Friday 28 December 2012

Mood Bercintan Ke Selatan Kemuncak

Assalamualaikum..

o yea o yea rini dah Jumaat,sok coti o yea o yea. Walaupun tak tahu esok nak wat ape,selain dr aktiviti biasa,tetap suka gak sbb sok coti. Hahahaha minggu ni jugak last la CQ nak tido pagi,sbb pas ni kena keje pagi2 celik.Tanggungjawab bang. Semoga Jumaat ini penuh barakah dan semoga Allah memberkati dan merestui apa yg dilakukan hari ni.

Otey rini dah masuk mood cintan cintun keletang kelatung yg ke 4 yg kemuncak gitu. Hari ke-3 di JB yang merupakan hari terakhir di JB. Pas subuh, terus turun breakfast.. atuyai rini nak breakfast takde selera weii,demam2 manja tu tetap ada di hati.Dalam pukul 12 kitaorg check out (skema kot,ikut time tu woo). Lepas dah setting barang kat kuda hijau, maka berlepasla kitaorg dr bandar JB. Dalam perjalanan pulang,sebenarnya CQ nak menyinggah banyak tempat lagi rasanya,ke mana den tak tahu sgt,tp mengenangkan bininya yg lemah longlai akibat demam manja ni, mcm terkujat lak hasratnya. Memikirkan dimana kah mau makan tengahari ni wei.CQ berhenti la kat R& R Machap,tp tak kena lak ngan jiwa raga. CL ni rasanya nak terbang je balik umah,nak baring terus,lenguh badan2 ni.Padahal dah biasa jalan jauh ngan si kuda hijau ni,may be sbb si demam manja ni kot. Peh tu teruskan perjalanan lagi.

CQ: ke kita nak makan nasi baryani kat batu pahat
CL: erm tak nak la

Namun demikian wooooo,pabila tiba di exit Batu Pahat,akhirnya kuda hijau tiba-tiba menghala ke sana,sib baik takdo gajah ke penyu kat belakang,amat bahaya si kuda ni. Ini susah biasa..wooo ku sudah biasaaaa(org mengaji,ko menyanyi ek CL hari Jumaat ni). Jauh jugak nak sampai ke sana tu. CL yg duk kat kuda hijau ni,kena la ikut kemana penunggang kuda hijau  bawa,walaupun si demam manja tu ikut..kikiki.

Orang ckp,org cakap tao ,not me, Nasi Baryani Mohd Syah yg sodap,so kena cari la. FYI kedai dia terletak di hadapan Hospital Putra (hampeh la Ayub ckp kat depan Hospital Pantai,sib baik abg stesen shell dgn semangatnya memberitahu ke jalan yg benar).Kat sini sebenarnya bazar makan,ada banyak gerai gak la kat sini,selain Mohd Syah ada lagi la kedai baryani yg lain-lain.

Ingatkan ade baryani kambing,takdo plak si kambing tu,yang ada si ayam tambatan jew la. Bagi CL,nasi dia biasa2 aja,menggunakan beras basmathi yg super pendek..kikiki. Macam nasi minyak je kot. Selama ni org dok gebang bukan main lagi. Tp tu la selera masing-masing dan pastinya berbeza.Kat sini pun ade gak kacang Pool haji yg CL duk cari kat Larkin tu.

Otey selepas makan dengan tiada seleranya,sian nasi tu,CL n CQ tak dpt habiskan,sbb CQ tu si demam manja pun mcm nak nak menyinggah je kat dia tu,maka kami meneruskan perjalanan pulang,pas ni no more stop,nak balikkkkk..huaaaa..badan ambe dah penat sgttt.. sib baik sok public holiday..yehaaaa..

Kami selamat sampai ke pondok ku syurga ku pukul 4ptg lebih kurang tolak tambah la kot. Sampai je,gebusshhhhh baring terus woo..penat sesangat weiii.

Alhamdulillah ,dah banyak gebang dah pasal mood bercintan ni akhirnya sampai ke kemuncaknya. In Shaa Allah kita jumpa lagi di Mood Bercintan yang lain.Kemana? owh tak tahu lagi.kikiki..harap-harap oberc la CQ bucukkk wooo.

"Kecintaan kepada Allah menlingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan menambah ke segala hal" (Imam Al-Ghazali)



2 comments:

  1. tak kerlas layan nasi beriyani, jom FROYO! :p

    ReplyDelete
  2. kata da village,ingatke layan ikan singgang jew..wakakaka

    ReplyDelete