Wednesday 23 January 2013

Mushroom Soup

                                         


Baru-baru ini oleh kerana keinginan untuk makan dan membuat Sup Cendawan aka Mushroom Soup,CL telah menggoogle la resepinya. Lantas pencarian ku terhenti di hazila.blogspot.com. Waaahh mcm menarik.

Lalu pergilah CL mencari bahannya iaitu Cooking Cream dan lain-lain. Tp ada bahan tak cukup ni, stok ayam takde plak, fresh thyme pun takdo. Aduhh mano nak cari ni.

Tapi takpe, keinginan untuk membuatnya yang membuak-buak ini meneruskan perjuangan CL. Usai pulang dari mencari rezeki, sampai ke rumah terus masuk dapur. Bersemangat ye CL bab2 makan ni yer..Tapi kena minta maaf dengan kak hazila ni sbb telah curang terhadap  resepinya disebabkan ketidakcukupan bahan2, CL mengguna bahan-bahan yang ada dirumah sahaja. Untuk resepi asal sila lawati hazila.blogspot.com. Cuma antara kecurangan yg telah dilakukan oleh CL adalah stok ayam diganti dengan kiub ayam dan fresh thyme digantikan dengan herb  McCormick seperti oregano dan parsley.

Erm baru ku tahu, "Cooking Cream" tu kena guna dalam masa 3 hari selepas di buka. Alamak dah ler berdua je.huhuhu....Untuk mengelakkan pembaziran weekend ritu CL wat lagi untuk habiskan "Cooking Cream" tu. Alhamdulillah boleh bagi jiran-jiran.
kikiki..mushroom soup dlm periuk classic
Best
Harap maaflah gambo tu tak cantik weii, takdo la nak mendekonye, tp best la. Next time kena cari garlic bread, baru ade umpphhh.

Ape-ape pun terima kasih kat Kak Hazila dari My Small Kitchen dan harap dihalalkan kecurangan ku terhadap resepi akak ni.

Jazaakumullah.


2 comments:

  1. sy nak jugak sup tu...(telan air liur)

    ReplyDelete
  2. hahahaha..sy rasa akak buat lagi best..kikikiki..

    ReplyDelete