Monday 17 December 2012

REZEKI

                                  


Mahfum Firman Allah (Saba’:24) Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.

Allah adalah penentu rezeki kepada seluruh makhluknya di dunia ni. Jadi siapakah kita untuk mengatakan rezeki itu murah atau tidak. CL terpanggil untuk mencatit mengenai rezeki,kerana palitan kata-kata yang amat menikam kalbu. Lontaran kata-kata " org yg tiada anak ini,biasanya rezekinya tidak murah", tidakkah mereka tahu Allah yg menentukan segala rezeki kita. Rezeki itu bukan dari wang ringgit semata-mata yang dapat dilihat pada pandangan mata kasar. Apa gunanya jika kita membaca Al-Quran dan memahaminya tapi kita tidak dapat beramal melaluinya.

Apakah org yang tiada zuriat hina? Tak boleh bersabar kah? Yang menanggung lebih merasai ujian Allah daraipada yang berkata-kata, jika CL boleh bersabar dan redha,kenapa kamu tidak?

CL  berdoa semoga org yang mengeluarkan kata-kata seperti itu,tersedar lantas menjaga pertuturannya di masa akan datang. Kerana mulut badan binasa. 

Jangan terlampau takbur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah dan mengagung-agungkan didepan org lain. Itu antara kita dengan Allah. Satu lagi cuba la faham apa makna/maksud/pengertian rezeki.                                                
                                          
CL tetap berdoa semoga Allah mengurniakan zuriat kepada CL dan rakan-rakan senasib dengan CL,dan dapat membimbing ke jalan Allah serta menjaga segala pertuturan dan apabila CL dikurniakan Zuriat jauhkanla CL dari bersikap takabur dan riak. Serta pupukla sifat redha dan tawakkal dalam diri CL dalam menghadapi segala ujian dari Allah.

2 comments:

  1. rezeki itu hak Allah swt. ada anak spuluh ke, tak de anak ke...sape la kita nak tentukan org ni murah rezeki atau pun tak. rezeki Allah tu luas, kesihatan yg baik pun rezeki, hati yg tenang pun rezeki. rezeki bkn setakat duit, gaji besar or kekayaan semata2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak lili,kenapa la diaorg tak faham semua ni. Main suka hati diaorg je. Penat perasaan ni..huhuhu

      Delete