Saturday 23 March 2013

Ainul Mardhiah

 Assalamualaikum

Selamat berhari minggu dan kepada guru-guru dan murid-murid selamat cuti sekolah. Bestnya la cuti sekolah..tak leh ckp lebih bab cuti sekolah..huhuhuhu..nak nanges sbb nak balik kampung jugak.

Alhamdulillah, 2 minggu lepas CL berombongan dengan ahli bulatan gumbira dan Murrobiah kesayangan pergi merisik sambil berbulatan gumbira ke rumah Kak Lily comey, nak alamat ke? Eh tak yah la nanti susah lak Kak Lily nak wat pilihan bakal menantu... gurau-gurau je Kak Lily comey. Terima kasih Kak Lily yer 

Dimulakan dengan surah Al-A'Laa iaitu surah ke 87. Surah ini mengandungi 19 ayat dan diturunkan di Mekah. Ianya dinamakan surah Al-A'Laa kerana pada awal surah ini Allah S.W.T perintahkan Nabi Muhammad S.A.W dan umatnya mengakui kesucian nama Allah Yang Maha Tinggi dari segala sifat kekurangan,surah ini dijuga kebiasaanya di baca dalam rakaat per-1 solat sunat Witir. 

Usai  bacaan ini, ahli bulatan gumbira,Nik berkongsi mengenai Bidaidari Syurga. Waaaa terbeliak biji mata den,terus rasa nak menjadi bidaidari,terpegun dengan keindahan yang tak akan diperolehi di bumi ini kecuali syurga.Tapi layakkah diri ini?

Pernah dengarkan nama Ainul Mardhiah kan,ala lagu kumpulan UNIC tu...nak suh CL nyanyi ke?Kikikiki,kang hujan ditengah hari plak,tak kering baju nanti. Meh dengar cite pasal Ainul Mardhiah..jeng jeng..

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi S.W.T, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2, lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada, lalu ada suara yang menjawab, inilah syurga, tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.A.W bagitahu tadi), lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu, tak pernah dilihat didunia ini, lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab: 'ehh bukang-bukang, ambe hok jage dia,Ainul Mardhiah ade dalang istana tuh' (lebih kurang gitu la dalam dialek Terengganu).

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab: "eh tidak, cek penjaga dia ja,Ainul Mardiah ada kat atah mahligai sana" (ni dalam dialek Kedah plak).

Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan, lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi Muhammad S.A.W,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi Muhammad S.A.W

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi Muhammad S.A.W di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi Muhammad S.A.W dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada Nabi S.A.W lalu menjawab: "Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut". Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga. 
(sumber :http://www.bcgoldamanah.com dan Nik Fatimah)

meh kita nyanyi plak sikit..oops nyanyi di dalam rumah ye..

Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih Ditulis oleh Anak Pendang Sekeluarga


Terima kasih kepada Puan Nik Fatimah kerana sudi kongsi kisah yg superb ni.
 
"Selamat membaca"

Maasalam.

No comments:

Post a Comment