Monday 24 December 2012

Mood Bercintan Ke Selatan 1

Assalamualaikum..

Kali ni CL n CQ pergi bercintan ke selatan aka Johor Bharu. Memang bercinta la naik kuda hijau tu setelah hampir 2 bulan berpisah ngan kuda hijau tu. Semua sakit2,tp kerana turutkan CQ ku pergi jua.

Alhamdulillah kitaorg selamat sampai ke JB pada pukul 12.30 tghari setelah bertolak pada pukul 9.30 pagi dari KL. Jalan raya agak sesak dengan kenderaan yang banyak tetapi bergerak perlahan. R n R agak penuh la hari tu. Kebetulan CL pergi hari Sabtu yang mana jatuh pada minggu cuti Keputeraan Sultan Selangor,so ramai la yg ambil kesempatan untuk bercuti. Kesian CQ tu cuti sekolah sebulan lebih,tetapi kena duk umah sbb isteri terchenta tak cuti..hahahaha.. tu la tak nak bagi jadi Cikgu sape suruh?Kikiki..

Destinasi pertama yang dituju adalah ke rumah sepupu CQ yang terletak di Kulai Jaya. Wah wah si Khaidir cukup gumbira dengan kedatangan mak n bapak pupu dia ni.Happy semacam je dia.

Khaidir with pampers, sori mama ye gambar Khaidir je nampak..
Usai makan tengahari yg disediakan oleh mama n papa Khaidir ( siakap stim n kerabu mangga yg best) kami pun meneruskan perjalanan. Erm kenapa skema sgt ni haaa.. sowii gambo siakap tu tak sempat nak snap sbb dah  lapor sgt dah.Masa nak balik, si Khaidir dah menunjukkan muka sedey dia..huaaaaa.. (Mama,sowwy kalau CL salah eja nama Khaidir ye).

Ok next destinasi adalah JPO (johor Premium Outlet). JPO ni terletak kat Kulai,so alang2 dah dekat kan,baik g terus.






Masa ni CL agak confius ngan CQ sbb dia jarang-jarang nak g tempat shopping ni. Ape dia nak buat kat sini ek,erm cuci mata yg rosak la tu.

Situasi Per-1
CL : Abg nak beli ape kat JPO tu?
CQ: Kita tgk2 la dulu,syg nak beli ape?
CL:  Senyum sambil jawab dlm hati banyak nak beli ni..kikiki

Situasi Ke-2
CQ: Syg lawa ar baju Nike n Puma tu,nak beli ke tak ek?
CL: Beli je la,nak tunggu ape lagi.
CQ: Takpe la,tgk ar dulu

Memang dah agak dah ngan CQ ni,beria ckp murah la ,lawa la, at the end tak beli gak.Suka bagi harapan palsu. Itu la CQ ni,dia ni alah membeli menang melihat..huaaa..


Haaaa, handsome tak??? Hahahaha,CL kena mayah sbb kena amik banyak kali gambo dia. Wakakaka..al maklum la den ngan kamera ni mcm tak geng je,tak reti sgt. Situasi kena marah kalau nak amik gambo tu udah biasa..sentap jiwa rago den tao.. tp masih control..chill okey..












Ni la antara outlet yg ado kat JPO ni. Harga tu murah la sikit kot. Macam Clark tu yang harga dalam  RM300 lebih,boleh la dpt RM200 lebih. Tapi sayang ape yg ambe nok,takdok weei...huhuhu..

Hari ni kitaorg dtg JPO pulang ngan tangan bawak helmet yg berat gabak tu je la.Penat je,jamu mata.
CQ kata,esok dtg lagi. Mcm ragu-ragu je ngan CQ ni,sabo je la.

Wokey kita bersambung utk next session,nanti biar korang muak jemu tahap nak muntah la kalau CL duk hupdate bab jalan2 dlm Mesia ni.Kikikiki

"Org kata,kalau masih lagi tak dikurniakan zuriat langkah selalu panjang. Itu la pasti ade hikmah disebalik ape yang terjadi, hanya Allah yang maha mengetahui."

No comments:

Post a Comment