Monday 1 July 2013

Salam Ramadhan



                         


Salam semua, rasanya sudah lama tidak menyinggah ke blog ciklia ni. Rasanya sejak bertukar kerja ni,baru ade kesempatan untuk bervelog. Rasa rindu dan bersalah kat velog ku ini,terlampau asyik dengan kerja dan kehidupan seharian. Rinduuuu woooo rindu serindu rindunyaaaa...wooooo

Rasa rindu bulatan gumbira yang amat sangat..erm dah 2 kali miss nih..mcm mana nih.. YDP kat rumah dah bising, katanya CL tak berwasattiah. Celang celuk jew.

Erm ape ek nak tolissss ni..Owh ritu pun sompet ler p shopping kat kakikusukaberjalan tu..me kaceh la cik ina,,bg delay payment..tp dah habis bayar ek..

Tak lama lagi kita nak menghampiri Ramadhan dah, rasa takut sgt memikirkan adakah CL sempat untuk menyambut Ramadhan dan menghabiskan. Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala aturan untuk hambamu ini. Sekarang ni ramai berkejaran untuk menikmati puasa sunat Syaaban. Haa yang tak habis ganti tu..cepat2 ler..

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini. Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.  

Mari kita rebut peluang ini!

  • Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.

  • Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.

  • Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

  • Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala :)

  • Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan

  • Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan

  • Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.

  • Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan

  • Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik   menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. 

No comments:

Post a Comment