ni, erm pasal span pandan yg dibuat last week, last week tu mcm rajin terlebih la sikit. CL mengcilok resepi ni dr http://yatiememories.blogspot.com/. Sila la ke belog kak yati ni ye utk maklumat lanjut.Minta izin yer kak yati sy bercerita pasal kek air tangan sy dr resepi akak ni.

Sooooo ape lagi ..layan ler..

satu adunan ni kalau bekas mcm ni dpt ler 2.Takde bekas bulat tu.

teruja jap dengan kelembutannya

walaupun kulitku berkedut,tp nyaman sekali

tgklah rupaku dr sisi bab span bedak woo
Alhamdulillah dah lama tertangguh nak wat Kek Chiffon Pandan ni. Mula2 risau jugak,takut tak jadi telur yg bertanduk tu..fuh lega jadi, Alhamdulillah berkat Selawat dan bacaan Bismillah. Kek ni walau seminggu simpan dlm peti sejuk,ok la lagi,originality nya masih terjamin..kikiki. Cuma yg gambo atas tu berlubang sbb CL gatal sgt g cucuk ngan garfu,berlubang la jadinya.

So guys kalau nak resepinya boleh ke Sini. Anyway terima kasih kak yatie.

Wednesday, 23 January 2013

Mushroom Soup

                                         


Baru-baru ini oleh kerana keinginan untuk makan dan membuat Sup Cendawan aka Mushroom Soup,CL telah menggoogle la resepinya. Lantas pencarian ku terhenti di hazila.blogspot.com. Waaahh mcm menarik.

Lalu pergilah CL mencari bahannya iaitu Cooking Cream dan lain-lain. Tp ada bahan tak cukup ni, stok ayam takde plak, fresh thyme pun takdo. Aduhh mano nak cari ni.

Tapi takpe, keinginan untuk membuatnya yang membuak-buak ini meneruskan perjuangan CL. Usai pulang dari mencari rezeki, sampai ke rumah terus masuk dapur. Bersemangat ye CL bab2 makan ni yer..Tapi kena minta maaf dengan kak hazila ni sbb telah curang terhadap  resepinya disebabkan ketidakcukupan bahan2, CL mengguna bahan-bahan yang ada dirumah sahaja. Untuk resepi asal sila lawati hazila.blogspot.com. Cuma antara kecurangan yg telah dilakukan oleh CL adalah stok ayam diganti dengan kiub ayam dan fresh thyme digantikan dengan herb  McCormick seperti oregano dan parsley.

Erm baru ku tahu, "Cooking Cream" tu kena guna dalam masa 3 hari selepas di buka. Alamak dah ler berdua je.huhuhu....Untuk mengelakkan pembaziran weekend ritu CL wat lagi untuk habiskan "Cooking Cream" tu. Alhamdulillah boleh bagi jiran-jiran.
kikiki..mushroom soup dlm periuk classic
Best
Harap maaflah gambo tu tak cantik weii, takdo la nak mendekonye, tp best la. Next time kena cari garlic bread, baru ade umpphhh.

Ape-ape pun terima kasih kat Kak Hazila dari My Small Kitchen dan harap dihalalkan kecurangan ku terhadap resepi akak ni.

Jazaakumullah.


Tuesday, 22 January 2013

Popia

Salam,

Alhamdulillah 2 minggu lepas Cikgu Amirul,kawan CQ menempah popia. CL pun dengan besar hati dan rela hati telah membuat tempahan ini. Owh CL wat popia dalam 2 versi, satu Popia sayur dan satu popia kentang.


Popia sayur mcm biasa la isi kandungannya ubi sengkuang,taugeh,ayam dan carrot. Manakala Popia Kentang isi perutnya sudah pasti ade kentang kan atao bahasa terengganu panggil potato..wakakaka.

Sebenarnya idea popia kentang ni dapat dari makcik yg jual popia kat depan opis.Nak resepi ke? Erm jap rasanya pernah ade entri pasal popia ni kot..jap nak ingat balik,al maklum faktor usia ni..Owh betul2 dulu pernah masuk dah..kikiki.Tapi takdo resepinya.

Otey jom share resepi Popia Kentang yang tak seberapa ni.

Bahan-Bahan

Kulit Popia (boleh beli dimana sahaja,jgn p beli kedai kereta lak)
Ubi Kentang
Taugeh
Lobak Merah
Bawang Merah
Bawang Putih
Minyak untuk menumis
Bawang Goreng (Optional)

Cara-Caranya

1. Rebus ubi kentang sehingga empuk,kemudian lenyekkan kentang sehingga hancur.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi bau dia,kemudian masukkan lobak merah, dan taugeh,kacau dlm 5-6 minit.Kemudian masukkan ubi kentang yg telah dilenyek tadi,kacau sebati n angkat.
3. Jika suka letak la bawang goreng.
4. Kemudian letak la dlm kulit popia.Akhirnya jadi la seperti di atas.

Ermmm resepi popia sayur,tak yah la kot,rasanya semua leh imagine kot.Senang lepeh jew..

Wokey jumpa lagi di lain siaran bersama saya CL yg makin chubby n comel ni..yehaaa..

Wasalam.

Sunday, 20 January 2013

Hasil Bulatan Gumbira

Salam ya akhi semua,

Alhamdulillah pada hari Khamis 17 Januari 2013, CL berkesempatan berbulatan gumbira seperti biasa. Agak jarang CL berkongsi hasil bulatan ini dek kerana takut  tersilap penyampaian. Kebiasaanya kakakku syg  houseoftheuglymother.wordpress.com  atau cik kaki inaachik.blogpsot.com yang akan berkongsi. Namun kali ini CL cuba untuk menyampaikan hasil bulatan gumbira kali ini. Ahli bulatan termasuk ustazah-ustazah,jika ada kekurangan diharap dpt memberi tunjuk ajar kepada ahli mu ini.

Kali ini berkesempatan menghabiskan Surah Saba' ayat 46 hingga 54. Saba' merupakan kaum yang mengingkari dakwah Nabi Sulaiman a.s. Owh rupanya restoran saba' itu diambil dari surah saba' kot. Dalam surah ini juga menyatakan Allah menjanjikan kaum yang mendatangkan kemungkaran akan diberi balasan oleh Allah termasuk orang yang beriman.

Selain menghabiskan Surah Saba',ustazah jugak memberi takzkirah mengenai SAKARATULMAUT
Mati merupakan berpisahnya nyawa dan tubuh. Sebelum malaikat maut datang, anggota tubuh seperti kaki,tangan ,mata dan lain-lain saling mengucapkan selamat tinggal hingga bertemu di hari kiamat nanti yang mana akan berkumpul menjadi satu.

Keadaan SAKARATULMAUT

1) Senang- iaitu golongan para syuhadah dan kesakitannya umpama digigit semut sahaja.
2) Susah- iaitu bagi orang yang soleh dan beriman yang mana kesakitan yang dihadapinya itu bukan hukuman   tetapi untuk menghapuskan dosa untuk ditinggikan darjah disisi Allah S.W.T
3) Derhaka Kepada Allah- kesakitan yang dialami amatlah dasyat sehinggakan tiada lagi peluang untuk mengingati Allah atau menginsafi perbuatannya.

Sementara itu,terdapat juga,godaan SAKARATULMAUT iaitu godaan Syaitan. Syaitan akan menggoda agar lupa kepada Allah. Mengikut Kasyful Ghummah Syed Abd Al-Fatani,menyebut bahawa mayat itu setelah mula tunduk permandangannya,lalu ia nampak sebuah tangga dari zamrud dan bewarna biru yang indah sekali yang tegak antara langit dan bumi. Belum pernah ia melihat yang seindah itu. Maka ketika itulah ia membuka matanya dan diikuti dengan penglihatannya sehingga ingatanyaa tertumpu padanya hingga lupa akan Allah

Syaitan juga boleh menggoda melalui meyerupai diri seperti ibu dan bapa,yang mana disebelah kiri ianya akan menyerupai wajah ibu bermakna ianya akan mati didalam  Yahudi dan disebelah kanan ianya menyerupai bapanya bermakna ianya akan mati didalam  Nasrani.

Roh tidak akan keluar dengan sendiri dari jasad tetapi malaikat Izrail yang mengeluarkannya dan akan dilakukan tepat padanya mengikut perjanjian dan ianya mencabut bukan dengan tangan tetapi cukup dengan menyebut "keluarlah engkau". Jika ajal sudah sampai manusia tidak lagi boleh berkata tidak dan ianya tidak boleh ditangguh. Berbanding dengan kehidupan dunia,yang mana manusia sentiasa menangguh sesuatu terutamanya perkara kebaikan,namun tidak pada mati. Lahirnya umat manusia ke muka bumi Allah telah menetapkan jodoh,maut,rezeki dan sebagainya.

Bentuk malaikat yang datang ketika SAKARATULMAUT

1) Org Beriman- Bentuknya adalah dalam bentuk amat menyenangkan
2) Org kafir & berdosa- Bentuknya amat mengerikan
    Terdapat satu kisah di mana Surau Nabi Ibrahim a.s telah dimasuki malaikat maut,lalu Nabi Ibrahim a.s  menyuruh malaikat menunjukkan bagaimana cara mencabut nyawa bg golonga ini,lalu malaikat berkata " berpalingla muka engkau" .Ketika itu melihatla Nabi Ibrahim a.s sekujur badan yang hitam,kepala di bumi dan kaki di langit dan amat menakutkan bentuknya.
3) Org yang tidak beriman- pelbagai bentuk seperti berdengkur,keluar buih dari mulut dan sebagainya.
Namun bentuk ini adalah kembali kepada asal selepas nyawa dicabut.

Tanda-tanda kematian:-

Dalam Rahmat 
1) Berpeluh
2) Air mata berlinangan
3) Berhingus

Jahat Dalam Murka
1) Berdengkur
2) Geraham bunyi begertak
3) Merah padam.

Inilah antara hasil bulatan gumbira ku.Semoga ianya menjadi satu perkongsian yang berguna dan berharga dan harap maaf jika terdapat kekhilafan. CL masih banyak lagi kena belajar dan sentiasa berpegang kepada kata2 Cik Kaki " Org berusrah (bulatan gumbira, panggilan yg cheeky sikit) bukanla org yang baik tetapi orang yang ingin berubah menjadi baik".

Ameen.