Thursday 27 December 2012

Mood Becintan ke Selatan 3

Assalamualaikum...

Hari ni tanggal 27 Disember 2012, hanya tinggal 4 hari lagi untuk menginjak ke tahun baru. Bagi umat Islam,kita telah menempuh tahun baru Islam 1434Hijrah pada 15 Novemeber 2012 yang lalu.

Musti org duk sibuk apa azam tahun baru,apa azam yang lepas yang masih tertinggal la apa la kan.Nanti malam tahun sibuk la ngan perang bunga2 api diangkasa raya.

Otey jom sambung mood bercintan la sgt ni ...kikiki..Sebelum ni duk sibuk pasal bilik yang panas kan. Keesookannya kami dapat tukar bilik permanently ke bilik sebelah. hahahahaha sebenornya den booked bilik deluxe jo,tp disebabkan permasalahan yg timbul n bilik yang sama taraf dah takdo,den dpt bilik suite tanpa ada caj tambahan..wakakakaka.. syukur-syukur ,syukur Alhamdulillah

Erm hari kedua ni tak tahu nak g mana. CQ plak lepas dah pindah semua barang ke bilik baru tu,dia boleh sambung titun...huaaaa..perut den dah lapo..den nak makan.. CQ titun takleh nak kaco, kang angin timur barat selatan utara dtg susah lah CL,dah la berada di perantauan (perantauan la sgt) ni  ngan kuda hijau plak,kalau ngan si penyu tu,boleh la CL chao sendiri.

Selepas Zohor baru la kitaorg gerak,org lain bercuti,p jalan awal2 pagi, erm CL ade org nak nikmati katil pinjaman ni susah ler. So our destination adalah JPO again.hahahaha.. confius ngan CQ ni apesal nak g sana plak. Sebelum tu p makan dulu ar. Usai je makan,teruskan perjalanan,berapa kali u turn ,nak sampai ke JPO,asyik salah jalan,tak guna dah GPS,guna GSB (guna sign board) je..wakakaka..tak lawak ler CL oooi..erm ape2 ar..

Bila sampai JPO,skrg CL pasti,CQ memang nak berbelanja ni, sbb jenis CQ ni,dia susah nak berbelanja terutama bab pakaian dia,tetapi sekali beli,kalahla CL,kali ni dia menang membeli weh,takpe la bang u deserve it n tq spend for me too.. utk bini dia harusla ada.Tapi kali ni kejap je kat JPO,sbb dah tahu nak beli ape,hasil survey semalam,p grab, pay n chao chin cao la.

Pas je chao dr JPO,dengan keadaan hujan-hujan manja,kitaorg berlepas ke Kota Iskandar,niat dihati nak masuk Hello Kitty tu...best kan best kan,tp apakan daya sampai je dah 5.30 ,dia tutup kul 6 ditambah pulak ngan CQ yang tak nak masuk,dia ckp mcm budak2...huhuhu.. ye la budak2 takde,ambe ar jadi budak..huh.Tp takpela,nak syurgakan kena itut ler..hahahaha.

Jejalan je kat luar tu.Kat sekitar tu adalah Lat's Place tapi tak bukak lagi,so bergambo ngan signboard je la.
Yang buka hanyalah Hello Kitty Town,tp agak meriah gak ler. Kat situ ada kedai yang menjual macam-macam ar, ada cafe "Red Bow Cafe". Tp meriah kot dlm kedai hello kitty ni,mcm-mcm ada.. barney, thomas,pingu. 

Masa ni wat la muka sedey kat CQ  nakkan Si Pingu tu..erm dia wat tak kesah je..huhuhuhu.. siannya ke ambe..rasa nak nanges sbb tak dpt pingu tu.

Ni la antara benda yang ada dlm kedai Hello Kitty ni.Layan je la. Pas tu kitaorg jalan-jalan la kat sekitar area Hello Kitty tu,ade la Puteri Harbour n gerai-gerai makan kat situ.Mood dah kelaut sbb masa ni sejuk panas dah badan ni.huhuhu..p bercuti dlam demam weiii.. ko hadooo..hahaha..

Kat Puteri Harbour ni ada AES jugak wei..so kena hati2 ar,jalan tak leh lebih kilometer.Kena pelan-pelan kang ikan paus bangun. Puteri Harbour n Hello Kitty bagai ni terletak kat Kota Iskandar, yang merupakan tempat pentadbiran Iskandar,ala-la Putrajaya la. Tp banyak lagi yang tak  siap sepenuhnya. Dari segi pemerhatian CL,kat sini akan ada hotel Trader,skrg dlm pembinaan dan banyak lagi bangunan-bangunan lain.

Perut ambe dah menyanyi awan nano ni weii nak makan Kacang Pool Larkin je. Tq la CQ sebab layan bini yang sorang ni cari sampai dpt tempat Kacang Pool selepas berhenti,bertanya berpusing,akhirnya jumpalah Kacang Pool Haji yang terletak kat Medan Selera Balai Bomba,Larkin. CQ tak makan pun,dia tak minat.Tp ambe minat weii..dap weii..
Haaa ni la kacang pool,dulu masa master chep 2 pun ade masuk menu ni..Kacang pool ini diperbuat dr kacang kuda n CQ kata berasal dr negara Arab, Arab bahagian mano tu ambe dok tahu la. Tp CL suka ar.

Pas dah makan ni,ape lagi,balik bilik ar (mcm kat u plak ek,balik bilik). Badan CL makin panas,balik terus cari panadol,sampai je bilik terus tido,sampai la kul 10 lebih. CQ duk layan bola Malaysia lawan Thailand rasanya. Bila bangun biasa ar perut kali ni nyanyi lagu wonderpet plak. Perut CQ nyanyi lagu harimau malaya..hahaha.. So di malam hari berteman cahaya lampu jalan,kami menyusuri bandar JB dengan car key,finally yes, jumpa tempat makan,tp malangnya camera tak bawa..hihihihi. Makanan dia best woo..CQ makan sup kambing n CL makan satay,best woo.. Terletak dicelah-celah bangunan di bandar JB ni. CL tak tahu nama jalan ape.

Otey masa utk tido lagi. Ape lagi balik titun ar.. jeng jeng jeng..bersambung lagi bersama saya CL lalala..

"Raihla Ilmu dan utntuk meraih ilmu,belajarla untuk bersabar" (Khalifah Umar)

No comments:

Post a Comment