Wednesday 26 December 2012

Mood Bercintan Ke Selatan 2

Assalamualaikum everbody..

Walaupun tak ramai yang membaca blog gua,takpe gua tulis ni untuk kenagan di masa akan datang...kikiki

Otey, berbalik kepada mood bercintan sgt ni,selepas balik dr JPO,kitaorg p la check in. Waaalaaaa tomeynya receptionist diaaa...terkujat la CQ ...lambat pun takpe,tommeyy punya pasal tak jadi nak mayah..uwwekkk la CQ.Kami akan bermalam di sini 2 malam. Tp dalam kepala tak tahu nak p mana lagi kat JB ni. Tgk tenet memang la banyak tempat nak g,tapi biasala dah nama CQ,last minute punya decision la.

tempat beradu..waaaa


kalau rasa tak nak kawan CQ tu,CL tido sini je
Ba'da maghrib kami pergi mencari makan untuk perut yang menyanyi lagu ombak rindu ni. Ngan GPS cabut yang membuat CL tak berapa ngam ngan GPS tu,aisshh nampaknya kena beli GPS yg betul2 GPS ni,ni GPS telefon..uwaaaa tak best bang weii...peh tu asyik updating..sib baik kali ni tak kena mayah sbb tak reti nak baca GPS..haaaa baca ke? baca GPS ek CL? ape2 la asal maksud tu sampai..hahahaha..

Pegi la kuda hijau tu mencari tempat makan,akhir sampai la ke Stulang Laut,sebelum tu,Tuan kuda hijau melilau kat The Zone. Akhirnya sampai ler kat tempat makan. Kitaorg makan kat foodcourt Stulang Laut,nama kedai tu Restaoran Sayam.

Org agak ramai la kat sini. Mengikut preview dah belog-belog kedai ni boleh tahan. Tp hancur sudah harapan ku...wooooo...kedai ni tak memenuhi selero tekak ayu kami. Bagi kami,kedai ni biasa2 je. Tp dah rejeki kan,kena gak la makan.


Antara menu yg dipesan..tak boleh ckp lebih2 la..
Selepas mengisi perut, kuda hijau teruskan perjalanannya...haahahaha.. asyik u turn je..tak jumpa jalan pulang. Tp alhamdulillah jumpa jugak jalan pulang. Terima kasih la kat signboard yg amat bagus n berguna. signboard dia tak menipu taoo.. tunjuk ke jalan yg benar.

Then sampai hotel,tinggal la si kuda hijau tu,lantas menggunakan anugerah Allah pulak ,dengan car-key kami menuju destinasi seterusnya ,Bazar JB. Kat sini sebenarnya mcm uptown,downtown,pasar karat bagai la. Benda pertama CL cari selipar jepun weii..tak larat pakai kasut phua chu kang ni,lenguh weii..al maklum la dah 3 series ni..mcm2 la.Finally dpt ler selipar zaman jepun..amek ko mau 13 hengget gak..dolu2 dlm 5-6 hengget je..zaman dah berubah..huhuhu..

Kiranya hari ni CL tak yah bersenam la,sbb jalan car-key punya la jauh..(alasan bg  pemalas mcm CL) bila merengek kan kena sound trouble ngan tuan kuda hijau tu.huhuhu..takleh dah nak manja2 sikit.

haaa gua sempat zaman tin rokok ni
kalau ade umah sendiri ni best wat pameran dlm umah
duit-duit dimana ko duit..disini ade duitt banyakkk
tv hitam putih
duit lagii..kayooo
Penat gak weii ,jalan car key ni. Sesudah tawaf hampir satu bazar JB ni,den ajak tuan kuda hijau tu kelik la..dah kul 12 lebihh..dah la penat bontot naik kuda hijau tu tak hilang lagi..huhuhu.

Wooo ini ade kesah panas ni..masuk dlm bilik .. panas gilos walaupun tak swicth off aircond. Rasanya mcm aircond tak berfungsi..adoyai tido kepanasan la gua..(mcm la umah ada aircond ,kipas je pun). Then CQ pi la bgtao room service,kebetulan dia ade kat bilik sebelah,then dia p inform kat maintenance. Dlm 5 minit datang la maintenance tu..ding dong..dah siap..dia ckp tunggu 5 minit lagi,kalau tak ok call room service.
erm memang tak okey la weii..panas jew..then CQ call room service.

CQ: halooo,aircond ni masih tak ok lagi,walaupun dah baiki tadi.
RS: so kenapa bgtao kitaorg
CQ: la tadi maintenance suh bgtao room service kalau tak ok lagi..

Peh tu CQ letak ler tel dengan bengangnya.Then dlm 15 minit dtg lagi maintenance,baiki lagi..tunggu 5 minit lagi..sama je..

Jeng jeng jaga-jaga CQ dah kepanasan,CL pun sama sebenarnya..kikiki.. CQ turun kat reservation bawah menyuarakan ketidak puasan hatinya yang panas. Dia nak tukar bilik malam ni gak..Tp malangnya bilik takde..n suruh tunggu utk dibaiki lagi..sampai esok pun tak habis baiki la weii..Yang ade bilek yang katil single mingle..ape kes tido asing2 laki bini..den ade sijil halal tao dr MAIDAM lagi..mau kena marah-marah manja la ngan CQ si Duty Manager tu. So naik la CQ ke bilik yg panas tu (bang neraka lagi panas ar bang..hahaha). Tak senang duduk kitaorg,ye la kan tido kang ade plak maintenance datang lagi,tak tido badan dah letih..den ar yg penat kena menyorok dlm toilet time maintenance dtg. 

Yes! akhirnya kami disuruh pindah sementara ke bilik sebelah..book 1 bilek dpt 2 bilik..hahaha.. 

Dah jom tido ar dulu..esok lusa,tulat tubing sambung lagi mood bercintan ngantin lama ni yer..

"Sabar itu separuh dari iman dan sabar itu sungguh indah"

2 comments:

  1. sgt nyaman nmpk itu bilik..rupe2nye ac tak bepungsi ye. mr hubby akak frm jb but so far lum penah smpai ke bazar jb ni. mcm burung antu kamu ni, jenjalan dilarut mlm :p

    ReplyDelete
  2. hahahaha kakak ku,kat KL pun selalu jadi burung hantu..udah biasa gitu kak..kikiki..

    ReplyDelete