Saturday 2 February 2013

Ulang Tayang FT

Assalamualaikum tawan-tawan..

Alhamdulillah ku masih menghirup udara di bumi Allah Yang Maha Esa. Sepanjang minggu ini amat mencabar penuh dengan suka dan duka, dugaan dan rezeki. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Otey kali ini CL ingin ulang tayang Fruit Tart Cik Lia atas permintaan SIL tersayang yg amat rajin membaking. Nanti kita JV yer dik. Adik Mira kali akak (CL la tu) kongsi kan resepi tart shell yg telah dimanupulasi dan uji kaji dari beberapa resepi internet dimakmal kakak mu ini.

 

Fruit Tart Shell
Bahan-Bahan
170gm marjerin
50gm gula
1 bj telur gred C
1st esesn vanila
290gm gandum

Cara-Cara
1. Pukul marjerin dan gula
2. Masukkan telur dan esen vanila
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga jadi doh,kelembutan doh bergantung kepada kuantiti tepung
4. Terapkan kedalam acuan tart shell,percomelkan tepi-tepi tu ngan pisau..hahaha kelas gitu percomelkan..kikiki
5. Cucuk ngan garfu tart shell tu then bakar dlm oven dengan suhu 180 C,18-20 minit.
6. Taraaaa siap,sedap dimakan begitu saja..lalala

Filling Kastard
Bahan-Bahan
500ml susu segar
3 atau 4 sb kastard
gula dan garam secukupnya
buah-buahan segar (kiwi,strawberi, anggur,peach atau apa sahaja asalkan buah2an yg tak lebam)
Coklat masakan(optional)

Cara-Cara
1.Masukkan susu segar, tepung kastard,gula dan garam dlm periuk, kacau sehingga sebati.
2.Letakkan atas dapur,kacau sehingga likat dan berkilat.Jgn biarkan terlampau pekat.
3.Masakkan coklat masakan secara double boiler.Kemudian sapukan didasar tart shell tadi.
4.Masukkan kastard tadi ke dlm tart shell diikuti dengan buah-buahan segar tadi.
5.Dah siap..yeahhh..

Otey adik mira sayang selamat mencuba. Tp akak mu ini tidak sehebat mu disana. Agak gementar nak bagi resepi ini,sbb kamoo pandai sangat membaking. Nanti wat banana chocolate ye,then kirimkan kepada kakak dan abgmu ini.Kepada yg lain-lain kalu nok try resepi ni,try la ambe doh maroh. Ilmu harus dikongsi.

No comments:

Post a Comment