Sunday 20 January 2013

Hasil Bulatan Gumbira

Salam ya akhi semua,

Alhamdulillah pada hari Khamis 17 Januari 2013, CL berkesempatan berbulatan gumbira seperti biasa. Agak jarang CL berkongsi hasil bulatan ini dek kerana takut  tersilap penyampaian. Kebiasaanya kakakku syg  houseoftheuglymother.wordpress.com  atau cik kaki inaachik.blogpsot.com yang akan berkongsi. Namun kali ini CL cuba untuk menyampaikan hasil bulatan gumbira kali ini. Ahli bulatan termasuk ustazah-ustazah,jika ada kekurangan diharap dpt memberi tunjuk ajar kepada ahli mu ini.

Kali ini berkesempatan menghabiskan Surah Saba' ayat 46 hingga 54. Saba' merupakan kaum yang mengingkari dakwah Nabi Sulaiman a.s. Owh rupanya restoran saba' itu diambil dari surah saba' kot. Dalam surah ini juga menyatakan Allah menjanjikan kaum yang mendatangkan kemungkaran akan diberi balasan oleh Allah termasuk orang yang beriman.

Selain menghabiskan Surah Saba',ustazah jugak memberi takzkirah mengenai SAKARATULMAUT
Mati merupakan berpisahnya nyawa dan tubuh. Sebelum malaikat maut datang, anggota tubuh seperti kaki,tangan ,mata dan lain-lain saling mengucapkan selamat tinggal hingga bertemu di hari kiamat nanti yang mana akan berkumpul menjadi satu.

Keadaan SAKARATULMAUT

1) Senang- iaitu golongan para syuhadah dan kesakitannya umpama digigit semut sahaja.
2) Susah- iaitu bagi orang yang soleh dan beriman yang mana kesakitan yang dihadapinya itu bukan hukuman   tetapi untuk menghapuskan dosa untuk ditinggikan darjah disisi Allah S.W.T
3) Derhaka Kepada Allah- kesakitan yang dialami amatlah dasyat sehinggakan tiada lagi peluang untuk mengingati Allah atau menginsafi perbuatannya.

Sementara itu,terdapat juga,godaan SAKARATULMAUT iaitu godaan Syaitan. Syaitan akan menggoda agar lupa kepada Allah. Mengikut Kasyful Ghummah Syed Abd Al-Fatani,menyebut bahawa mayat itu setelah mula tunduk permandangannya,lalu ia nampak sebuah tangga dari zamrud dan bewarna biru yang indah sekali yang tegak antara langit dan bumi. Belum pernah ia melihat yang seindah itu. Maka ketika itulah ia membuka matanya dan diikuti dengan penglihatannya sehingga ingatanyaa tertumpu padanya hingga lupa akan Allah

Syaitan juga boleh menggoda melalui meyerupai diri seperti ibu dan bapa,yang mana disebelah kiri ianya akan menyerupai wajah ibu bermakna ianya akan mati didalam  Yahudi dan disebelah kanan ianya menyerupai bapanya bermakna ianya akan mati didalam  Nasrani.

Roh tidak akan keluar dengan sendiri dari jasad tetapi malaikat Izrail yang mengeluarkannya dan akan dilakukan tepat padanya mengikut perjanjian dan ianya mencabut bukan dengan tangan tetapi cukup dengan menyebut "keluarlah engkau". Jika ajal sudah sampai manusia tidak lagi boleh berkata tidak dan ianya tidak boleh ditangguh. Berbanding dengan kehidupan dunia,yang mana manusia sentiasa menangguh sesuatu terutamanya perkara kebaikan,namun tidak pada mati. Lahirnya umat manusia ke muka bumi Allah telah menetapkan jodoh,maut,rezeki dan sebagainya.

Bentuk malaikat yang datang ketika SAKARATULMAUT

1) Org Beriman- Bentuknya adalah dalam bentuk amat menyenangkan
2) Org kafir & berdosa- Bentuknya amat mengerikan
    Terdapat satu kisah di mana Surau Nabi Ibrahim a.s telah dimasuki malaikat maut,lalu Nabi Ibrahim a.s  menyuruh malaikat menunjukkan bagaimana cara mencabut nyawa bg golonga ini,lalu malaikat berkata " berpalingla muka engkau" .Ketika itu melihatla Nabi Ibrahim a.s sekujur badan yang hitam,kepala di bumi dan kaki di langit dan amat menakutkan bentuknya.
3) Org yang tidak beriman- pelbagai bentuk seperti berdengkur,keluar buih dari mulut dan sebagainya.
Namun bentuk ini adalah kembali kepada asal selepas nyawa dicabut.

Tanda-tanda kematian:-

Dalam Rahmat 
1) Berpeluh
2) Air mata berlinangan
3) Berhingus

Jahat Dalam Murka
1) Berdengkur
2) Geraham bunyi begertak
3) Merah padam.

Inilah antara hasil bulatan gumbira ku.Semoga ianya menjadi satu perkongsian yang berguna dan berharga dan harap maaf jika terdapat kekhilafan. CL masih banyak lagi kena belajar dan sentiasa berpegang kepada kata2 Cik Kaki " Org berusrah (bulatan gumbira, panggilan yg cheeky sikit) bukanla org yang baik tetapi orang yang ingin berubah menjadi baik".

Ameen.



3 comments:

  1. alhamdulillah, terima kasih adk ku akma krn sudi berkongsi ilmu bulatan khamis lepas. menarik sungguh tajuk usrah malam tu...

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kak. Satu lagi terima kasih kak kerana sudi membaca dan memberi komen kat blog saya.luv u kak..

    ReplyDelete
  3. thank u for sharing sayang...
    rindunya akan bulatan gembira kita yg super osem itu!

    ReplyDelete