Wednesday 29 April 2015

Prerjalanan TTCian: Part 1 IVF

Salam,

Wewiittt.. dah hujung tahun dah kita ye. Bertambah tahun bertambah la umur dan makin dekat dengan kematian.. Allahuakbar.

Cik Lia muncul kembali, cam bisekut choc chip i nikan jap ade, jap hilang..kikiki..zb la katakan..

Dah lama nak menaip sebenarnya.. tp tu la seru tak sampai,sehinggala hari ni disebabkan group what app yg ohsem sungguh ni, terpanggil untuk menaip.

Cik Lia nak citer pandang belakang balik ni ataupun omputeh kata throwback..kikiki..

21 Mac yang lalu, Cik Lia sekali lagi dengan dorongan CQ dan keluarga memulakan rawatan untuk mendapatkan zuriat. Cik Lia telah menjalankan rawatan tabung uji dalam bahasa kampung, bahasa bandar IVF..kikiki..

21 Mac ni la bermula segalanya sedih, duka, gembira semua ada la. Selepas pemindahan embrio CL coti selama 2 minggu, ingat sonang ke wat IVF ni, kena berpantang, jalan kepit2, takleh wat keje berat2.. Haa masa nila CL boleh bermanja ngan CQ, sbb CL hanya baring, makan n tido, sbb nak jaga baby mahal ni weii.
                                        
Masa proses IVF ni la, diberi kesempatan untuk bersembang dengan geng2 IVF yang lain dengan adanya group what app ni, adminnya cik ERIN..                               


Banyak gak la maklumat berkaitan dengan IVF/ICSI diperolehi.. ni la group yg ohsem. Dalam group ni selalu gaduh2 manja ngan ADIK Mimi..adekkk sangat..hahaha..
Dengan adanya group ni , bagaikan keluarga dan kita tidak berseorangan rupanya.

Seminggu selepas IVF tu, sekali lagi CL diduga kerana Allah masih menyayangi CL n CQ, IVF FAILED.

LULUH JANTUNG NI, BERDERAI AIR MATA

Namun CQ, hanya menyatakan "Alhamdulillah".Maksud redha dari dirinya, namun CL tahu apa yang ada dlm isi hatinya.

CL cuba untuk menjadi setabah CQ. Namun sesekali bergenang air mata ni, memikirkan kegagalan ni.

CQ adalah semangat segalanya.

LUV U UNTILL JANNAH ABG.
  

No comments:

Post a Comment